10 Resipi Kuah Kacang Padu Pelbagai Versi Untuk Santapan Di Hari Perayaan

Kumpulan resepi kuah kacang terbaik di Malaysia. Pilihan utama sebagai sajian istimewa. Kuah kacang sememangnya terkenal sebagai salah satu menu utama menjelang hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Rumah Terbuka, Potluck dan lain-lain yang dipadankan dengan makanan seperti sate, nasi himpit, cucur udang dan sebagainya.



Terdapat pelbagai versi resepi atau bagaimana cara membuat kuah kacang seperti kuah kacang Terangganu, kuah kacang satay Kajang, kuah kacang Kelantan, kuah kacang tanpa santan, kuah kacang nasi impit yang mana setiap satunya memiliki rasa yang tersendiri untuk panduan kita bersama.

1. Resipi Kuah Kacang Nasi Himpit Terengganu 



Resepi kuah kacang nasi impit terengganu ini merupakan salah satu cara memasak nasi himpit beserta kuah kacang yang sememangnya terkenal di Terengganu.
Cara menyediakannya adalah seperti berikut:

Bahan yang diperlukan untuk membuat Nasi Impit :

3 cawan beras biasa
15 cawan air
3 sudu kecil garam
Nota: Gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras dan juga air.

Cara Buat Nasi Impit :

Basuh beras terlebih dahulu, kemudian masukkan air, garam ke dalam periuk dan masak seperti memasak nasi biasa.
Apabila kandungan air dalam periuk semakin sedikit dan nasi mulai terbentuk, kacau dan mampatkan nasi tersebut. Dalam masa yang sama gunakan api perlahan.
Kacau dan lenyek nasi setiap 3-5 minit sehingga mampat dan sebati. Semakin kerap nasi dikacau semakin lembut dan cantik nasi impit tersebut. Terus kacau nasi sehingga air betul-betul kering dan nasi menjadi lembut.
Ambil bekas seperti mangkuk dan sebagainya, pastikan bekas tersebut mampu menampung kesemua nasi impit yang dimasak tadi. Sapukan sedikit minyak atau marjerin di permukaan bekas bagi memastikan nasi impit tidak melekat pada permukaan bekas nanti.
Masukkan nasi impit ke dalam bekas dan ratakan, ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit marjerin.
Mampatkan nasi impit dengan memberikan tekanan menggunakan plastik yang disapu marjerin tadi.
Sejukkan nasi impit dalam 3 hingga 5 jam sebelum dipotong. 

Bahan yang diperlukan bagi kuah kacang Terengganu :

1 kg kacang tanah
3 batang serai dititik
1 mangkuk air asam jawa
1 senduk gula melaka
3 senduk minyak masak
Garam dan gula pasir secukup rasa
Bahan kisar :
20 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus hingga mendidih
15 hingga 17 ulas bawang besar
2 inci halia
Penyediaan Kacang Tanah :
Goreng kacang tanah menggunakan 3 sudu minyak masak.
Sejukkan kacang tanah tadi
Tumbuk kasar kacang tanah menggunakan lesung (kulit tidak perlu dibuang).

Cara buat kuah kacang :


Panaskan minyak masak terlebih dahulu
Kemudian tumis serai yang telah dititik hingga naik baunya.
Masukkan bahan-bahan kisar.
Masak hingga cili yang dikisar tadi telah masak sepenuhnya
Masukkan air asam jawa dan kacang yang telah ditumbuk.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa.
Masak hingga mendidih dan pecah minyak.
Nota: Kuah kacang akan semakin menjadi pekat setelah dimasak kerana semakin lama, kacang akan mengembang. Kelazatan kuah kacang ini bergantung dengan nisbah gula melaka garam dan gula pasir yang anda gunakan.


2. Resipi Kuah Kacang Sate Kajang 



Resepi ini merupakan resepi kuah kacang khasnya untuk dimakan bersama sate. Walaubagaimanapun ianya juga sesuai dan sangat sedap dimakan bersama nasi himpit.

