7 Lagu Kumpulan Senario Ini Penuh Dengan Unsur Nasihat..!!!

Ada yang boleh bermain muzik dan menggubah lirik dan lagu. Dan difahamkan artis komedi pertama menempatkan diri dalam saingan Anugerah Juara Lagu.

Penulis ingin mengutarakan pendapat mengenai kritikan masyarakat dalam lagu-lagu Senario. Berikut antara beberapa lagu Senario yang terpilih untuk menjadi ulasan penulis hari ini.

1. Sebelum Dan Sesudah

Lirik lagu ini menyampaikan kisah kehidupan manusia di dunia ini. Antaranya sebelum dan sesudah menjadi remaja. Selain itu lagu ini menyindir golongan suami yang kurang bertanggungjawab.

Malah, lagu ini juga memberi peringatan agar sentiasa ingat Tuhan sewaktu senang dan susah. Bak rangkap terakhir:

“Hanya ingat Tuhan bila di dalam kesusahan, elakkan diri dari bersifat demikian, Tuhan tidak suruh suruh kita ikut perangai syaitan.”

Teruskan Selongkar...


2. Lip Lap Lip Lap 

Entah siapa yang memberi ilham kepada lagu ini untuk menyelitkan nasihat berguna. Ia umpama peringatan seorang abang kepada adik yang menginjak dewasa.
Antara nasihat diselitkan seperti berhati-hati dalam arus dunia mencabar. Peringatan agar jangan lupa terhadap ibu bapa apabila dewasa turut diselitkan.

3. Dikir Barat Siang Malam 

Sebenarnya banyak lagu diketengahkan irama tradisi termasuklah dikir barat. Lirik ini menceritakan suasana masyarakat yang pelbagai untuk menangani kehidupan.
Ada yang mencari rezeki baik, ada yang sebaliknya. Sindiran kepada juga masyarakat yang mengamalkan kehidupan negatif seperti lumba haram dan berjudi.

4. Cari Tapak 

Penulis sebenarnya graduan dalam bidang Pengurusan Peruncitan di sebuah universiti tanah air. Pensyarah memaklumkan bahawa lokasi perniagaanlah amat penting untuk kejayaan sesebuah perniagaan.
Ini agaknya disampaikan oleh Senario. Malah, poin jangan terlalu cuba memuaskan hati orang sehingga peluang pun hilang turut disertakan. Bak lirik berbunyi, “Jangan difikirkan orang, nanti peluang kita hilang.”

5. Boria Miskin Kaya

Kritikan masyarakat masih diteruskan dalam lagu ini. Antaranya kisah antara gelagat yang kaya dan miskin. Poin paling ‘deep’ ialah masyarakat biasa memandang rendah yang orang kesusahan.
Bila orang tersebut sudah kaya kerana kerja keras (dan diizikan-Nya), barulah ada orang lain mula mendekatinya. Malah, ada juga sindiran berbunyi semakin besar periuk, semakin besar keraknya. Maksudnya, makin kaya, makin bermacamlah gelagatnya.

6. Seminggu Berhari Raya

Lagu wajib putar semasa Aidilfitri menceritakan suasana pada hari lebaran tersebut di mana gelagat masyarakat semasa Aidilfitri diselitkan termasuklah ziarah menziarah sesama kaum keluarga dan beramah mesra.
Tetapi generasi muda kurang menumpukan hal ziarah ini kerana ingin menonton televisyen. Barangkali lirik boleh diubah: “kepada mengadap gajet saja.”

7. Sakit Dado Den

Semua tahu Senario hanya bertiga dalam lagu ini iaitu Azlee, Mazlan dan Wahid. Lagu ini mengisahkan cabaran masyarakat yang berhadapan dengan isu keluarga dan kerjaya.
Tetapi lagu ini juga menyelitkan peringatan agar kita tidak mengulangi kesilapan yang lampau dan sering muhasabah diri.

Konklusi

Ya, ramai kata Senario tidak boleh setanding P. Ramlee. Tetapi, kedudukan Senario boleh diletakkan berhampiran tahap seniman itu. Kredit juga kepada ramai pihak seperti Azmeer dan Aziz M.Osman yang banyak membentuk Senario dekat di hati masyarakat.
Cabaran kepada pelawak generasi baru dapat mengikuti jejak langkah mereka. Apa pun Senario telah menghiburkan Malaysia hampir 20 tahun.

Selamat bersatu semula Senario! Kami semua rindui.

Kredit : Loqmanizzat

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post