Perhatian netizen baru-baru ini terarah pada baju kebangsaan yang akan dipakai oleh Kiran Jassal pada pertandingan Miss Universe 2016. Simpan kritikan anda sekejap dan jom kita lihat koleksi Miss Universe Malaysia dari tahun 2008 hingga kini.
Banyak elemen tradisional seperti songket, batik, wau bulan dan sebagainya digunakan namun Malaysia belum pernah memenangi sebarang anugerah pakaian kebangsaan. Diharapkan tahun 2016 dengan elemen KLCC, membawa tuah pada negara kita.
2008
Levy Li Su Lin
Tema: Puteri Perak
Levy Li Su Lin
Tema: Puteri Perak
Miss Universe Malaysia 2008, Levy Li Su Lin tampil gagah dalam
sepersalinan baju Puteri Perak pada pertandingan Miss Universe 2008 yang
diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam pada 22 Jun 2008. Pengunaan
songkat pelbagai warna ini menambahkan lagi seri jelas melambangkan
identiti Malaysia yang kaya budaya.
2009
Joanna Belle Ng
Tema: Bangsawan
Tema: Bangsawan
Berlangsung di Atlantis Paradise Island, Nassau, Bahamas, songket ungu
bersulam benang emas menjadi latar bagi busana kebangsaan Malaysia kali
ini. Bercirikan seakan-seakan bangsawan Malaysia, Joanna tampil jelita
dengan koleksi gangsa di kepala yang berunsurkan puteri.
2010
Nadine Ann Thomas
Pereka: Amir Luqman
Tema: Cik Siti Wan Kembang
Nadine Ann Thomas
Pereka: Amir Luqman
Tema: Cik Siti Wan Kembang
Nadine kelihatan seperti pahlawan wanita yang gagah memperjuangkan
negaranya. Mengangkat tema Cik Siti Wan Kembang, warna emas menjadi
warna utama busana kebangsaan Malaysia di Pertandingan Miss Universe
2010 yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Seperti yang semua
tahu, Cik Siti Wan Kembang adalah seorang puteri gagah yang berasal dari
negeri Kelantan. Perekanya, Amir Luqman yang turut berasal dari
Kelantan bijak bermain dengan warna emas dan coklat bagi memberikan
elemen keberanian, kelembutan dan juga misteri.
2011
Deborah Henry
Pereka: Amir Luqman
Tema: Wau Bulan
Deborah Henry
Pereka: Amir Luqman
Tema: Wau Bulan
Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry bangga memperkenalkan
Malaysia di mata dunia dalam persalinan yang dipanggil 'Wau' di
pertandingan Miss Universe 2011 bertempat di Sao Paolo, Brazil.
Diilhamkan daripada bentuk permainan tradisoinal Wau, direka oleh pereka
terkenal, Amir Luqman. Bermain dengan kiasan, setiap elemen di kepala,
batu-batu permata di bahagian badan serta regangan kain mempunyai maksud
tersendiri yang turut melambangkan Malaysia. Persalinan indah ini
menelan kos RM350,000.
2012
Kimberly Leggett
Pereka: Jovian Mandagie
Tema: Kebaya
Kimberly Leggett
Pereka: Jovian Mandagie
Tema: Kebaya
Berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat, Miss Universe Malaysia 2012,
Kimberly Legget tampil mewah dengan persalinan daripada Jovian
Mandagie. Karya hitam putih yang dinamakan kebaya ini menggunakan batik
Terengganu dan dicampur dengan kehalusan Frence lace dan French Tulle. Tambah menawan, bulu burung unta digunakan menghiasi kepala kebaya. Berunsurkan elegan dan vintage, Kimberly antara yang menonjol ketika itu.
2013
Carey Ng
Pereka : Syomir Izwa
Tema: Puteri Perak
Carey Ng
Pereka : Syomir Izwa
Tema: Puteri Perak
Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng mewakili Malaysia di pertandingan
Miss Universe 2013 yang berlangsung di Krasnogorsk, Moscow. Tampil
jelita dan gagah dalam persalinan Puteri Perak rekaan Syomir Izwa,
sentuhan songket hitam benang emas ini jelas mengangkat wanita yang
bercirikan gagah namun masih ada kelembutannya. Busana tradisional
Puteri Perak ini benar-benar melambangkan seorang wanita moden yang
gagah namun masih berpegang pada adat resamnya. Tidak hanya itu, Carey
turut bijak bermain dengan peranannya sebagai puteri untuk menambah
elemen drama.
2014
Sabrina Beneett
Pereka: Adila Long
Tema: Burung Kenyalang
Sabrina Beneett
Pereka: Adila Long
Tema: Burung Kenyalang
Mengambil inspirasi burung Kenyalang yang mewakili negeri Sarawak,
pereka Adila Long menerapkan elemen Borneo untuk dipersembahkan pada
dunia ketika di pertandingan Miss Universe 2014 bertempat di Miami,
Florida. Tampak lebih avant garde berbanding pakaian kebangsaan
tahun terdahulunya, ia mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.
Dengan penggunaan warna yang menyerlah, pakaian ini menekankan tiga
eleman iaitu Pua Kumbu, masyarakat etnik Borneo serta burung Kenyalang.
Sabrina tampil gagah perkara di atas pentas.