Sebenarnya ada beberapa resepi kuah kacang sate kajang yang boleh didapati menggunakan carian google namun admin ingin berkongsi resepi ini kerana ianya terbukti sangat sedap setelah admin mencuba untuk membuatnya sendiri. Kredit kepada blog blogospi atas perkongsian resepi ini.

Bahan Untuk Kuah Kacang Sate Kajang :
  • 1 kg kacang tanah – buang kulit
  • 2 keping gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 15 cili kering – buang biji rendam air panas dan kisar halus
  • Bahan hiris nipis :
  • 2 inci lengkuas
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 11 biji bawang merah

Cara Buat Kuah Kacang Sate Kajang

  1. Panaskan minyak kemudian goreng kacang tanah yang telah dibuang kulitnya.
  2. Kisar kasar kacang tanah goreng tadi setelah sejuk sedikit.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian goreng bahan hiris nipis hingga harum kemudian angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  4. Panaskan 3 senduk besar minyak dalam kuali dan goreng cili kisar bersama bahan hiris nipis yang telah digoreng dan dikisar halus tadi.
  5. Masukan air secukupnya dan kacang tanah yang sudah dikisar dan masak hingga mendidih.
  6. Masukan air asam jawa, gula melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
  7. Akhir sekali, hidangkan kuah kacang ini bersama-sama dengan sate ataupun nasi himpit. Boleh juga dijadikan kuah dan dimakan bersama-sama nasi. Selamat Mencuba !

3. Resipi Kuah Kacang Cucur Udang 


Resepi kuah kacang cucur udang ini berasal dari Utara dimana kuah kacang tanah yang dihasilkan adalah tanpa menggunakan minyak.
 
Ianya sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama dengan Cucur Udang. Berikut merupakan resepi dan cara membuat cucur udang dan kuah kacang.
 
Bahan-bahan untuk menyediakan cucur udang : 
  • 500 gram tepung gandum
  • 1 ikat daun kucai
  • 1 sudu kecil kunyit
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 sudu besar air kapur 
Cara buat cucur udang :
  1. Bancuh tepung dengan air hingga sebati.
  2. Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai (yg dipotong 1 inci), serbuk kunyit, bawang besar yg dihiris nipis, air kapur, udang, garam dan gula secukup rasa.
  3. Panaskan minyak sehingga sederhana panas, kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan tuangkan ke dalam kuali.
  4. Goreng dengan api sederhana kuat dan angkat apabila cucur menjadi keperangan.
Bahan-bahan untuk kuah kacang cucur udang :
  • 2 ulas bawang merah (dipotong nipis atau dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong nipis atau dicincang)
  • 1 inci halia (dipotong nipis atau dicincang)
  • 1 mangkuk kacang tanah
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu kecil paste udang kering
  • 3 sudu besar gula melaka
  • 2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkan
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara penyediaan kuah kacang cucur udang :
  1. Goreng kacang tanah tanpa menggunakan minyak sehingga rapuh kemudian tanggalkan kulit kacang tanah tadi.
  2. Kacang tanah yang telah digoreng dikisar halus.
  3. Panaskan 3 sudu besar minyak
  4. Tumiskan bahan cincang bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  5. Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.
  6. Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus.
  7. Masukkan gula, garam dan tepung jagung.
  8. Masak sehingga mendidih sehingga mencapai kepekatan yang diingini.

4. Resipi Nasi Himpit Kuah Kacang Kelantan & Sambal Kelapa 



Resepi Nasi Impit Kuah Kacang Kelatan berbeza sedikit dengan kuah kacang yang lain kerana ianya berasa sedikit pedas, manis serta rasa sedikit berlemak dan yang paling penting, mempunyai rasa yang sangat sedap.

Nasi impit yang digunakan adalah versi nasi impit segera. Berikut merupakan cara membuat nasi impit kuah kacang versi kelantan.

