Jika anda seorang pemandu kereta, anda seharusnya tahu tentang simbol-simbol serta fungsi-fungsi yang terpapar pada dashboard meter anda. Sekiranya sebarang simbol pada dashboard meter menyala, anda tahu perkara yang sepatutnya dilakukan. Kebanyakkan dari pemandu kereta hanya mengetahui perkara-perkara asas tentang kereta malah ada juga yang hanya tahu pandu kereta sahaja.
Oleh sebab itu, penting sebenarnya untuk kita mengetahui simbol serta fungsi pada dashboard meter kereta kita. Tapi perlu diingat juga bahawa tidak semua kereta mempunyai simbol.
1. Temperature Enjin
Simbol ini menunjukkan kereta anda terlalu panas.
2. Tekanan Minyak
Maksudnya minyak pada enjin kereta anda kurang ataupun terdapat sedikit masalah pada sistem minyak enjin.
3. Amaran Enjin
Apabila simbol ini menyala, anda seharusnya memeriksa kereta kerana simbol ini menyala disebabkan banyak sebab.
4. Bateri
Simbol amaran yang memberitahu bahawa bateri kereta anda semakin lemah.
5. Minyak
Simbol minyak kereta anda dah nak habis. Jadi kalau nampak simbol ni, cepat-cepatlah stesen minyak ya.
6. Tali Pinggang
Simbol peringatan untuk pakai tali pinggang. Kalau tak nak pakai juga, tahanlah telinga dengar bunyi bingit dalam kereta.
7. Tekanan Tayar
Maksudnya tekanan tayar tak balance. Mungkin disebabkan tayar kurang angin.
8. Kawalan Cengkaman
Simbol amaran yang menunjukkan cengkaman tayar anda kurang baik. Perkara ini boleh membahayakan anda.
9. Kunci Anti Break
Terdapat masalah pada sistem break anti lock kereta anda. Kalau nampak simbo ni baik pergi check.
10. Automatic Shift Lock dan Enjin Start Indicator
Simbol yang menunjukkan bahawa anda perlu menekan break untuk start enjin atau tukar ke gear neutral.
11. Air bag
Sistem airbag anda mungkin bermasalah sama ada pada salah satu airbag ataupun semua sekali.
12. Lampu Kabus
Simbol ini menyala apabila lampu kabus anda terpasang. Jangan risau ya!
13. Air Pada Wiper
Simbol yang menunjukkan air wiper anda kurang. Jadi refill lah cepat-cepat ya.
Peduli tentang persekitaran anda...ia mungkin menyelamatkan nyawa.