2 Cara Jawab Soalan "Ceritakan Tentang Diri Anda" Sewaktu Temuduga Kerja

Soalan yang sangat famous dan wajib ditanya oleh mana-mana penemuduga / ‘hiring-manager’ adalah ‘Tell Me About Yourself’.

Soalan ini bunyinya simple, tetapi ramai yang selalu tersilap cara menjawabnya 😀

TELL ME ABOUT YOURSELF

Contoh jawapan yang biasanya saya dengar semasa temuduga kerja adalah :
Nama saya Nurul Ain bin Ahmad, saya berasal dari Kedah, saya anak ke 5 dari 10 adik beradik
Saya bersekolah di sekolah rendah SK Pokok Sena, sekolah menengah MRSM Langkawi, menyertai program matrikulasi di Pulau Pinang …
Nama saya Aina bin Ahmad, saya merupakan anak saudara kepada Chef Wan ..
Saya bekerja di syarikat Alat Tulis Wan Jah, saya sangat happy bekerja di sana, suasana kerja sangat bagus….
Dan banyak lagi jawapan yang biasa-biasa
Tidak salah untuk menjawab seperti yang di atas, tetapi jawapan yang diberikan kurang berkualiti dan tiada nilaikepada pihak penemuduga.
Apa yang sudah tercatat di resume, maka tidak  perlu ulangi lagi
Ramai calon yang ditemuduga, secara tidak sedarnya memberikan ‘bad-impression’ terhadap diri sendiri di awal proses temuduga oleh kerana memberi jawapan yang tidak berkualiti.

Untuk Tujuan Temuduga Kerja, ‘EXPECTED ANSWER’ Sangat Berbeza.

Dalam erti kata lain, soalan ‘Tell Me About Yourself ini merujuk kepada:
  1. Pencapaian
  2. Bakat istimewa
  3. Nilai yang boleh diberikan
Soalan ini dikategorikan sebagai soalan ‘ice-breaking’ terhadap calon temuduga.
Penemuduga yang berstruktur sudah pasti akan menanyakan soalan ini.
Kebanyakkan informasi peribadi, sekolah, university, CGPA telah pun berada dalam resume anda, dan mereka (penemuduga) sudahpun sedia maklum mengenainya.

MACAM MANA CARA MENJAWAB SOALAN ‘TELL ME ABOUT YOURSELF’

Apabila ditanya dalam sesi temuduga, berikan jawapan sebegini:-
Assalamualaikum, saya Nik Faiz.
Saya merupakan seorang yang sangat komited dengan setiap tugas dan amanah yang diberikan, dan setiap tugasan itu saya akan sediakan dalam masa yang telah ditetapkan.
Talkative’ merupakan gelaran yang saya dapat semasa di universiti, malah di syarikat yang terdahulu nya pun saya yang paling kecoh bila buat jualan dan juga promosi.
Dan ternyata ianya adalah bakat yang berharga kerana saya telah dianugerahkan ‘Top Sales Achiever’ untuk dua tahun berturut turut.
Saya suka belajar sesuatu yang baru lebih-lebih apabila ilmu itu dapat dimanfaatkan oleh saya dan rakan sekerja dalam mencapai target dan visi syarikat.
Dan saya juga sedia untuk menerima tugasan dalam skop kerja yang berbeza.
Amacam, ada kelassss tak kalau anda jawab macam tu?
Barulah ada nilai dalam jawapan yang anda berikan dalam sesi temuduga anda 🙂
Apabila jawapan yang dberikan mempunyai kualiti dan nilai yang tinggi, bakal majikan anda sudah pasti akan lebih terpikat untuk memilih anda!
Kepada rakan-rakan pembaca yang tidak pasti dengan arah tuju kerjaya masing-masing, jom sembang dengan saya, saya akan bantu anda pilih kerjaya yang sesuai dengan anda.

 ANDA BELAJAR SESUATU?

Mudah-mudahan anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini. Tekan butang Share supaya lebih ramai mendapat manafaat.

Kredit : Nikfaiz

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post