Bahan-bahan untuk nasi impit dan kuah kacang :

  • 6 bungkus nasi impit segera
  • 0.5 kg kacang tanah – goreng tanpa minyak dan dikisar kering (tanpa air)
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 keping nisan
  • 6 sudu besar gula
  • 5 batang serai di ketuk
  • garam secukup rasa
  • 1 liter santan
  • Separuh cawan minyak masak

Cara menyediakan Nasi Impit :

  1. Rebus 6 bungkus nasi impit segera tadi kemudian sejukkan.
  2. Cara menyediaakan kuah kacang Kelantan :
  3. Goreng kacang tanah tanpa menggunakan minyak sehingga rapuh, sejukkan seketika. Buang kulitnya, kemudian kisar atau blender kering kacang tadi.
  4. Potong cili kering dan rebus dengan sedikit air.
  5. Kisar bawang besar, bawang putih , bawang merah, cili kering dan halia
  6. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar atau blender tadi dan masukkan juga serai yg telah di ketuk. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
  7. Masukkan santan, dan kacang, kacau seketika.
  8. Kemudian masukkan nisan, gula, garam, dan asam keping.
  9. Ambil masa untuk merasa sedikit kuah kacang, jika kurang manis atau masin, tambahkan gula atau garam secukup rasa.
  10. Masak hingga terbit minyak dan kuah agak pekat sikit, kemudian tutup api.
  11. Sedia untuk dihidangkan.
Bahan-bahan sambal kelapa :
Bahan-bahan bagi menyediakan sambal kelapa adalah seperti berikut:
  • 2 ekor Ikan sardin (selaye). Ikan yang lain boleh digunakan seperti ikan kembung atau selar.
  • 2 Biji kelapa
  • 7 Ulas bawang merah
  • Halia setengah inci
  • Serai
  • Gula melaka/nise dua keping
  • Gula sesudu besar
Cara membuat sambal kelapa versi Kelantan :
Cara-cara menyediakan sambal kelapa Kelantan adalah seperti berikut.
  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Masukkan ikan kedalam periuk, masukkan air sehingga ikan tenggelam, masukkan 2 atau 3 asam keping dan sesudu garam dan biarkan ikan direbus dalam masa lima minit.
  3. Goreng kelapa tanpa menggunakan minyak dengan api perlahan sehingga keperangan dan garing. Tumbuk kelapa yang telah digoreng sehingga sedikit lumat.
  4. Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat.
  5. Kemudian masukkan nise, tumbuk sehingga sebati dan sedikit berair, kemudiannya masukkan sedikit gula dan satu sudu teh garam. Apabila gula telah hancur dan sebati, masukkan isi ikan rebus dan tumbuk sekali lagi sehingga sebati.
  6. Seterusnya bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi digaul dengan kelapa goreng yang juga telah ditumbuk sehingga sedikit lumat. Gaul sehingga sebati.
  7. Adunan ini kemudian ditumbuk sekali bagi memastikan rencah bawang dan isi ikan betul-betul sebati. Pastikan anda menggunakan sudu semasa proses mengalihkan atau menggaul bahan-bahan yang ditumbuk ini bagi memastikan ianya tahan lebih lama.
  8. Hidangkan bersama-sama nasi himpit dan kuah kacang.
5. Resipi Kuah Kacang Tanpa Santan 



Kebiasaannya penyediaan kuah kacang menggunakan santan bagi memberikan rasa yang lebih berlemak dan sedap. Namun bagi mereka yang tidak gemarkan santan ataupun inginkan kuah kacang yang kurang berlemak makan resepi kuah kacang tanpa santan ini mungkin sesuai untuk anda.
Kaedah penyediaan kuah kacang tanpa santan adalah seperti berikut:
 
Bahan-Bahan Resipi Kuah Kacang Tanpa Santan:

  • 500 g kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudiannya dikisar.
  • 2 1/2 senduk cili giling tambahkan sedikit cili kering yang dikisar.
  • Gula melaka atau gula pasir secukupnya.
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Setengah cawan minyak masak (lebih sedikit lagi bagus).
  • Air secukupnya
Bahan-bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia

Cara menyediakan kuah kacang :

