20 Tip Bercuti Di Pulau Boracay, Filipina Selepas Kembali Dibuka Kepada Umum

Bila sebut tentang Pulau Boracay di Filipina, tentu ramai yang dapat membayangkan betapa cantik laut dan pasir putih di sana. Tapi sayangnya sekadar dapat bayangkan sahaja belum tentu dapat pergi sendiri atas pelbagai kekangan.



Berikut kami kongsikan tips penting bagaimana anda boleh bercuti di Pulau Boracay dengan gembira tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak.




1. Sebutan yang Betul
Terlebih dahulu kena tahu ini dulu. Cara sebutan yang betul untuk Boracay adalah Borakai. Jangan salah sebut pula bila dah ada kat sana nanti cepat-cepat mereka tolong betulkan. Hehe.


2. Perjalanan Ke Boracay
Perjalanan ke Pulau Boracay ambil masa hampir sehari suntuk. Dengan penerbangan AirAsia seawal pagi, hari pertama tidak banyak yang dapat anda lakukan dan sebaiknya berehat dahulu untuk kumpul tenaga dan lakukan aktiviti pada hari berikutnya.

Cara ke Boracay dari Kuala Lumpur via Air Asia
1) KLIA2 ke Kalibo International Airport (4jam)
2) Dari Kalibo Airport, kene naik private van atau bas (2jam) ke Jeti Caticlan.
3) Dari Jeti Caticlan kene naik boat untuk ke Pulau Boracay (10minit)
4) Then naik tricycle (sejenis public transport di Boracay) untuk ke hotel yang korang dah book.
5) BARU SAMPAI BORACAY ! HAHAHAHAHAHHA
  
3. Tiga Bahagian Station
Pulau Boracay merupakan sebuah pulau yang agak besar dan takkan mampu untuk menapak keliling pulau. Semuanya perlu menaiki kenderaan yang disediakan. Untuk kawasan pelancongan, ianya dibahagikan kepada 3 station.


- Station 1: Hotel mewah yang mempunyai pantai persendirian.

- Station 2: Hotel sederhana mewah

- Station 3: Hotel bajet dan backpaker

Jadi kalau nak berjimat carilah station ke-3 tu. Hehe! 

Tak perlu ambil tour guide jika anda sekadar mahu ke Pulau Boracay kerana kebanyakan aktiviti menarik di pulau ini boleh didapati di antara station 1 hingga station 3. Hanya perlu survey dan cari pakej aktiviti mengikut bajet dan pilihan anda.

4. Harga Tiket
Harga (update pada Januari 2017 yaaa)
1) Flight Air Asia ke Boracay, mohon check di www.airasia.com 

2) Private Van dalam 200peso/pax, kalau harga bas korang leh check di Southwest Tours Boracay ataupun di luar airport ada booth yang dibuka, boleh beli tiket dekat situ jugak. depends korang nak yang mana. tapi bagi ai, nak jimat naik aje private van ni, walau bercampur dengan orang lain hihihi. tidur ajelaa dalam van tu, apa ada hal...

3) Bot ke Boracay, 25peso

4) Di Jeti Caticlan ada fees yang dikenakan kepada tourist, bayar sahaja k? dah rules mereka 

HAHHAHHAH, Feri Terminal Fees 100peso/pax & Environmental Fees (75peso/pax)

5. Pengangkutan Tuk Tuk
Pengangkutan yang paling murah ketika di Boracay adalah tuk-tuk. Jadi kalau nak naik tuk-tuk tu, tahan sahaja yang lalu di tepi jalan. Biasanya tambang yang dikenakan cuma 100 Peso (lebih kurang RM10). Untuk transit van dan bot daripada Kalibo ke Boracay, anda tak perlu booking online.




Sebaik saja mendarat dan turun dari kapal terbang, boleh terus ke kaunter van dan kereta yang banyak terdapat di luar lapangan terbang. Malahan mereka akan memanggil dan tawarkan harga untuk anda. Biasanya harga yang ditawarkan adalah 250 Peso (RM25) untuk tambang van dan bot, perjalanan sehala.

5. Jenis Pantai
Anda dapat bezakan pantai di Station 1, Station 2 dan Station 3 melalui pasirnya. Pasir di Station 1 sangat lembut, manakala di Station 3 agak kasar. Suka pemandangan matahari terbenam? Aha! Bersedialah seawal jam 5 petang untuk anda rakamkan pemandangan yang indah di Boracay!



6. Sediakan Peralatan Lengkap
Pelbagai aktiviti menarik dapat anda buat ketika di Boracay. Jadi pastikan anda bawa Goggle siap-siap kerana banyak aktiviti air di Boracay yang buat anda menyesal kalau tak bawa Goggle untuk menikmati dunia bawah air yang sangat cantik memandangkan air di Boracay sangatlah jernih.


7. Stand By Duit
Bawa duit secukupnya dalam matawang Peso dan boleh juga buat back up dengan duit US Dollar. Di sini agak sukar nak tukar duit RM. Bersedia dari awal agar percutian anda kekal menyeronokkan.


8. Waktu Solat Boracay
Waktu solat korang leh refer dekat SINI.
Sini sunrise awal gila, dalam pukul 5.40am gitu, sunset pun awal dalam jam 5.50pm ke 6pm.. tiada perubahan waktu , sama je dengan Malaysia cuma siang hari lebih cepat  

Waktu di Boracay sama dengan waktu jam di Malaysia tetapi malam lebih cepat di sana (seperti di Sabah).