2015
Vanessa Tevi Kumares
Pereka : Jovian Mandagie
Tema: Bunga Mas
Pereka : Jovian Mandagie
Tema: Bunga Mas
Pertama kali melihat busana kebangsaan di Miss Universe 2015 ini, hati
kami terpaut pada keindahan rekaannya. Berlangsung di Las Vegas, Amerika
Syarikat, hasil sentuhan Jovian Mandagie ini menggunakan songket ungu
dengan taburan Bunga Mas, yang pada masa dahulunya, songket ini
diberikan sebagai cenderamata dari sultan kepada kerajaan Siam. Mahkota
emas ciptaan Bremen Wong pula melengkapi persalinan kebangsaan Vanessa
Tevi Kumares yang tampil penuh magis.
2016
Kiran Jassal
Pereka: Rizman Ruzaini
Tema: Menara berkembar Petronas
Kiran Jassal
Pereka: Rizman Ruzaini
Tema: Menara berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas kemas tersemat di bahu Kiran Jassal, Miss
Universe Malaysia 2016 yang akan membawa nama Malaysia ke pertandingan
Miss Universe di Pasay City, Filipina, 30 Januari ini. Pakaian ini
direka khas oleh pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini. Sebanyak
100,000 berlian perak pelbagai jenis digunakan untuk persalinan ini
menjadikan beratnya 10kg.
2017
Miss Universe Malaysia 2017: Samantha Katie
Designer: Brian Khoo
Theme: Nasi Lemak
2018
Jane Teoh
Pereka: Salleh Hamid
Tema: Bangau Perahu
Pereka: Salleh Hamid
Tema: Bangau Perahu
Menawan Miss Universe Malaysia 2018 Jane Teoh melancarkan pakaian kebangsaan "Bangau Perahu" yang dijangka ke pertandingan Miss Universe ke-67 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand, di pratonton istimewa di Damansara, hari ini.
Kostum kebangsaan "Bangau Perahu" yang unik adalah berdasarkan tafsiran artistik ketukangan tradisional Melayu oleh pereka Salleh Hamid, dan akan dipamerkan oleh Teoh semasa segmen Kostum Kebangsaan, manakala gaun malam perak oleh Amaze 'akan dipakai di acara pameran sehingga penantian Miss Universe 2018 pada 17 Disember.
2019
Shweta Sekhon
Pereka: Carven Ong
Tema: Peranakan Indulgence
Tema makanan sekali lagi menjadi tema utama, National Costume Wakil Malaysia di Pentas Miss Universe tahun ini dimana tema kepalbagaian kueh mueh nyonya seperti onde-onde, kueh koci, ang ku, kueh talam, kueh lapis, kueh sago disatukan dalam dulang yang digayakan dengan penuh warna warni dan meriah.
2020
Francisca Luhong James
Pereka: Carven Ong dengan kerjasama Wesley Hilton of Borneo Doll
Tema: Kampungku
Kostum seberat 45 kilogram itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Ia dibuat menyerupai landskap rumah tradisional kampung dengan elemen penuh nostalgia.Ia termasuk replika ayam, pokok kelapa, basikal tua dan turut memiliki elemen kejutan. Dari segi material pula, dua gaun bakal disarung Francisca untuk kostum itu. Gaun pertama berwarna hitam putih dengan motif pua dari Sarawak, manakala gaun keduanya berona keemasan dengan sarung kepala replika anak patung rekaan Wesley Hilton.
2022
Lesley Cheam
Pereka: Hatta Dolmat
Tema: Majestic Mount Kinabalu
Lesley Cheam, 26, Miss Universe Malaysia 2022 yang baru dinobatkan akan memakai kostum kebangsaan yang diilhamkan oleh Gunung Kinabalu yang megah untuk mewakili Malaysia pada pertandingan Miss Universe ke-71 di New Orleans, Amerika Syarikat pada 14 Januari 2023.
Pakaian itu sangat mewah dengan penggunaan warna perak dan kelabu, yang melambangkan kepingan besar granit di sepanjang Gunung Kinabalu.Warna itu juga memancarkan kekuatan dan keyakinan, yang sesuai dengan kedudukan Gunung Kinabalu sebagai gunung tertinggi di Malaysia. Dengan berat lebih 10kg, ia direka oleh pereka tempatan yang mementingkan alam sekitar, Hatta Dolmat, yang pertama kali bekerjasama dengan Pertubuhan Miss Universe Malaysia (MUMO).
2023
Serena Lee
Pereka: Azie_Couture
Tema: Kebaya Songket
2024
Sandra Lim
“Garang bertemu dengan anggun, Dengan bangganya mempamerkan ketabahan dan kecantikan wanita Malaysia melalui kostum Puteri Walinong Sari saya. Mari kita raikan kekayaan warisan kita bersama-sama!
Tahun ini Sandra lim yang merupakan wakil Malaysia di pentas Miss Universe 2024 bakal mengenakan kostum yang diilhamkan oleh legenda puteri pahlawan Pahang iaitu Puteri Walinong Sari pada pertandingan Miss Universe ke-73 di Mexico City.
Tahun ini Sandra lim yang merupakan wakil Malaysia di pentas Miss Universe 2024 bakal mengenakan kostum yang diilhamkan oleh legenda puteri pahlawan Pahang iaitu Puteri Walinong Sari pada pertandingan Miss Universe ke-73 di Mexico City.