  1. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya ke dalam periuk. Kacau dengan kerap bagi memastikan kacang tidak berketul-ketul. Jika terlebih air, biarkan ianya masak lebih lama dengan api sederhana. Semakin lama dimasak, semakin pekat kuah tersebut. Apabila kuah menjadi pekat tutup api tadi
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling. Kemudian tumis lagi sehingga pecah minyak. Kemudian tutup api.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk kuah kacang. Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau perlahan-lahan hingga sebati dan keluar minyak.
  6. Tutupkan api.
  7. Hidangkan bersama satay, nasi himpit, rendang dan sebagainya.
6. Resipi Kuah Kacang Daging 



Resepi kuah kacang daging menggunakan daging (apa-apa jenis daging) sebagai bahan utama selain daripada kacang yang ditumbuk atau dikisar kasar. Cara penyediaan kuah kacang daging adalah seperti berikut:
 
Bahan bahan kuah kacang daging :
Bahan-bahan yang perlu dikisar:
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai*
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 4 biji buah keras
  • 2 cawan cili kisar
  • Air secukupnya
1 kg daging dipotong kecil
1 kg kacang tanah digoreng dan dikisar
Air asam jawa
Sedikit gula merah
Garam dan gula secukupnya
 
Cara Penyediaan Kuah Kacang Daging :
  1. Tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau atau wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging dan air. Masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan kacang tanah goreng yang dikisar dan kacau hingga mendidih.
  5. Masukkan air asam jawa, gula merah, garam dan gula. Kacau hingga naik minyak
  6. Masak sehingga kuah kacang daging menjadi pekat.
  7. Hidangkan bersama-sama dengan sate atau nasi himpit.
p/s : Kalau tidak suka daging boleh gantikan dengan ayam dipotong dadu.

7. Resipi Kuah Kacang Che Nom



Bahan-Bahan:
  • 1 kg kacang tanah
  • 15 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus
  • 2 keping gula melaka
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • Bahan untuk hiris nipis:
  • 14 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara Penyediaan:
  1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
  2. Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
  4. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
Tips:
Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

8. Resipi Kuah Kacang Nasi Himpit



Ramuan
Bahan bahan:
  • 600 gm kacang tanah - disangai
  • 5 biji bawang besar - mayang
  • 1/2 mangkuk cili kisar
  • 50 g udang kering-kisar
  • 1 cawan gula Melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan minyak mazola
  • 2-3 cawan air
  • 1/2 sudu besar garam halus atau secukup rasa
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 batang serai - dititik
Langkah Penyediaan
Cara cara:
~Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar.Guna air hanya secukupnya untuk gerakkan blender sahaja. Jangan terlalu banyak sangat air.
~Panaskan 1 cawan minyak, tumis bawang besar dan serai sehingga layu. Kalau rasa minyak kurang, boleh tambah sedikit lagi minyak semasa menumis. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan naik minyak.
~Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend, udang kering dan 2 - 21/2 cawan air. Bila sudah menggelegak, masukkan gula Melaka, gula dan garam.

~Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.
~Siap dihidangkan bersama nasi impit... kuah kacang yang sedap cukup rasa manis, masin lemak kuah kacangnya.. selamat mencuba..

**Nasi impit (segera) seeloknya kita rebus 6 jam awal sebelum dihidangkan.. agar ia sedap dan cantik bila dipotong...

9. Resipi Kuah Kacang Haji Samuri  

 

Kuah Kacang Hj Samuri juga sangat terkenal dengan kelazatannya apatah lagi jika dihidangkan bersama dengan satay. Bagi anda yang inginkan sedikit kelainan dalam menyediakan kuah kacang, mungkin resepi kuah kacang Hj Samuri ini sesuai untuk anda.
 
