7 Langkah Mudah Bayar PTPTN Menggunakan Maybank2u..!!!

Hutang pinjaman PTPTN perlu dibayar selepas tamat belajar. Biasanya perkara paling leceh adalah proses nak membayar tu rasa macam malas pun ada. Sebenarnya bukan malas, tapi sibuk sangat sampai lupa nak bayar PTPTN. Betul tak?



Ada banyak cara untuk membayar pinjaman PTPTN. Antaranya adalah dengan terus pergi ke mana-mana pejabat cawangan PTPTN yang berdekatan. Tapi mana sempat kan nak pergi sana. Jauh pulak tu. (Itu alasan yang biasa)
Jadi buatlah bayaran secara online kerana ia adalah salah satu cara mudah dan cepat untuk bayar PTPTN. Sambil duduk rumah tu boleh juga bayar secara online.
Dalam post ini saya akan tunjukkan secara ringkas kepada anda cara-cara untuk bayar PTPTN secara online guna Maybank2u. Nanti jika free saya akan tulis cara guna Cimbclicks pulak.
Jika anda masih belum ada maybank2u, sila buat akaun maybank2u anda dengan segera. Bila dah ada cara mudah bayar online ni, jom kita gunakan dengan sebaiknya.
Cara Mula Bayar PTPTN Guna Maybank2u

1. Pertama sekali pergi ke website Maybank2u iaitu www.maybank2u.com.my. Login ke akaun maybank2u anda dengan mengisi username dan password. Login maybank2u macam biasa.

 2. Apabila telah berjaya login. Pada bahagian kanan sebelah atas ada tulis Quick Link. Pilih (Bill Payment) dan klik butang ‘Go’. Seperti yang saya tunjukkan kotak merah dalam gambar di atas.

 3. Kemudian anda akan dibawa pada halaman Payments seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Klik pada ‘Make a one-off payment’.

 4. Seterusnya anda perlu pilih kategori ‘Education & Education Loans’ seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Klik ‘Continue’.

 5. Langkah seterusnya adalah perlu memilih company yang akan menerima bayaran dari anda. Untuk bayaran balik pinjaman PTPTN ini, anda perlu memilih ‘PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan kemudian klik ‘Continue’.

 6. Pada halaman seterusnya ini isikan maklumat-maklumat penting seperti jumlah bayaran, Nombor Kad Pengenalan dan No Telefon anda. Isikan maklumat dengan betul dan klik butang ‘Continue’.

 7. Akhir sekali, ini adalah langkah terakhir pembayaran menggunakan maybank2u. Ada perlu membuat pengesahan pembayaran menggunakan no TAC yang telah dihantar melalui SMS ke no telefon yang anda daftar untuk maybank2u. Selepas mengisi dan mengesahkan no TAC tadi anda klik ‘Confirm’.
Tahniah anda telah berjaya membuat pembayaran PTPTN menggunakan maybank2u!

Jika tiada apa-apa masalah, pembayaran guna maybank2u boleh selesai dalam masa beberapa minit saja. Pembayaran PTPTN guna maybank2u ni sangat mudah dan cepat serta menjimatkan masa kita.
Selepas beberapa hari cuba login ke akaun PTPTN anda juga. Login akaun PTPTN anda melalui link website PTPTN seperti dibawah:
Ini bagi memastikan pembayaran PTPTN yang kita buat telah pun di update ke dalam sistem mereka. Ini untuk pengesahan bagi memastikan pembayaran yang kita buat berjalan lancar.
Selamat membayar PTPTN!

1 Comments

Apa Kata Anda?




  1. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post