10 Lagu Terbaik Kumpulan Queen Selain Bohemian Rhapsody Yang Mengimbau Kenangan

10 LAGU QUEEN YANG SEDAP (SELAIN BOHEMIAN RHAPSODY) NL 
Baru-baru ni saya sekeluarga menonton filem Bohemian Rhapsody, lakonan Rami Malik sebagai Freddie Mercury. Tetapi selaku fan Queen, takkanlah lagu tu je kan kita tahu, ye tak? Ini 10 lagu Queen pilihan saya.



10. I WANT TO BREAK FREE 
Diterbitkan pada tahun 1984, lagu ciptaan John Deacon dalam album The Works, di era-era menuju ke Live Aid, di mana era Queen mula nak ke penghujung. Tapi di era muzik elektronik di kemuncak, muzik rock klasik bunyian 70an makin dah tak trend ketika itu.


9. WHO WANTS TO LIVE FOREVER 
Lagu ini ditulis pada tahun 1986, merupakan tahun-tahun akhir sebelum Freddie Mercury mula mendiamkan diri dari dunia glamer sebelum disahkan menghidap HIV.


7. MUSTAFA 
Masa saya nyanyi lagu ni, ayah saya pernah marah saya sebab dikatakan kononnya pada sekitar tahun 70an, lagu ini adalah agenda Yahudi dan Majusi (Freddie org Majusi) untuk menyesatkan umat Islam. Agenda Yahudi, never gets old.


6. SOMEBODY TO LOVE
Diterbitkan pada tahun 1976, tahun di era classic rock di kemuncak, bersama muzik disco, rambut afro, sideburn porkchop dan seluar kembang, tahun tersebut adalah tahun paling signifikan dalam pop culture 1970an.


5. BICYCLE RACE 
Diterbitkan pada tahun 1978, merupakan lagu yang saya sering nyanyi seorang diri bila saya menaiki basikal bersama-sama kawan semasa ke sekolah dulu.


4. WE ARE THE CHAMPIONS 
Lagu Queen paling popular dalam arena sukan. Tak kisahlah juara bolasepak ke, juara Olimpik ke, lagu ini sudah sinonim dengan suasana menjulang trofi atau mendapat pingat. (lagu ketika habis senggama pun boleh juga)


3. CRAZY LITTLE THING CALLED LOVE 
Antara percubaan Freddie Mercury untuk merevival rock bunyi 50an, antara classic rock yang best untuk dibawa menari.


2. KILLER QUEEN 
Dari album Sheer Heart Attack pada tahun 1974, merupakan lagu yang bagi saya membezakan Queen dengan kumpulan classic rock yang lain. Totally class.


1. SEVEN SEA OF RHYE 
Mula di corong radio pada penghujung tahun 1973, lagu ini meletup di BBC Tops of the Pops pada tahun berikutnya dan membawa kejayaan kepada Freddie dan rakan-rakan. Absolute classic.


Queen Greatest Hits


Ini top 10 lagu Queen (selain Bohemian Rhapsody yang sememangnya epik) pilihan saya. Anda bagaimana?


 
Jangan lupa menonton filem Bohemian Rhapsody - Filem yang tribute kumpulan Queen
mulai 2 November 2018


Kredit : Taman Bunyi

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post