Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana.
BERIKUT ialah kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas.
Keenam-enam yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.
Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Katanya mangsa berasal dari Sibu, Sarawak: Tawau, Sabah; Kelantan; Port Dickson, Negeri Sembilan; dan dua dari Shah Alam, Selangor.
JENAZAH enam anggota bomba diberi penghormatan terakhir selepas solat jenazah di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam
#alfatihah #unsungheroes
BERIKUT ialah kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas.
3 Oktober 2018, Rabu
6.30 petang
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana selepas menerima panggilan kecemasan berhubung seorang remaja lemas.
8.55 malam
Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), empat daripadanya dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua dari Shah Alam tiba di lokasi mencari dan menyelamat (SAR).
9.15 malam
Pasukan PPDA selesai menyiapkan kelengkapan dan mula turun untuk selaman di lombong bagi mencari mangsa.
- Anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain.
- Tali dihulurkan perlahan-lahan dari tebing ketika pihak scuba merapatkan diri di tempat mangsa jatuh.
- Arus aliran air lombong kuat secara tiba-tiba menarik seorang demi seorang ke dalam arus itu.
- Keenam-enam anggota Terbelit tali dan dibawa arus
9.45 malam
Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan perubatan yang berada di lokasi memberikan rawatan kecemasan dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR) , tetapi kesemua enam mereka disahkan meninggal dunia.
9.50 malam
Pasukan perubatan dari Putrajaya yang berada di tempat kejadian mengesahkan enam anggota bomba meninggal dunia akibat lemas
Bagaimanapun, mangsa remaja lelaki yang terjatuh masih belum ditemuiKeenam-enam yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.
Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Katanya mangsa berasal dari Sibu, Sarawak: Tawau, Sabah; Kelantan; Port Dickson, Negeri Sembilan; dan dua dari Shah Alam, Selangor.
11.30 malam
Enam jenazah anggota bomba dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.
Al Fatihah, the truly heroes.
4 Oktober 2018, Khamis
7.30 Pagi
Operasi SAR Remaja Lemas ditangguhkan
8.40 Pagi
Kesemua jenazah tiba di Balai Bomba Shah Alam untuk penghormatan terakhir
Ini adalah kali pertama peristiwa yang melibatkan korban paling ramai dalam sejarah penyelamatan anggota keselamatan di Malaysia.
Pergilah wira sejati.. Pergi dgn jasa dan budi.. Pergilah syurga sedang menanti.. . Allahummaghfirlahum Warhamhum Wa'afihim Wa'fu 'Anhum.. Semoga roh mereka ditempatkan bersama2 dengan mereka yang dikasihi Allah S.W.T. Aamiin
Kredit : Berita Harian
#alfatihah #unsungheroes