10 Biodata Pasangan Designer Generasi Fesyen (GenF) 2018 Berentap Merebut Juara

Gen F singkatan daripada Generasi Fesyen mempertaruh 10 jenama fesyen yang bakal bersaing untuk gelaran juara dan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan berpeluang mengeluarkan koleksi kapsul sendiri di Fashion Valet.
Jenama fesyen tersebut ialah Kahou, Lolo, HN, Wan & Mary, Calaqisya, Jubahsouq, Ridzuan Alias, Larf, Seth & Luna dan Clothesology. 

Peserta Program realiti pencarian bakat GenF
Setiap Rabu, 11 Malam



CALAQISYA

PEREKA FESYEN 1 - Farah Azrina Khairuddin, 25
  • Graduan Diploma Analisis Pelaburan UiTM
  • Pengarah Kreatif dan pemilik bersama jenama fesyen muslimah ‘Calaqisya’
  • Syarikat Calaqisya mula ditubuhkan pada awal tahun 2009
  • Penyarah sambilan di KVERTS & UniKL
  • Mempunyai lebih 500k pengikut di laman IG (Calaqisya)
PEREKA FESYEN 2 - Hadi Aizat, 28
  • Graduan Sarjana Muda Seni Rekaan UiTM
  • Ketua Pereka Fesyen untuk jenama Calaqisya
  • Dibawah pengawasan beliau, jenama Calaqisya pernah dianugerahkan ‘Queen of Urban Modesty Recognition’ oleh FashionValet dan tersenarai dalam Top 10 ‘Foreign GMV’ dan Top 10 ‘New Comer’ di Mycyber Sale.
 CLOTHESOLOGY

PEREKA FESYEN 1 - Aynaa Manan, 24
  • Graduan Diploma Rekaan Fesyen Kreatif, University College Shahputra
  • Pereka Fesyen di syarikat fesyen muslimah ‘Clothesology’
  • Terlibat aktif dalam bidang peragaan sebagai freelance model untuk fesyen muslimah
  • Jenama ‘Clothesology’ mempunyai 65.4k pengikut di laman IG (Clothesology)
PEREKA FESYEN 2 - Mujahidah, 24
  • Graduan Sarjana Muda Seni Rekaan Fesyen, UiTM
  • Sedang menyambung pelajaran peringkat Sarjana atau ‘Master’ dalam jurusan Seni Rekaan Fesyen di UiTM
  • Koleksi rekaan busana beliau pernah terpilih untuk menyertai Ciputra World Fashion Week di Surabaya pada tahun 2017.

 HN

PEREKA FESYEN 1 - Hanif Naim, 28
  • Graduan Diploma Rekaan Seni Fesyen, SML Fashion Academy
  • Pernah mengambil jurusan perubatan di Moscow Medical University, Rusia
  • Finalis untuk program Perantis Muda Berita Harian Festival Fesyen Kuala Lumpur 2011
  • Dinobatkan Publisis Terbaik untuk iStyle Fashion KLIA
  • Dinobatkan anugerah utama untuk Stylo Mercedes Benz ‘Emerging Designer’ 2014
PEREKA FESYEN 2 - Filzah Zaidi,22
  • Masih menuntut di SML Fashion Academy dalam jurusan ‘Ladies Tailoring’
  • Merupakan pelajar cemerlang dan tersenarai dalam ‘Dean’s List’


 JUBAHSOUQ

PEREKA FESYEN 1 - Fameiza Kasim, 29
  • Graduan Sarjana Muda Seni Rekaan Fesyen UiTM
  • Pengurus Sumber Manusia dan Pereka Fesyen di syarikat Jubahsouq Enterprise
  • Rekaan beliau pernah memenangi ‘Best Evening Wear’ untuk Pertandingan Fesyen Biotechnology 2010
  • Jenama Jubahsouq mempunyai 536k pengikut di IG (Jubahsouq)
PEREKA FESYEN 2 - Fatin Sakinah, 29
  • Graduan Sarjana Muda Seni Rekaan Fesyen UiTM
  • Pengurus Produksi di syarikat Jubahsouq Enterprise
  • Peserta IID (Invention & Innovation Design) 2010 anjuran UiTM, Shah Alam.

