10 Punca Kebanyakan Rakyat Malaysia Muflis Dan Disenarai Hitamkan Bank Negara

Dengar tajuk ‘rakyat Malaysia muflis’ sahaja sudah bikin gerun kepada ramai rakyat Malaysia terutamanya yang telah sedia ada mempunyai ‘outstanding fee’ dengan pihak bank.


Tetapi, kali ini jom kita selongkar punca kenapa rakyat Malaysia muflis berpandukan data dan fakta .

Berdasarkan data dan statistik, pada tahun 2017 sahaja seramai 18,227 orang di Malaysia telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia kerana telah diisytihar muflis.


10 Punca Rakyat Malaysia Muflis



Jika anda lihat pada imej di atas, anda akan dapati terdapat pelbagai jenis sebab yang menyebabkan belasan ribu rakyat Malaysia diisytihar muflis.

Dua faktor utama kepada muflis ialah kerana sewa beli kenderaan dan pinjaman peribadi. Anda sendiri pasti perasan penyakit yang melanda golongan muda di Malaysia ini ada dua.



Mereka terlalu cepat membeli kereta dengan pinjaman penuh dari bank dan juga suka membuat pinjaman peribadi untuk memenuhi kehendak mereka dan jauh sekali untuk kehidupan seharian.

Adakah hidup ini hanya sekedar memandu kereta import dari Jepun dan berswafoto bersama telefon pintar terkini? Ketahuilah, jika anda rasakan ya, itu adalah simptom awal ke arah muflis.




Rajah di atas juga menunjukkan betapa hebatnya impak ‘berhutang’ kepada anda jika anda gagal mengurus kewangan dengan baik lagi-lagi jika anda seorang yang boros.


Kredit : HartaBumi

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post