10 Pasangan Selebriti Paling Berpengaruh Di Malaysia

Sebut je pasangan selebriti paling berpengaruh, pasti akan terus terbayangkan 10 pasangan ini. 


Mereka ini digelar ‘Power Couple’ bukan saja kerana kekayaan dan popular, tetapi mereka ini saling melengkapi dan berjaya mencipta nama masing-masing tanpa menumpang populariti satu sama lain.  



1. Awal Ashaari & Scha Alyahya

Mendirikan rumah tangga sejak 5 tahun lalu, pasangan ini masih lagi memegang gelaran pasangan paling berpengaruh. Bukan itu saja, anak mereka Lara Alana boleh dikatakan lebih popular dari ibu bapanya. Pasangan ini juga sentiasa menjadi pilihan untuk menjadi duta jenama antarabangsa. 


 
Video Awal Ashaari Confuse Smule - Itu gunanya pasangan 
So Sweet


2. Fattah Amin & Fazura

Tahun 2017 merupakan tahun paling bermakna buat pasangan ini. Melangsungkan majlis pertunangan dan pernikahan secara rahsia ternyata pasangan ini antara paling berpengaruh. Populariti pasangan ini masih lagi menjadi bualan hangat ramai.
3. Vivy Yusof & Fadza Anuar

Pasangan jutawan muda ini antara usahawan paling berpengaruh bukan saja di Malaysia malah di Asia. Bermula dengan menjual tudung, Vivy dan Fadza melebarkan sayap dengan memperkenalkan butik dalam talian Fashion Valet yang kini antara yang popular di Malaysia.

4. Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid Jiwa

Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza dan Datuk K akan sentiasa berada di dalam senarai pasangan paling berpengaruh. Setiap perkembangan terbaru Siti pasti menjadi perhatian ramai.


5. Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Pasangan selebriti ini menjadi idola buat pasangan muda di luar sana yang ingin berumah tangga. Memiliki anak yang comel, Yusof Iskandar kini antara anak selebriti paling popular.


6. Rozita Che Wan & Zain Saidin

Siapa sangka perbezaan umur tidak menjadi penghalang buat pasangan sama cantik sama padan ini. Walaupun jarang muncul di kaca TV, impak populariti mereka masih kekal hingga ke hari ini. Boleh dikatakan setiap ahli keluarga Che Ta mempunyai peminat mereka masing-masing.

7. Marion Counter & SM Nasaruddin


Jika anda masih ingat lagi, majlis perkahwinan pasangan ini mendapat perhatian ramai dan boleh dikatakan wedding of the year. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dan kini memiliki 3 orang cahaya mata.

8. Yusry & Lisa Surihani

Walaupun kurang muncul di kaca TV, namun populariti pasangan ini masih menjadi sebutan ramai. Siap ada rancangan realiti sendiri khas untuk anak-anak.

9. Johan & Ozlynn

Mendirikan rumah tangga pada tahun 2009, pasangan ini menjadi idola netizen dari segi cara mereka mendidik anak dan cara mereka menghargai pasangan satu sama lain. Mesti ramai yang suka tengok Johan buat kerja rumah.

10. Amar Bahrin & Amyra Rosli

Pasangan yang baru menimang cahaya mata ini pernah dikecam kerana sorokkan wajah anak mereka. Ternyata ramai juga yang ingin mengetahui perkembangan terbaru tentang pasangan ini dan anak sulung mereka Aqeef
Anaqi.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post