Senarai Mentor & Protege Program Mentor Otai (2018) - Tam, Zarul, Misha & Siti Sarah

Program pertandingan nyanyian, Mentor Otai bakal menampilkan artis terkenal iaitu Misha Omar, Tam Spider, Siti Sarah, dan Zarul Husin sebagai mentor kepada lapan orang protege yang akan dipilih pada konsert pengenalan yang akan berlangsung pada Ahad, 18 Mac pukul 9 malam. 


Setiap mentor akan memilih dua protege setiap seorang untuk bertanding dalam program realiti berkenaan yang bakal berlangsung selama tujuh minggu.

Sementara itu, bakal  Tidak ketinggalan,  
Bakal protege kepada Misha Omar ialah Elvira, Wan Azran dan Bob. 


Protege kepada Siti Sarah ialah Sairi, Alina, Zanie. 


Protege kepada Tam Spider ialah AJ
 

Protege kepada Zarul Husin ialah Aznie, Lokman, Fakhiz.





Sistem Pemarkahan
Kesemua protege yang terpilih akan membuat persembahan pada setiap minggu dan akan diadili oleh juri tetap yang akan memberikan markah sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan markah, manakala 20 peratus markah daripada juri awam, dan 30 peratus undi adalah berdasarkan undian atas talian melalui portal www.xtra.com.my/mentorotai. 

Pengacara
Dihoskan oleh Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein. 



Hadiah
Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, tempat kedua RM50,000 manakala tempat ketiga RM20,000.

Juri Tetap
Mentor Otai kali ini menampilkan Mark Adam dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap. Tugas selaku pengarah muzik pula dipegang oleh Faizal Uzir atau Lok U.

Waktu Siaran
Saksikan Mentor Otai yang akan dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3.
 


Elvira muncul sebagai Juara Mentor Otai yang pertama menundukkan rakan-rakan seperjuangannya Azee (Naib Johan), Alina (ketiga) dan AJ (keempat).


Juara: Elvira -Hadiah RM100,000
Naib Juara: Azee- Hadiah RM50,000
Ketiga: Alina -hadiah RM20,000
Tempat keempat: AJ – hadiah RM5000

Tahniah.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post