10 TV Series Luar Negara Paling Banyak Di Download 2017 Menurut Torrent Freak

Penduduk di seluruh dunia biasanya akan berdepan masalah untuk menonton siri televisyen kegemaran mereka kerana pengendali televisyen di negara masing-masing mungkin tidak membawa masuk musim terbaru pada kadar yang segera. 


Harga untuk melesenkan musim terbaru untuk setiap siri-siri popular ini memang tinggi dan disebabkan itu ada syarikat pengendali television yang tidak membeli hak penyiaran siri-siri ini untuk tayangan segera. Jadi peminat siri-siri ini terpaksalah memuat turun siri kegemaran mereka menerusi laman Torrent.

Laman Torrent Freak membuat senarai siri television yang paling tinggin dimuat turun secara haram sepanjang 2017. Data ini diambil dari tracker BitTorrent dan seperti dijangka, Game Of Thrones mengungguli senarai ini diikuti dengan siri The Walking Dead.

Ini menandakan siri Game Of Thrones sudah masuk tahun ke-6 berturut-turut menjadi siri paling banyak di muat turut sejak siri ini menemui peminat pada tahun 2011. Rick & Morty pula adalah satu-satunya siri animasi dalam senarai top 10 ini.

Jom kita selongkar senarai top 10 ini, yang mana satu adalah siri kegemaran anda? 


1. Game of Thrones

2. The Walking Dead

3. The Flash

4. The Big Bang Theory

5. Rick and Morty

6. Prison Break

7. Sherlock

8. Vikings

9. Suits

10. Arrow



 
Tak sabar nak tunggu musim terbaru Game of Thrones yang sudah memasuki musim ke tujuh. 

Kredit : Vocket

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post