20 Lagu Dangdut Yang Di Haramkan Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Daerah (KPID)

Untuk kali pertama sejak dibentuk pada 2004 Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Daerah (KPID) Jawa Barat mengeluarkan perintah melarang 13 lagu daripada dimainkan di wilayah itu.

Lagu Lagu Dangdut yang Di Banned Di Indonesia


Lagu yang dilarang ialah:

1. Paling Suka 69 (Julia Perez)  

2. Hamil Sama Setan (Ade Farlan) 


3. Wanita Lubang Buaya (Mirnawati) 


4. Simpanan (Zilvana) 



5. Mobil Bergoyang (Asep Rumpi dan Lia MJ) 


6. Apa Aja Boleh (Della Puspita) 


7. Hamil Duluan (Tuty Wibowo) 



Turut disenaraikan:

Satu Jam Saja (Zaskia Ghotik)

Mucikari Cinta (Rimba Mustika)

Melanggar Hukum (Moza Kirana)

Merem Merem Melek (Ellicya)

Gak Zaman Punya Pacar Satu (Lolita)

Cowok Oplosan (Geby Go) 

Sementara itu ada beberapa lagu yang diberi kelonggaran terhad, iaitu:

Belah Duren (Julia Perez)

Cinta Satu Malam dan Aw Aw (Melinda)

Gadis Bukan Perawan (Linda Moy Moy)

Berondong Tua (Siti Badriah)

Janda Rasa Perawan (Varra Sahara)

Geboy Mujaer (Ayu Ting Ting)

Perawan atau Janda (Cita Citata)

Merem Melek (Desi Ning Nong)

Aku Pengen Dipacarin (Diora Anandita)

Jablay (Titi Kamal) 

Semua lagu itu hanya boleh disiarkan selepas jam 10 malam.

Mana-mana stesen yang melanggar arahan itu boleh dikenakan hukuman seperti amaran dan penggantungan operasi.

Bagaimanapun larangan itu tidak termasuk di pusat hiburan dan Internet.

Sementara itu panel KPID Jawa Barat, Neneng Athiatul Faiziyah, berkata lagu dangdut berkenaan dihad atau dilarang kerana dianggap mengandungi nilai lucah.

Katanya jika tidak dikawal dibimbangi ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Perintah larangan itu disedarkan kepada semua operator radio dan televisyen di 27 daerah di Jawan Barat.

Larangan itu kemudian mengundang reaksi yang pelbagai daripada pendengar. Ketika sebagaian pendengar memuji langkah diambil KPID, sebahagian yang lain memaki-maki sama ada di radio atau di media sosial.

Kredit : MalaysiaKini

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post