Scene Kesalahan Guna Alat Perubatan Dalam Drama Melayu Yang Menjadi Bualan Netizen

Apabila ada adegan atau scene drama sewaktu di wad, dan penggunaan perubatan. adakalanya penggunaan alat ECG, Mask Nebulizer sering menjadi debat para netizen dan mereka yang arif tentang perubatan apabila dilihat digunakan secara tidak sempurna.  


Bisik-Bisik Gelora
Episod akhir bisik2 gelora. 35 hari tunggu untuk tengok episod akhir tapi kecewa sungguh dengan scene ni. Bila la nak berubah drama melayu ni. Tak leh ko gi tanya doktor teknik betul gano. Ke saje minta kecam ni. Ce belajar gak sikit benda basic kalau nak buat drama kait perubatan ni. Supo straw boba pulok tengoknya.


 Scene drama melayu yang terkantoi silap gunapakai alat perubatan.

Drama Adellea Sofea
Episod akhir drama Adellea Sofea lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Azizmendapat kritikan netizen apabila terdapat beberapa babak yang dikatakan tidak masuk akal. Selepas babak Sofea bermain gitar untuk menyedarkan suami yang koma, peralatan perubatan yang dikatakan salah turut mendapat perhatian.


Jadi jom kita selongkar antara kesalahan Perubatan Dalam Drama Melayu Yang Terkantoi..dan menjadi bualan netizen!!!

 




Nebulizer bukan untuk koma

Masukkan ETT kena bersambung dengan Ventilator


Penggunaan AMBU-BAG yang betul


ECG tidak dipakai sepanjang masa.



Perlu faham bahawa pengaruh media dan drama sangat kuat dalam kalangan masyarakat, dan itu yang bahaya. Orang ramai secara tidak sedar akan pecaya yang mereka lihat, dan akhirnya menjadi kesukaran buat staf kesihatan mengubah persepsi masyarakat.


Pengarah drama dan filem perlu lebih teliti dan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran.

Jadi eloklah sesuatu yang melibatkan pengetahuan itu diambil lebih serius... supaya yang menontonnya juga sama-sama belajar.

Yang mana yang baik kita ambil jadikan pengajaran.  

Kredit : Dr. Khairul Hafidz

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post