10 Imbasan Trajedi Meragut Nyawa Yang Menggemparkan Malaysia Sepanjang 2017


Imbasan | 10 Tragedi Meruntun Hati Yang Berlaku Pada Tahun 2017







Tahun 2017 sudah pun melabuhkan tirainya dan bermula episod baru untuk kita mengharungi tahun 2018.


Sepanjang 2017, ada peristiwa yang berlaku sehingga kita sukar melupakannya. Tetapi apa yang berlaku mungkin boleh dijadikan iktibar dan rujukan kepada kita pada tahun 2018.


Oh Hangat turut menyenaraikan 10 tragedi yang meruntun hati di Malaysia sepanjang tahun 2017.


1. Kes Pembunuhan Kim Jong Nam





Malaysia kembali menjadi tumpuan dunia dengan kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Balai Ketibaan KLIA 2, Sepang yang berlaku pada 13 Februari 2017.


Pihak polis berdepan cabaran untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini apabila Kedutaan Korea Utara di Malaysia tidak mahu bekerjasama dan menuduh Malaysia menyembunyikan sesuatu.





Pembunuhan ini mencetuskan perbalahan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara apabila kedua-dua negara melarang warga masing-masing meninggalkan Malaysia dan Korea Utara dan mengundurkan duta masing-masing.


Bagaimanapun, larangan dibatalkan pada hujung Mac 2017 selepas suatu perjanjian dibuat berhubung pemulangan mayat Jong-nam ke Korea Utara.





Hasil kajian forensik pula mendapati kematian Kim Jong-nam disebabkan cecair kimia agen saraf VX yang disembur ke muka mangsa oleh 2 suspek utama warga Indonesia dan Vietnam.


Kes ini masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan sehingga kini pihak polis masih memburu 4 lagi suspek warga Korea Utara.


2. 8 Remaja Berbasikal Maut Dirempuh





18 Februari 2017, 8 remaja maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada jam 3.30 pagi.

Video sekumpulan 16 remaja yang berbasikal secara merbahaya sebelum tragedi itu berlaku turut menjadi viral di media sosial.





Susulan kejadian itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru mengambil langkah drastik mewartakan jalan tertentu disekat untuk aktiviti berbasikal ke atas remaja di bawah usia 18 tahun pada waktu malam.


Mereka yang ingkar akan dikenakan penalti RM1,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


3. Kes Remaja Mati Dibuli





Jika anda masih ingat, 16 Jun 2017, seorang remaja berbangsa India, T Nhaveen berusia 18 tahun maut dibuli oleh sekumpulan pelajar.


Beliau maut selepas dipukul menggunakan topi keledar, didera dan duburnya disumbat dengan objek oleh 5 remaja yang lain.





Lebih menyedihkan, mangsa ditinggalkan di sebuah padang di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. T-Nhaveen kemudian disahkan meninggal dunia selepas koma selama enam hari.


Lima suspek yang berusia 16 hingga 18 tahun akhirnya berjaya diberkas. Jika sabit kesalahan 5 suspek terbabit akan dijatuhi hukuman mati walaupun mereka masih dibawah umur. Ini berikutan kekejaman yang dilakukan terhadap mangsa tidak tidak boleh dimaafkan.


4. Penuntut UPNM Didera Sampai Mati





Pada 22 Mei 2017, seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain maut didera menggunakan getah paip, penyangkut baju, tali pinggang dan ditekap dengan seterika wap di seluruh anggota badan.





Perbuatan membuli dan mendera ini dilakukan 5 penuntut yang lain di dorm UPNM yang memaksa mangsa mengaku mencuri komputer riba milik salah seorang suspek!


Lima suspek kini didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.


5. Bapa Durjana


26 Julai 2017, seorang lelaki berdepan dengan 600 tuduhan meliwat dan merogol anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Suspek yang berusia 37 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selama 2 tahun, selepas mangsa tinggal bersamanya ekoran perceraian dengan isteri.




Mangsa kemudian mendedahkan perbuatan suspek kepada ibu kandungnya selepas mengetahui hasrat suspek untuk mengambil dua adiknya yang berusia 9 dan 11 tahun untuk tinggal bersama.

Suspek kini berada dalam tahanan reman selepas ditahan polis sejak 26 Julai lalu.


6. Dua Beradik Jadi Hamba Seks


Malang nasib dua beradik yang menjadi mangsa kerakusan seks bapa kandung, datuk dan dua bapa saudaranya sendiri sehingga mengandung.


Perkara jijik ini terbongkar pada 23 Jun 2017 apabila mangsa berusia 19 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Serian, Sarawak dan disahkan mengandung.





Mangsa memberitahu pihak polis dirinya diperlaku umpama hamba seks oleh 4 suspek durjana yang berusia 26 hingga 57 tahun ini sejak dia berusia 13 tahun di rumah keluarganya.


Manakala adiknya yang berusia 14 turut menerima nasib yang sama sejak berusia 9 tahun.


Keempat-empat suspek ditahan reman pada bagi membantu siasatan lanjut.


7. Kebakaran Di Pusat Tahfiz





21 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung maut selepas pusat tahfiz berkenaan dibakar dengan sengaja.


Tragedi yang berlaku pada 14 September 2017 itu merupakan kebakaran terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah sehingga meragut puluhan nyawa.





Lebih mengejutkan, siasatan polis mendapati suspek utama kebakaran itu didalangi 7 budak lelaki berusia 12 sehingga 16 tahun.


Difahamkan perbuatan khianat ini bermotifkan dendam akibat perselisihan faham antara 7 suspek dan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.


8. Tanah Runtuh & Banjir Kilat Di Pulau Pinang





Pelbagai dugaan dihadapi oleh Penduduk Pulau Pinang pada tahun 2017 apabila negeri itu dilanda banjir kilat disusuli tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan Tanjung Bungah.


Bulan Oktober 2017, 14 buruh binaan di tapak projek Tanjung Bungah maut selepas ditimbus tanah runtuh sedalam 10 meter.





3 lagi dilaporkan maut selepas banjir kilat melanda Pulau Pinang pada bulan November 2017. Tujuh kawasan di sekitar Pulau Pinang turut lumpuh selepas semua laluan utama ditutup sehingga banjir surut.


9. Kes Bunuh Dan Bakar 4 Sekeluarga





Seorang lelaki OKU didakwa membunuh dan membakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Shah Alam pada 13 Disember 2017.


4 sekeluarga membabitkan dua warga emas dan dua kanak-kanak lelaki maut dipercayai dibunuh dan dibakar.




Mangsa Lim Mai Shak, 68, Chia Tee Nang, 73 dan dua cucu mereka iaitu Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi, masing-masing berusia tiga dan 10 tahun terbunuh dalam kejadian itu.

Punca pembunuhan dipercayai akibat dendam.

10. Pembunuhan Kejam Di Stesen Minyak Johor Bahru


17 Disember 2017, viral di laman sosial Facebook selepas aksi empat lelaki menikam dan menggilis seorang lelaki sehingga mati di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru berjaya dirakam netizen.




Siasatan polis mendapati, pembunuhan itu disyaki berlaku akibat persengketaan di antara dua kumpulan kongsi gelap. Polis juga tidak menolak kemungkinan, ia berkaitan dengan isu wang dan hutang.

Setakat ini, polis berjaya menahan 13 individu untuk membantu siasatan.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post