9. Tawar Menawar
Bila membeli belah di Boracay anda boleh tawar menawar sama seperti di Malaysia. Maka gunakanlah segala skill dan kemahiran yang ada untuk dapatkan harga terbaik. Ada 2 lokasi membeli belah popular di Boracay iaitu di D’Talipapa dan di D’Mall. Harga barang di D’Talipapa lebih murah, anyway! :)

10. Elakkan Agen Ulat 
Sebaiknya elakkan dari ambil pakej aktiviti melalui ejen yang akan memanggil dan mendekati anda sambil tawarkan pakej aktiviti mereka ketika di Boracay. Senaraikan apa aktiviti yang anda mahu lakukan dan terus tempah di kaunter operator aktiviti tersebut. Lebih jimat dan selamat.


11. Malam Yang Hidup
Suasana malam di Boracay tak pernah sunyi terutamanya di Station 2. Anda boleh jalan-jalan sekitar hotel penginapan dan pantai untuk lihat pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Antaranya live band, pertunjukan tarian api oleh artis jalanan, shopping di D'Talipapa & D'Mall, duduk minum-minum sambil lihat ragam manusia atau paling tidak cukup sekadar lepak di tepi pantai sambil menikmati desiran ombak dan angin yang bertiup nyaman. Fuhhh!!




12. Aktiviti Menarik
Antara aktiviti terkenal dikalangan pelancong yang tidak wajar untuk anda lepaskan adalah mencuba aktiviti Cliff Jumping atau melompat dari tebing di Ariel Point. Malah anda boleh memilih ketinggian yang anda mahukan. Ini pastinya menjadi satu titik dan sejarah manis sepanjang hayat anda.

 Apapun kepada yang ingin bercuti ke mana sahaja destinasi di dunia ini, hati-hati dan semoga percutian anda memberikan kenangan yang manis sepanjang hayat.



13. Bahasa Perantara
Kebanyakan penduduk Filipina di pulau ini pandai berbahasa Inggeris (paling tidak basic English). Jadi jangan risau jika sesat dan tak pandai berbahasa Tagalog. Tanya saja. Pasti ada yang membantu.

14. Bawa Bekal Makanan
Jika anda rasa mahu berjimat, bawalah bekal makanan dari Malaysia. Mungkin hanya bawa travel cooker dan perencah masakan siap-siap dari rumah dan kemudiannya masak saja di hotel. Yang tinggal hanya beli makanan laut segar. Nak lagi best, berkelah saja di tepi pantai.


15. Kunjungan Kpop
Ramai pelawat dari Korea yang berkunjung ke pulau ini. Jadi usahlah terkejut jika anda lihat ramai sekali ahjuma dan ahjuso di sini dengan berbagai ragam dan fesyen pakaian.



16. Airport Tax
Jangan habiskan duit Peso anda di Boracay! Paling kurang simpanlah dalam 1000 Peso sebab ada Airport Tax sebanyak 700 Peso (lebih kurang RM70) yang mesti di bayar di lapangan terbang. Lagi 300 Peso adalah untuk bayaran bot dan van daripada Pulau Boracay ke Lapangan Terbang Kalibo.

17. Live Update Dari Boracay
Satu lagi cara, anda boleh lihat Boracay secara live di Boracaylive.com. Mungkin anda berpeluang lihat matahari terbenam melalui live cam ini antara jam 5.30 ke 5.50. Sewaktu saya di sana ia berlaku pada jam 5.35 ke 5.45. Tapi ketika kawan saya travel ke Boracay, ia berlaku pada jam 5.40 ke 5.50.


18. Masa yang sesuai untuk ke Boracay

Ini pun kene tengok juga kalau nak bercuti di Boracay, sebabnyaaaa Boracay ada dua musim, Amihan dan Habagat.. Amihan adalah Dry season yang berlaku pada bulan November hingga Mei. Habagat pulak adalah Rainy season yang berlaku pada bulan Jun sehingga Oktober. Masa yang paling sesuai sekali adalah pada bulan November sehingga Mei lahh..



TAPI bulan yang paling ramai adalah bulan Mac sehingga Jun. dikatakan musim panas dia. masa ni memang ramai gileeerrrr... Nak jalan pun sesak.. Harga hotel dan aktiviti jangan cakap laaa, sure mahal.. TAPI keadaan sangatttlahh cantikk katanya, jernih je... Berbanding dengan musim Habagat, segalanya murahh , yelaa musim hujan kan, nak mandi pantai acena? tapi ikut korang la suka nak pergi musim mana satu hehe ~


19. Peraturan Baru Bocaray
Sejak peristiwa lambakan sampah dan ditutup selama 6 bulan, dari 26 April -   kini Pulau boracay dibuka kembali pada 26 Oktober 2018 dengan peraturan baru yang lebih ketat.

Peraturan baru Boracay

Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satu-satu masa. Kerajaan cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.


20. Book Hotel
Hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undang-undang alam sekitar tempatan sudah diarah tutup dan syarikat penerbangan serta feri diberitahu untuk mengehadkan perkhidmatan ke kawasan itu. Jadi kena pre-booked hotel in those list je & before masuk boracay mereka akan check hotel voucher dulu 


Senarai Hotel yang terpilih


Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurkan pesta-pesta yang digelar ‘LaBoracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.
Pulau Boracay pernah dikategorikan majalah pelancongan sebagai antara pantai terbaik di dunia. Peliharalah alam sesungguh nya ia sesuatu yang tak ternilai. Kalau bukan kita siapa lagi.

Kredit : Idabaharum / Vocket

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post