Berikut merupakan bahan dan kaedah penyediaan kuah kacang Hj Samuri.
Bahan-Bahan Kuah Kacang Hj Samuri :
  • 500 Gram kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1.5 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 papan gula melaka
  • 2 sudu asam jawa (ditambahkan sedikit air di dalam mangkuk, asingkan biji asam jawa dan diambil airnya sahaja).
  • Gula dan garam secukup rasa
Cara membuat Kuah Kacang Hj Samuri :
  1. Potong nipis bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering kemudian tumiskan semuanya dengan minyak yang mencukupi
  2. Pastikan bahan-bahan yang digoreng dalam langkah 1 menjadi cukup garing
  3. Toskan gorengan tadi dan kisar atau blender halus. (gunakan sedikit air semasa proses mengisar)
  4. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk.
  5. Masukkan juga air asam jawa, dan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar.
  6. Kacau rata kesemuanya.
  7. Didihkan campuran dalam periuk tadi dengan api sederhana.
  8. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
  9. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  10. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan gunakan api kecil.
  11. Teruskan memasak sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan (pecah minyak). Kacau dengan kerap bagi memastikan kuah tidak melekat pada dasar periuk.
  12. Apabila kuah kacang telah pecah minyak, kuah menjadi pekat, tutup api.
  13. Hidangkan bersama sate atau nasi himpit.
10. Kuah Kacang Simple Express


Resepi kuah kacang “simple” merupakan kaedah memasak atau menghasilkan kuah kacang yang mudah tanpa menggunakan bahan-bahan yang banyak.
Resepi ini sesuai untuk anda yang inginkan resepi yang tidak terlalu memeningkan atau bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam menu kuah kacang ini.

Berikut merupakan bahan dan cara penyediaan kuah kacang simple.
Bahan-Bahan :
  • 500 gram kacang tanah
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji bawang merah
  • Segengam cili kering
  • 3 batang serai
  • Gula melaka
  • Garam
 Cara Menyediakan Kuah Kacang Simple :
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak sehingga masak dan rapuh. Kemudian buangkan kulitnya.
  2. Tumbuk serai dan lengkuas
  3. Kisar bawang merah dan cili kering
  4. Tumbuk halus kacang yang telah digoreng dan dibuang kulit tadi.
  5. Masukkan minyak ke dalam kuali, tumis serai, lengkuas, bawang merah dan cili kering yang telah ditumbuk dan dikisar tadi.
  6. Setelah pecah minyak, masukkan kacang yang telah ditumbuk.
  7. Masukan gula melaka dan garam.
  8. Tunggu sehingga minyak naik ke permukaan dan kuah menjadi pekat.
  9. Hidangkan.

Tips: Bagi memastikan kuah kacang yang dihasilkan betul-betul lazat dan sedap, anda perlu memastikan kacang yang digoreng betul-betul masak, bahan kisar ditumis sehingga pecah minyak, kuah menjadi pekat dan pecah minyak dan kombinasi gula dan garam yang mantap.

11. Resepi kuah kacang raya sedap


Bahan²
  • Setengah kilo kacang (digoreng dgn minyak)
  • dan dikisar sekali dgn kulit
  • 2 biji bawang besar(Dikisar)
  • 3 ulas bawang putih(Dikisar)
  • 2 inci halia(Dikisar)
  • 1 inci lengkuas(Dikisar)
  • 4 batang serai(Dikisar)
  • 10 tangkai cili kering(Direbus dan dikisar)
  • setengah sudu kecil udang kering
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 1 ruas gula melaka
  • 3 sudu gula perang
  • Garam secukupnya

Caranya
-Tumis bahan kisar hingga naik bau
(Bawang,halia,lengkuas,serai,cili kering)
-Pastikan minyak mencukupi semasa menumis.
-Tumis bahan hingga pecah minyak.
-Pastikan guna api yg sederhana sahaja.
-Supaya masakan mesra dan sekata.
-Selepas pecah minyak @ terbit minyak
Masukkan setengah cawan air.
-Kemudian masukkan kacang yg telah dikisar.
-Masukkan air lagi dalam 1.5 cawan.
(Agak² kepekatan yg diingini.)
-Sesudah sebati dan mendidih masukkan gula melaka.
-Masukkan asam jawa.
-Akhir sekali masukkan gula perang dan garam.
-Renehkan sehingga masak.
Selamat mencuba..

kredit: Dapurmamanufail


Sekian
Selamat Mencuba

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post