Ragaman merupakan sebuah lagu yang dirakam dan dipersembahkan oleh penyanyi, Faizal Tahir. Sejak lagu tersebut dikeluarkan pada 24 Ogos lalu, ianya menerima feedback yang baik dari kalangan pendengar di Malaysia.
Terbaru, seorang jejaka, Farhan Ismail berkongsi maksud dan mesej disebalik lagu Ragaman menerusi Facebook miliknya. Siapa sangka, lagu yang rancak ini mempunyai mesej yang sangat bermakna.
Baru faham maksud sebenar disebalik lagu
Ragaman
Aku baru je terjebak dengar lagu ni. Waktu sesat kat kubur Cina hari tu.
Pada mulanya aku dengar lagu ni disebabkan muzik dia. Tetapi setelah aku tonton video klip dia, barulah aku faham 100% apa mesej sebenar lagu ini.
1. Kalau nak hidup berdua, banyak ragam yang akan kita kena hadapi. Bagi seorang lelaki seperti aku, walaupun masih bujang dan pernah bercinta dan putus dan pergi jahanam, aku tafsirkan ragaman perempuan yang selalu buat lelaki tak keruan.
2. Perempuan ni sebenarnya dia sendiri pun tak faham diri dia tapi dia mintak lelaki faham dia. Ini adalah antara masalah terbesar yang kaum lelaki kena belajar dan hadap sampai mati.
Lagu mengenai sifat wanita
3. Perempuan tak reti nak berterus terang. Merajuk, suka pendam, berkias. Ada masalah lebih suka cari kawan-kawan. Jadi korang dah tahulah kenapa 99% kuman dekat KRT itu adalah perempuan.
4. Perempuan sangat sensitif. Hal-hal kecik akan dianggap besar. Bila lelaki gagal untuk faham benda ni, 99% perempuan akan anggap lelaki tu tak hargai dia.
5. Perempuan sebenarnya faham. Tetapi jarang nak buat-buat faham. Sebagai contoh dia tahu kita penat, dia ajak keluar. Nanti bila dah jumpa dia akan cakap “kesian kan awak penat”.
6. Bila dengan lelaki yang dia sayang, nak buka peti ais pun tak larat. Bila takda lelaki dia, Gunung Everest pun dia daki.
Setiap perhubungan haruslah ada kesabaran
7. Perempuan cakap lain, tapi dalam hati lain. Cakapnya selalu menyakitkan hati, tapi dalam hati masih sayang. Mintak putus, minta cerai, padahal dia nakkan perhatian. Tetapi yang ajaibnya diorang ni, kalau dah putus ke apa, mudah sangat dia dapat pengganti baru . Macam minum air tebu ikat tepi.
8. Perempuan kalau dah sayang, spender kau pun dia rasa wangi. Tetapi kalau dia dah mula benci, sabun dettol pun dia cakap bau kaki.
Kesimpulan dia, aku faham apa yang Faizal Taher nak sampaikan melalui mesej lagu ni. Sabar, sabar, sabar. Sebab bila dia tiada, kita akan merindui segalanya tentang dia. Nikmat bercinta, hidup berdua sampai tua akan dikenang bila tiba hari tua kelak. Nak nak kalau salah seorang pergi dahulu. Waktu itulah baru kita tahu yang tuhan dah hadirkan seorang malaikat untuk jaga kita walaupun hanya untuk sementara.
Tahniah adalah ucapan ikhlas dari aku untuk sebuah karya yang genius seperti ini. Yang lari dari tipikal lagu-lagu zaman sekarang.
9.2 juta tontonan
Sumber: Farhan Ismail, Faizal Tahir
ingatkan maksud tersirat apa..kalo yg ni bkn tersirat ni..ni tersurat..haha kalo lirik2 yg tersirat tu contoh lagu m nasir tanya sama itu hud hud..
ReplyDelete