Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui satu hebahan telah mengeluarkan
senarai-senarai ikan yang dilarang di perairan Malaysia termasuk
sungai.

Ikan Bukan Asli yang Dilarang Dilepaskan di sungai, tasik, lombong atau mana-mana perairan umum
Ikan Piranha dan jenis-jenisnya
Ikan Piranha, Ikan Pacu/Bawal Merah
Ikan Salmon, Ikan Silver Dollar, Ikan Trout
Ikan Sturgeon, Ikan Buaya, Redclaw, Silver Perch
Baung Ekor Merah, Ikan Jade Perch, Ikan Kap Rumput, Ikan Leekoh
Ikan Kap Perak, Kap Kepala Besar, Ikan Bandaraya, Rohu
Tilapia, Paddlefish, Ikan Keli Afrika
Ini kerana, dengan kebanjiran ikan-ikan ini, ianya akan mengganggu
keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesis ikan asli di perairan
negara kerana jika ikan-ikan tersebut membiak, ia boleh menjadi dominan
membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang
sedia ada.

Menurut DOF lagi, kehadiran ikan-ikan pendatang ini adalah penyumbang
kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran penyakit di perairan
negara. - Siakapkeli.my
Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)