10 Filem Malaysia Berunsur Patriotik Sesuai Ditonton Sempena Hari Kebangsaan

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah hari yang bersejarah buat semua rakyat Malaysia kerana pada tarikh tersebut, negara Tanah Melayu (sebelum dikenali sebagai Malaysia) telah bebas daripada jajahan British. Hari bersejarah tersebut semakin menghampiri.

Jom kita selongkar filem patriotik yang anda harus tonton untuk mendapatkan semangat kemerdekaan. 


1. Darah Satria


Darah Satria merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1983. Filem Darah Satria diterbitkan dalam bentuk filem warna. Filem Darah Satria mula ditayangkan pada 1983 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Aman Shah, A. R. Badul, Tawil dan ramai lagi. 

2. Embun

 
Embun ialah tajuk bagi sebuah filem Malaysia berunsurkan drama, peperangan dan romantis yang pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2002 (iaitu dibuka pada 1 Ogos, kebetulannya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara ketika itu). Filem arahan Erma Fatima ini yang panjangnya 135 minit ini dibintangi Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin dan Izi Yahya dan diterbit oleh Filem Negara Malaysia. Dialog filem Embun berbahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.


3. Sarjan Hassan

 



Sarjan Hassan (diiklankan dalam poster sebagai Sergeant Hassan dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah filem peperangan Tanah Melayu 1958 yang dilakonkan oleh P. Ramlee. Pada awalnya filem ini diarahkan oleh Lamberto Avellana tetapi beliau tidak sempat menyiapkan filem ini sepenuhnya. Tugas pengarahan kemudiannya diambil alih oleh P. Ramlee. Ia ditayangkan pada 28 Ogos 1958.



4. Bukit Kepong

Filem Bukit Kepong yang menemui pawagam pada tahun 1981 ini berkisarkan mengenai perjuangan pihak polis menentang komunis. Diangkat dari kisah benar yang terjadi pada tahun 1950, filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin ini dilakonkan oleh beliau sendiri bersama Allahyarham Hussein Abu Hassan, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.


5. Leftenan Adnan



Tahukah anda bahawa Pekan Pusing telah menjadi lokasi utama untuk filem Leftenan Adnan yang ditayangkan pada tahun 2000? Pemilihan kawasan Pekan Pusing dipilih oleh pengarah Aziz M. Osman kerana deretan dua rumah kedainya yang masih lagi menyerupai zaman penjajahan Jepun lebih kurang pada tahun 1941 dahulu.
 


6. Pagoh


Menggarap kisah benar penduduk daerah Paloh yang terletak di Johor, filem arahan Adman Salleh ini ditayangkan pada tahun 2003. Mengangkat kisah penduduk Tanah Melayu yang terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya, Paloh dibintangi oleh Janet Khoo, Nam Ron, Ellie Suriaty dan ramai lagi.


7. Bravo


Filem BRAVO LIMA berlatarkan tahun 1989 mengisahkan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia dan juga dalam misi menyelamat seorang anggota tentera yang telah ditawan. Kawasan tengah semenanjung dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata.

8. 1957 - Hati Malaya

Diterbitkan pada tahun 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, filem hebat ini diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba. Berkisarkan mengenai golongan muda tempatan yang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar yang bertajuk 1957 - Hati Malaya, filem ini turut menyelitkan kisah benar mengenai perjuangan untuk mencapai kebebasan.



9. Tanda Putera

Filem adaptasi kisah benar ini memaparkan hubungan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Filem ini turut diarahkan oleh pengarah prolifik Datin Paduka Shuhaimi Baba. Tanda Putera dibintangi oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi.

10. PASKAL(2018)
Kisah Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia bakal digarap dalam filem PASKAL The Movie. 

Diadaptasikan dari kisah benar, filem arahan Adrian Teh ini berkisarkan mengenai kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.




Dah tengok belum...sama sama hayati semangat Malaysia.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post