5 Negara Dengan Jumlah Cuti Tahunan Terbanyak Di Dunia..!!!

Orang Malaysia selalu ingatkan kita ni dah banyak rehat akibat daripada banyaknya cuti umum di negara kita, tetapi sangkaan kita sebenarnya jauh meleset. Ada banyak lagi negara lain yang mengamalkan dasar pelaksanaan cuti umum yang jauh lebih banyak dari kita.


Tak percaya? Memang benar. Berikut adalah senarai negara-negara di dunia yang paling menganjurkan cuti umum pada rakyatnya untuk berehat.

Teruskan Selongkar...




5. THAILAND (16 HARI SETAHUN)


Thailand menitik beratkan sambutan untuk masyarakat Buddha dalam kalendar cuti mereka. Masyarakat Thailand memulakan tahun baru mereka dengan menyambut tahun baru, kemudian menghormati sambutan Magha Puja yang diraikan penganut Buddha apabila bulan penuh yang menitik beratkan seseorang itu mengelakkan diri daripada perkara buruk.

Setiap 6 April, Thailand akan menyambut hari Chakri yang sejarahnya berpunca daripada pembentukan Dinasti Chakri dan penubuhan kota Bangkok. Selain itu sambutan paling besar di Thailand adalah hari festival Songkran di mana kebanyakan keluarga akan berkumpul, hari Wesak, hari Dhamma yang meraikan permulaan agama Buddha dan dua hari memperingati kematian Raja Thailand Bhumibol Adulyadej yang baru meninggal pada 2016 dan Raja Chulalongkorn pada tahun 1910.


4. CHINA (17 HARI SETAHUN)


China banyak menganjurkan cuti menurut budaya masyarakat mereka. Dengan 7 hari cuti awam seluruh negara, masyarakat China mengadakan dua sambutan tahun baru dan tahun baru Cina. Selain itu mereka menyambut hari Ching Ming di mana pada setiap 4 atau 5 April, masyarakat China akan memperingati orang tua mereka mereka menerusi upacara membawa barang-barang ke kubur nenek moyang bagi memperingati mereka dan membersihkan kawasan kubur. Selain itu, masyarakat China juga mengadakan perlumbaan Bot Naga bagi memperingati upacara Festival Duanwu atau Dragon Boat Festival yang tarikhnya bergantung kepada kalendar orang Cina.

3. FILIPINA (18 HARI SETAHUN)







Filipina juga tidak kurang hebatnya dalam memberikan cuti kepada rakyat mereka yang bekerja. Seperti juga Sri Lanka dan India, Filipina juga memerlukan pemberian cuti kepada rakyat mereka atas sebab kewujudan masyarakat pelbagai etnik di negara mereka. Filipina banyak meraikan sejarah mereka seperti cuti pada 9 April yang dikenali sebagai Day of Valor sempena kejatuhan wilayah Bataan, hari bermulanya Revolusi Filipina yang dipanggil The Cry of Pugad Lawin pada 28 Ogos, hari kelahiran Andres Bonifacio bapa Revolusi Filipina pada 30 November dan hari memperingati kematian Jose Rizal pada 30 Disember.

2. INDIA (21 HARI SETAHUN)





Kita dah boleh nampak faedah hidup dalam masyarakat majmuk dan trend ini diteruskan lagi dengan India di mana dalam setahun mereka mempunyai 21 hari cuti. Terdapat 4 hari cuti umum negara mereka iaitu hari republik, hari pekerja, hari kemerdekaan dan hari meraikan Mahatma Gandhi yang jatuh pada 2 Oktober. Selain itu, perayaan bercorak agama juga diraikan dengan cuti yang diberikan apabila tiba tarikh-tarikh yang ditetapkan.

1. SRI LANKA (25 HARI SETAHUN)


Seronok betul jadi orang Sri Lanka. Dengan masyarakat majmuk yang mengamalkan kepelbagaian bangsa dan agama seiras dengan Malaysia, terdapat banyak keperluan untuk mewujudkan cuti-cuti khas sempena menghormati perayaan atau sambutan golongan tertentu di Sri Lanka.

Selain itu, untuk setiap satu hari di mana bulan mengambang penuh, masyarakat Sri Lanka akan meraikan hari bulan mengambang penuh yang dipanggil Hari Poya mengikut kepercayaan masyarakat Buddha. Jika bernasib baik dalam bulan tersebut ada dua hari bulan mengambang penuh, hari itu juga akan diberikan cuti umum yang digelarkan hari Adhi.

 

Di mana Malaysia?


Mengikut rekod rasmi setakat ini Malaysia mempunyai 15 hari cuti umum setiap tahun, tidak termasuk dengan cuti-cuti peristiwa yang boleh muncul tiba-tiba contohnya seperti meraikan kemenangan Sukan SEA.



Belum cukup banyak cuti di Malaysia? Di beberapa negara yang disenaraikan, wujud isu masalah yang timbul khasnya di India dan Sri Lanka yang mengamalkan terlalu banyak cuti sehinggakan mengganggu produktiviti pekerja mereka. Pelbagai pandangan telah dikeluarkan tetapi setiap kali, keputusannya tetap sama kerana kerajaan memerintah tidak mahu mengambil langkah kurang popular memansuhkan cuti dan bagi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di sana.


Walaupun begitu, bagi penulis, kami mengharapkan agar lebih banyak cuti diberikan.

Sekian terima kasih.

Rujukan
World Atlas

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post