10 Alasan 'Klise' Yang Sering Digunapakai Apabila Terlambat Ke Tempat Kerja

Hari bekerja merupakan hari sibuk setiap yang bekerjaya. Itu memang normal la. Tapi, yang lagi menyibukkan adalah apabila kita ada anak-anak yang wajib disiapkan juga pada pagi itu. Yang ini kita kena susun jadual betul-betul supaya kita boleh sampai awal ke tempat kerja walaupun kita kena uruskan anak juga pada waktu yang sama.

Bukan semua oang boleh buat dengan hati yang tenang tau, mesti ada yang stress pagi-pagi sebab ada je yang tak kena; anak meragam bangun tidur la, anak tak nak mandi la, baju sekolah tak de la, macam-macam lagi la serba tak kenanya.



Alasan-Alasan Popular Apabila Lambat Ke Office

1. Jalan jem tak hingat.
2. Jalan jem akibat eksiden, paip pecah, kete rosak atau ada maintenance on the road.
3. Kereta atau motor kita rosak.
4. Hujan lebat (pastikan anda memiliki motorsikal sahaja).
5. Pergi klinik atau hantar anak bini pergi klinik.
6. Tolong orang eksiden.
7. Kene pergi sekolah anak sebab cikgu sekolah panggil.
8. Sakit perut atau terkena sindrom cirit birit bila bangun pagi.
9. Susah carik parking atau terpaksa parking kereta jauh-jauh.
10. Lupa nak punch card!

Kalau bos korang bagi mimik muka menyindir apabila diberi alasan-alasan diatas, dibawah ialah alasan-alasan yang lebih hardcore tetapi tapi mesti selamba pandai berlakon bila bercerita!

1. Telekom korek lubang awal pagi betul-betul depan pagar sampai kete takleh keluar.
2. Semalam tidur lambat sebab kena kawad cam kat balai polis sebab cari suspek kes bunuh (mesti bos korang kecut dengar).
3. Terserempak anak bos macam kene culik, follow punya follow rupanya orang lain!
4. Tersalah masuk jalan sebab kete kena himpit masa speeding sampai masuk highway ada tol.Jem plak tu kat tol...
5. Engkorang tidur lewat sebab tengok World Cup atau Euro Cup tapi pastikan team yang korang sokong tu sama ngan team yang bos korang sokong.Paling best bila team korang menang!

Kalau dah habis modal baik korang muhasabah diri la atau berenti kerja terus.Cuba engkorang jadi bos... mesti engkorang bengang tengok anak buah korang datang lewat kan?!

Jadi Moral of the story : TIADA ALASAN untuk Datang Lambat

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post