6 Acara Marathon Yang Ditunggu-Tunggu Di Seluruh Malaysia..!!!

Sejak setahun dua kebelakangan ini, acara larian marathon semakin meningkat popularitinya. Walaupun ianya mungkin sekadar trend, sekurang-kurangnya acara seperti ini mengajak rakyat Malaysia untuk bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Di Malaysia sahaja,  mungkin terdapat lebih 10 acara marathon yang dianjurkan setiap tahun. Ini adalah 6 acara marathon yang mesti anda sertai. Senarai ini dipilih berdasarkan jumlah penyertaan, populariti dan maklum balas yang baik daripada peserta.


Nota: Terdapat banyak salah faham mengenai perkataan "marathon". Marathon merujuk kepada acara larian di mana jarak larian adalah 42km atau lebih tepat lagi 42.195km. Acara larian yang tidak mencapai jarak ini tidak dipanggil marathon.

Teruskan Selongkar...

1. Standard Chartered Kuala Lumpur (SCKLM)

Tidak dinafikan, SCKLM merupakan acara yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia dengan penyertaan puluhan ribu orang setiap tahun. Untuk menyertainya, anda perlulah mendaftar dengan pantas sebaik sahaja pendaftaran dibuka.  

Standard Chartered KL Marathon 2012 Medal


Finisher

Penyertaan untuk Full Marathon (FM) atau Half Marathon (HM) selalunya penuh dalam masa beberapa hari sahaja. Untuk acara ini, laluan para peserta adalah sekitar Kuala Lumpur. Setiap tahun, acara ini mendapat liputan luas dan banyak laluan utama sekitar Kuala Lumpur akan ditutup sementara ketika acara ini sedang berlangsung. SCKLM juga mendapat banyak penyertaan oleh pelari elit dan antarabangsa.

2. Penang Bridge International Marathon (PBIM) 

Medal Marathon Penang Bridge

Memang gempak - Bayangkan kat atas jambatan panjang tu diibuat larian 

PBIM merupakan acara terbesar marathon di utara tahan air dengan penyertaan puluhan ribu peserta dari dalam dan luar negara. Peserta yang menyertai acara ini akan berpeluang untuk berlari di jambatan ikonik, jambatan pertama Pulau Pinang.

PBIM selalunya diadakan pada waktu malam. Kepada anda yang tidak gemar berlari di bawah terik mentari, anda mungkin berminat untuk menyertai PBIM.

3. Borneo International Marathon (BIM) 

Borneo International Marathon merupakan acara terbesar dan berprestij yang dianjurkan di Kota Kinabalu. Pada tahun ini, BIM turut menyambut ulang tahun ke 10 penganjurannya.
Laluan acara BIM pada tahun ini adalah sekitar Kota Kinabalu dengan permulaan dan penamat di Stadium Likas.

4. Twincity Marathon 

Twincity Marathon sangat popular bagi peserta yang baru pertama kali ingin menyertai marathon kerana masa yang diberi (cut-off time) yang diberi adalah lebih panjang, iaitu 8 jam. Sebagai perbandingan, kebanyakan acara marathon di Malaysia mengehadkan COT kepada 6.5 jam atau 7 jam sahaja.
Untuk acara ini, para peserta marathon akan berlari mengelilingi Putrajaya dan Cyberjaya. Penyertaan setiap tahun sangat meriah dengan maklum balas baik daripada para peserta.

5. Putrajaya Night Marathon (PNM) 

Selain PBIM, PNM adalah sebuah lagi acara marathon yang berlangsung pada waktu malam. Para peserta selalunya akan dilepaskan selepas waktu maghrib.
Memandangkan jalan raya di sekitara Putrajaya agak sunyi pada waktu malam, kawalan trafik selalunya tidak menjadi masalah buat penganjur.

6. Perlis Marathon 

Perlis Marathon Medal

Perlis Marathon merupakan sebuah acara marathon yang sedang meningkat naik dengan peningkatan jumlah penyertaan setiap tahun. Para peserta selalunya akan dilepaskan pada waktu tengah malam.
Acara ini juga meriah di mana sepanjang laluan, ramai penduduk kampung dan setempat akan berbaris di sepanjang laluan dan memberi sorakan kepada para peserta.

Perlis Marathon juga menjadi pilihan ramai kerana bayaran yang dikenakan adalah yang termurah di Malaysia untuk acara marathon.

P/S : Nampaknya sekarang acara larian ni semakin mendapat tempat dan ada pengikutnya yang tersendiri dan ini boleh dilihat dari segi penyertaan peserta yang mengambil bahagian sentiasa full house, lambat book habis.

Selain aktiviti riadah ianya juga dapat menyihatkan badan. such a good thing to do. Mereka yang belum mencuba boleh la cuba.

Kredit : Iluminasi

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post