Anda mengalami masalah gegata? mungkin 9 petua hilangkan gegata ini berguna untuk anda
Melihat pada gambar diatas, pasti kita pernah mengalami masalah ini. Biasanya masalah timbulnya gegata pada badan boleh terjadi kepada semua orang tanpa mengira umur, jantina dan bangsa. Ada baiknya kita mengenalpasti punca gegata terlebih dahulu sebelum mempelajari petua hilangkan gegata pada badan.
Urticaria atau lebih dikenali sebagai Gegata merupakan ruam yang sangat gatal, perit dan membengkak (saiz yang berbeza) yang timbul di mana-mana bahagian badan secara tiba-tiba.
Gegata berlaku bila ada satu bahan kimia dalam badan kita yang disebut sebagai histamine telah dibebaskan dalam darah.
Histamine tadi menjadikan salur darah menjadi kembang dan mengakibatkan tisu di bawah kulit membengkak. Kesannya kulit jadi kemerahan dan menjadi sangat gatal.
Selain itu, gegata juga disebabkan oleh alahan. Sebagai contoh, alergik dengan ubat terutamanya ubat tahan sakit dan antibiotik.
Alergik dengan sesetengah jenis makanan terutamanya kacang, seafood (terutamanya udang), telur juga merupakan punca gegata. Boleh jadi juga gegata disebabkan oleh gigitan, sengatan serangga.
1. Sapu Dengan Air Garam
Jenis garam adalah bebas; Garam makan, garam kasar, garam bukit, garam laut, garam Epsom.
Caranya ialah, campurkan segenggam garam ke dalam separuh baldi air. Kemudian, campuran air garam dijadikan sebagai bilasan terakhir setiap kali mandi. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Kaedah seterusnya ialah dengan mengambil secubit garam dan campurkan dengan setengah gelas air. Kacau sehingga larut dan sapukan pada kulit yang gatal.
8. Losyen Calamine
Kaedah seterusnya ialah dengan menggunakan losyen Calamine. Losyen ini mudah didapati di mana-mana farmasi tempatan. Hanya sapukan losyen di tempat yang terkena gegata.
Pemberian ubat Antihistamin (loratadine/zyrtec/aerius) secara konsisten. Antihistamin adalah sejenis ubat yang akan menyingkirkan histamin berlebihan yang dihasilkan oleh antibodi IgE.
Ubat ini haruslah diambil dua atau tiga kali sehari, bukannya hanya bila gegata muncul. Ini kerana ubatan antihistamin memerlukan masa untuk menunjukkan kesan.
Keberkesanan ubat antihistamin boleh dilihat apabila gegata mengecil atau hilang dengan lebih cepat. Kadangkala memang ambil masa sampai 5 hari hingga seminggu untuk hilang sepenuhnya.
Jika antihistamin tidak memberikan kesan, ubat khas untuk menyekat antibodi IgE akan diberi. Tetapi ia memerlukan preskripsi dan pemantauan daripada pakar kulit.
Sekiranya gegata tidak sembuh, maka doktor akan merujuk anda ke pakar kulit.

Punca Gegata

JENIS-JENIS GEGATA
1. Gegata Akut
- Biasanya didapati pada bayi-bayi dan kanak-kanak (dan juga dewasa)
- Berlaku semasa mereka sedang mendapat jangkitan virus ataupun alahan makanan seperti susu lembu, telur dan kacang tanah.
2. Gegata Kronik.
- Melebihi enam minggu.
- Boleh berlaku secara spontan (tiada pencetus).
-Alahan cuaca panas, sejuk, tekanan pada kulit, makanan atau ubat (termasuk ubat tradisional)
9 PETUA HILANGKAN GEGATA
1. Sapu Dengan Air Garam
Jenis garam adalah bebas; Garam makan, garam kasar, garam bukit, garam laut, garam Epsom.
Caranya ialah, campurkan segenggam garam ke dalam separuh baldi air. Kemudian, campuran air garam dijadikan sebagai bilasan terakhir setiap kali mandi. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Kaedah seterusnya ialah dengan mengambil secubit garam dan campurkan dengan setengah gelas air. Kacau sehingga larut dan sapukan pada kulit yang gatal.
2. Kunyit Dan Kapur Sirih
Kaedah menggunakan kunyit hidup dan kapur sirih ini dikatakan memberikan kesan yang cepat.
kaedahnya ialah; ambil dalam seinci kunyit (sekali dengan kulit). Lepastu tumbuk sehingga lumat dan hancur. Gunakan lesung batu yang bersih.
Kemudian,tambahkan dengan setengah sudu kapur makan.
Sapu di tempat yang gatal atau terkena gegata.