 KAHOU

PEREKA FESYEN 1 - Vincent Hou, 28
  • Graduan Diploma Seni Tekstil & Rekaan, Malaysian Institute of Art
  • Merupakan seorang pensyarah fesyen di Saito University College
  • Pernah memenangi anugerah utama untuk kategori ‘Creative Display’ untuk Pertandingan ‘Malaysia Footwear Design’ pada tahun 2012
PEREKA FESYEN 2 - Yoong Jia Yi, 27
  • Graduan Diploma Seni Rekaan Fesyen, SML Fashion Academy
  • Pernah memenangi kategori ‘Creative Art’ untuk Pertandingan ‘Malaysia Footwear Design’


 LARF

PEREKA FESYEN 1 - Allif Firdaus (The Latifi), 24
  • Graduan Diploma Seni Rekaan Tekstil, UiTM
  • Top 20 Jarum Berlian 2014
  • Bergiat aktif sebagai penata rias ‘freelance’
  • Perancang perkahwinan di syarikat Tyra Touch
  • Penulis dan penata rias di Majalah Hijabista
PEREKA FESYEN 2 - Faiz Ripin (Black)
  • Penuntut tahun akhir jurusan Seni Rekaan Fesyen, UiTM
  • Seorang ‘mat rempit’ yang mempunyai minat mendalam dalam bidang fesyen

 LOLO

PEREKA FESYEN 1 - Lorenzo Peh, 28
  • Graduan SML Fashion Academy
  • Sering menyertai pelbagai pertandingan fesyen secara aktif sejak 2009
  • Pernah mewakili Malaysia di pertandingan ‘Star Creation’ Singapura
  • Dinobatkan sebagai ‘BDA Young Designers’ 2010
PEREKA FESYEN 2 - Kong Jia Hui, 22
  • Graduan New Era College
  • Bekerja sebagai promoter jualan di butik Miss Selfridge, Pavilion Kuala Lumpur


 RIDZUAN ALIAS

PEREKA FESYEN 1 - Ridzuan Alias, 27
  • Pereka fesyen di butik Kree
  • Memiliki label jenama sendiri iaitu Ridzuan Alias
  • Pemenang ‘First Runner Up’ untuk Piala Seri Indon 2016
  • Pernah membuat pertunjukan fesyen di KLFW 2016
PEREKA FESYEN 2 - Nasyreen ‘Amirah, 27
  • Graduan Diploma Seni Rekaan Fesyen, UiTM
  • Bekerja sebagai pembantu penata rias
  • Berpengalaman dalam bidang kostum dan produksi pertunjukan fesyen
  • Pernah dilantik sebagai ‘Head Dresser’ di Andrews Models Management & Eventcomm (2017)

 SETH & LUNA

PEREKA FESYEN 1 - Jimiey Whang, 26
  • Graduan Sarjana Muda Seni Reka & Seni Lukis, UiTM
  • Terlibat secara aktif dalam bidang rekaan fesyen
  • Merupakan pemilik Bersama jenama Seth & Luna
  • Jenama Seth & Luna juga banyak menaja selebriti tempatan di pelbagai majlis hiburan tanah air
PEREKA FESYEN 2 - Irie Mohamed, 29
  • Graduan Sarjana Muda Seni Reka & Seni Lukis, UiTM
  • Pemilik Bersama jenama Seth & Luna

 
WAN & MARY

PEREKA FESYEN 1 - Hazzerwan Lee, 28
  • Graduan Sarjana Muda Seni Rekaan Fesyen, Industry Herriot Watt University, Edinburgh Scotland
  • Memiliki label jenama sendiri iaitu Hazzerwan Lee
  • Pengasas & Pengarah Artistik Kreatif di The Frow, KL
  • Penyarah sambilan di KVERTS & UniKL
  • Pereka fesyen di Nuizamore & Hassan Adli Kuala Lumpur
PEREKA FESYEN 2 - Mariam Musa, 28
  • Graduan Diploma Seni Rekaan Fesyen di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Rembau
  • Pengasas dan pereka fesyen di MM Mariam Musa Kuala Lumpur
  • Penata rias & pengarah kreatif di Aida Story of Batik Malaysia
  • Pengarah Operasi Kreatif di The Frow Studio, Kuala Lumpur

Juri
Pemilik jenama Fashion Valet, Vivy Yusof dan pereka fesyen negara, Datuk Rizalman Ibrahim diberi mandat sebagai juri tetap untuk program pertandingan rekaan fesyen, Gen F.

Gen F bersiaran selama lapan minggu setiap Ahad, 9 malam bermula 11 Mac di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Kredit : AstroGempak

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post