6 Video Artis Malaysia Paling Kontroversi Dan Dikecam Sepanjang Tahun 2017..!!!

Tahun 2017 hampir melabuhkan tirainya, pelbagai isu kontroversi menghimpit dunia hiburan pada tahun ini. Bermula dengan kes video viral yang menerima kecaman netizen sehingga kepada kes yang membawa kepada pergaduhan.


Jom kita lihat kembali 5 artis dengan video paling kontroversi pada tahun ini.





1Fathia Latiff dan Bego Live
Industri hiburan dikejutkan dengan satu video kontroversi menerusi sebuah aplikasi Bego Live milik pelakon Nastaha Ellyza pada bulan September yang lalu. Video tersebut menunjukkan aksi tarian ghairah pelakon terkenal iaitu Fathia Latiff.


Pada mulanya, Natasha  menafikan bahawa wanita dalam video itu merupakan Fathia Latiff, namun begitu beberapa hari kemudian Fathia sendiri telah tampil dan mengakui bahawa wanita di dalam video itu adalah dirinya.

Fathia turut memuat turun video di akaun Instagram miliknya dan meminta maaf kepada netizen di atas kesilapannya.

Tindakan tersebut telah menyebabkan Fathia menerima pelbagai kutukan dan kecaman daripada netizen. Fathia juga digugurkan daripada drama La Luna kerana masalah disiplin. Nampaknya, tahun 2017 merupakan tahun paling kontroversi buat pelakon ini.

2. Shila Amzah dan 'British Accent'
Shila Amzah  merupakan artis yang aktif sebagai "Youtuber". Dengan menggunakan laman Youtube sebagai platform untuknya berinteraksi dengan peminat maka tidak hairanlah sekiranya video - video yang dimuat turun oleh Shila Amzah mendapat perhatian netizen.


Setelah mengikat tali pertunangan pada bulan November lalu bersama seorang jejaka yang bekerja di sektor kewangan di London, Shila telah memuat naik satu video yang menunjukkan Shila cuba bercakap dalam slang British dengan menggunakan ayat "I can't use my older accents".

Video tersebut tular di laman sosial dan dikecam hebat oleh netizen yang rata-ratanya melabelkan Shila sebagai 'poyo' dan 'show off' kerana dilihat seperti sengaja dibuat-buat.

Berikutan insiden tersebut, Shila Amzah telah menutup akaun Twitter miliknya dan mendakwa dia sudah serik menjadi mangsa buli siber.

3. Aliff Aziz dan Afifah Nasir kantoi di pusat "karaoke"
Perkahwinan pasangan sweet Alif Aziz dan Bella Astillah dilanda badai apabila rakaman video CCTV di sebuah pusat karaoke antara Alif Aziz dan pelakon baru iaitu Afifah Nasir tular di media sosial.


Rakaman video CCTV tersebut menunjukkan Aliff Aziz beraksi mesra dan berpegangan tangan dengan Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.

Selepas insiden tersebut, Bella Astillah telah tampil menjelaskan kepada media bahawa berlaku pergelutan antara dia dan Aliff Aziz di pusat karaoke sehingga menyebabkan Bella mengalami kecederaan kecil.

Lantaran insiden itu, kedua- dua pihak telah tampil membuat sidang media untuk menjelaskan situasi sebenar. Aliff telah meminta maaf kepada semua pihak dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya manakala Afifah Nasir pula masih menafikan insiden tersebut.

4. Mas Idayu dan Shima 
Penyanyi dangdut terkenal iaitu Mas Idayu mencipta kontroversi pada tahun ini berikutan kritikannya terhadap penyanyi daripada indonesia, Shima di sebuah rancangan nyanyian di Indonesia.


Rakaman video itu menunjukkan Mas Idayu sebagai juri telah melontarkan komen dan mengkritik nyanyian Shima dengan menengking penyanyi berkenaan.



Rata- rata netizen  mengecam tindakan Mas Idayu yang telah memalukan Shima di khalayak ramai sehingga menyebabkan penyanyi tersebut menangis.

Selepas video tersebut tular di laman sosial, netizen telah membuat parodi video ini dengan hashtag "ada nampak mommy happy?"

5. Adegan "bercium" Fattah Amin dan Janna Nick
Kisahnya bermula apabila kedua-dua adegan pelakon ini dirakam di set penggambaran oleh sahabat baik Janna Nick iaitu Farah Mendoza. Farah telah merakam adegan kedua-dua pelakon ini  tanpa pengetahuan daripada pihak produksi drama tersebut.

Video ini menerima kecaman dan kutukan daripada netizen kerana adegan tersebut memaparkan seolah- oleh Janna dan Fattah sedang melakonkan aksi bercium.


Namun begitu, Janna Nick telah tampil menjelaskan bahawa adegan tersebut merupakan teknik kamera semata-mata. Fuh! Menurut Janna, walaupun dia dan Fattah merupakan pelakon professional namun mereka masih mengetahui batas dan had mereka sebagai orang Islam.

6. Iqram Dinzly dan Aksi Lucah di Instagram Live
Pelakon Iqram Dinzly yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen mencipta kontroversi dengan rakaman 'live' di akaun Instagram milik beliau.

Dalam rakaman tersebut, Iqram yang ingin dikenali dengan nama Princhiqy Dinzly mempamerkan aksi lucah dan pelik. Rakaman itu mendapat perhatian netizen dan menjadi tular di laman sosial. Berikutan insiden itu, Iqram dilabelkan sebagai tidak waras dan gila.



Netizen turut mempertikaikan tindakan Iqram yang sering berswafoto di perkuburan ayahnya. Tindakan pelik itu mengundang persoalan netizen sama ada  Iqram sudah tersesat jauh dari ajaran Islam atau apakah itu cara Iqram untuk meraih publisiti peminat. 

Buat artis-artis di luar sana, berhati-hatilah dengan apa sahaja yang anda lakukan di laman sosial. Walau bagaimanapun, kami di Selongkar10 mengharapkan perkembangan yang terbaik dan positif pada tahun hadapan!


Kredit : Xtra


No comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.