3. Cuka Epal
Anda disarankan menggunakan cuka epal yang tidak ditapis, tulen atau dengan kata lain tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain.
Caranya ialah campurkan 1 penutup cuka epal dengan satu gayung air suam. Lepastu jadikan campuran ini sebagai bilasan terakhir semasa mandi. Tidak perlu dibilas dengan air biasa..
Kaedah seterusnya juga boleh digunakan, iaitu sapukan campuran air tadi pada kulit yang gatal dan biarkannya kering sendiri.

4. Bedak Sejuk dan Air Garam
Cara-caranya ialah, ambil sesudu bedak sejuk dengan sesudu garam.
Campurkan sedikit air ke dalam bedak sejuk dengan garam tersebut. Pastikan campuran bedak sejuk, garam dan air adalah sesuai, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cari bagi memudahkan ianya melekat pada kulit.
Sapukan pada tempat yang gatal

5. Lengkuas
Lengkuas boleh diperolehi di pasar-pasar tempatan.
Caranya ialah, bersihkan lengkuas terlebih dahulu, potong lengkuas yang telah dibersihkan.
Kelas ataupun guris-guriskan dengan pisau pada permukaan lengkuas yang dipotong.
Gosok lengkuas itu pada tempat yang gatal.
Sekiranya air lengkuas sudah kering dan tidak mencukupi untuk disapu pada kawasan gegata lain, potong dan kelas lagi lengkuas itu dan gosok lagi pada bahagian yang gatal.

6. Sapu Tepung Beras
Jenama tepung beras adalah bebas.
Campurkan tepung beras dengan sedikit air. Uli dan kepal tepung sehinggalah menjadi doh. Golekkan tepung beras pada kulit yang terkena gegata.

Menurut info yang dikongsi oleh ubatpenyakitkulit, bawang merah juga boleh menghilangkan gegata. Caranya sangat mudah iaitu, kupas dan tumbuk bawang merah sehingga lembut, sapukan di seluruh badan yang terkena gegata. Kaedah ini dilakukan selepas mandi setiap hari dan akan sembuh dalam masa seminggu.
8. Losyen Calamine
Kaedah seterusnya ialah dengan menggunakan losyen Calamine. Losyen ini mudah didapati di mana-mana farmasi tempatan. Hanya sapukan losyen di tempat yang terkena gegata.
9. Suntikan & Ubat Anti Histamine
Berjumpa doktor merupakan petua yang terakhir jika gegata semakin teruk. Biasanya doktor akan memberikan suntikan atau ubat Anti Histamine.
Pemberian ubat Antihistamin (loratadine/zyrtec/aerius) secara konsisten. Antihistamin adalah sejenis ubat yang akan menyingkirkan histamin berlebihan yang dihasilkan oleh antibodi IgE.
Ubat ini haruslah diambil dua atau tiga kali sehari, bukannya hanya bila gegata muncul. Ini kerana ubatan antihistamin memerlukan masa untuk menunjukkan kesan.
Keberkesanan ubat antihistamin boleh dilihat apabila gegata mengecil atau hilang dengan lebih cepat. Kadangkala memang ambil masa sampai 5 hari hingga seminggu untuk hilang sepenuhnya.
Jika antihistamin tidak memberikan kesan, ubat khas untuk menyekat antibodi IgE akan diberi. Tetapi ia memerlukan preskripsi dan pemantauan daripada pakar kulit.
Sekiranya gegata tidak sembuh, maka doktor akan merujuk anda ke pakar kulit.
Kredit : infosantai
terima kasih atas perkongsian dan ilmu yang bermanfaat
ReplyDelete