10 Peserta Qari Jr 2017-Pewaris Generasi Al-Quran..!!!

Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Setiap mukmin mempunyai kewajiban untuk mempelajari dan mengamalkannya kerana Al-Quran merupakan panduan hidup. 




Allah memberi ganjaran kepada sesiapa yang membacanya Qari Jr. 2017 ingin memberi inspirasi kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan semangat buat adik-adik di luar sana untuk mula menghayati ayat-ayat suci Al-Quran ketika usia masih muda. Sesungguhnya dengan membaca Al-Quran banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam membentuk peribadi mulia. 


Program Qari Jr. 2017 kali ini mencari seorang qari muda yang bukan sahaja mempunyai asas kukuh dalam Al-Quran tetapi turut mampu untuk bertarannum secara murattal dan mujawwad dengan gaya musabaqqah. Mereka juga akan diuji dengan ilmu tajwid secara spontan.



Hos Qari Jr. 2017
Qari Jr. 2017 dihoskan oleh Fakhrul Radhi, beliau pernah dinobatkan sebagai juara Akademi Al-Quran musim ke-3 dan berpengalaman luas sebagai Qari. Tahun ini, Fakhrul Radhi tidak berseorangan, beliau akan ditemani oleh Hazwani Helmi sebagai pengacara bersama. Gabungan mereka diharapkan dapat memantapkan lagi pentas Qari Jr. 2017 dan membantu adik-adik Qari Jr di atas mahupun di belakang pentas.

 Teruskan Selongkar...




Tema Berbeza Setiap Episod
Tema adalah berbeza pada setiap minggu dan antara yang menjadi pilihan sepanjang Qari Jr. 2017 bersiaran adalah Ilmu, Ibu Bapa, Akhlak, Sedekah, Alam Ciptaan Allah, Neraka, Syurga. Setiap episod, peserta dikehendaki untuk memilih surah yang perlu dibacakan menerusi pilihan sampul berwarna yang disediakan. Peserta akan diuji untuk membaca ayat-ayat Al-Quran seperti surah Al-Mujadilah, Al-Isra’, An-Nisa, Luqman, Ali-Imran, Abasa dan banyak lagi. Terdapat kelainan pada episod 4 apabila peserta mengaji secara berpasangan.
















Pemarkahan Peserta
Setiap peserta akan dinilai oleh Guru Besar merangkap juri tetap iaitu Ustaz Tirmizi Ali dan juri jemputan berdasarkan Tajwid (40%), Taranum suara (40%), kefahaman tajwid & persembahan (20%). Qari Jr. 2017 dicerdaskan oleh Almas Beauty & Health. Qari Jr. turut diimarahkan dengan sokongan rakan ukhwah iaitu Majalah Asuh selaku majalah rasmi dan Kool FM. Episod pertama telah pun bersiaran pada 21 Mei lalu. Untuk mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara, jangan lupa saksikan Qari Jr. 2017 setiap Ahad, jam 10.00 malam hanya di TV3.

Untuk maklumat lanjut layari laman sosial Facebook (www.facebook.com/QariJuniorTV3), Twitter & Instagram (@qarijuniortv3) serta @TV3Malaysia.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post