10 Orang Yang Trending Jadi Bualan Netizen Di Media Sosial Sepanjang 2017

10 Nama Menjadi Sebutan Dan Paling Viral Tahun 2017 - Putera Raja, penyanyi dan atlet sukan antara yang menyerlah tahun ini.Tahun 2017 menyaksikan ramai orang yang berjaya mencipta fenomena serta viral dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi.

Tidak mahu memandang soal viral positif atau negatif, ada 10 nama yang telah berjaya menarik perhatian netizen tahun ini. Dengan susunan secara rawak, siapakah yang berjaya masuk dalam senarai 10 orang paling viral tahun 2017?

1. Assraf Nasir (Pramugara 'Toxic' AirAsia)


Nama pramugara AirAsia ini mula menjadi bualan hangat apabila dia memuat naik sebuah video meniru lagak Britney Spears dalam video muzik lagu 'Toxic' ketika dalam kapal terbang. Menerusi video muzik itu sahaja, banyak media tempatan dan antarabangsa memberikan liputan pada Assraf sehingga bakat tariannya turut diiktiraf oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia sendiri, Tan Sri Tony Fernandes.

Dalam sebuah entri Assraf di Instagramnya juga menulis bahawa Tan Sri Tony Fernandes akan menjadikan mimpi Assraf menari bersama Britney Spears akan bertukar realiti. Kami juga berkesempatan menyaksikan tarian 'Toxic' Assraf ketika Festival Santan AirAsia beberapa bulan lalu.


2. Putera Abdul Mateen Bolkiah


Tahun 2017 ini juga menyaksikan Putera raja dari negara Brunei ini antara yang mendapat perhatian ramai. Digilai kerana berwajah kacak, Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26, turut mencairkan hati para wanita apabila tampil di Sukan SEA KL 2017 dalam acara ekuestrian polo mewakili negaranya, Brunei Darussalam.

Lebih menarik, Taman Ekuestrian Putrajaya turut meriah dibanjiri peminat wanita apabila Putera Mateen menentang pasukan Malaysia yang turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Saksikan sahaja bagaimana para wanita ini begitu teruja bertemu dengan putera kesayangan ramai ini.


3. Nabila Razali

Bermacam-macam cara pemasaran yang digunakan sekarang bertujuan mempromosikan diri. Hal ini tidak terkecuali dengan seorang pendatang baru dalam industri hiburan tanahair, Nabila Razali. Videonya menangis teresak-esak seolah-olah baru sahaja patah hati menarik perhatian netizen apabila sebelum itu kecoh dikatakan dia sedang bercinta dengan pelakon Aedy Ashraf.

Namun, semuanya itu hanyalah gimik untuk mempromosikan muzik video terbarunya, Pematah Hati. Kerana aksi menangis itulah, video muzik Pematah Hati telah mendapat 8 juta tontonan dalam masa tiga minggu! Menerusi lagu ini juga, perkataan cumi (cuba misscall) popular meniti di bibir peminat.



4. Speedy Jantan

Muncul sebagai manusia terpantas Asia Tenggara apabila memenangi pingat emas acara akhir larian 100M di Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini pasti memberikan kenangan yang manis buat Khairul Hafiz Jantan. Lebih dikenali dengan nama Speedy Jantan, dia menamatkan saingan dengan masa 10.38 saat untuk berada di tempat pertama sekali gus menamatkan penantian 14 tahun Malaysia dalam acara itu.

Kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara pecut pada Sukan SEA adalah pada edisi 2003 di Vietnam menerusi bekas raja pecut negara Nazmizan Muhammad.




5. Little Miss Khan (Ameera Khan)


Adik kepada Neelofa ini antara yang menyerlah pada tahun 2017. Selain lantang menyuarakan pendapat serta mempertahankan kakaknya dari kritikan netizen, Ameera, 16 atau lebih mesra dipanggil dengan nama Instagramnya, Little Miss Khan (LMK) sedikit pun tidak terkesan dengan cakap-cakap netizen.

Biarpun dia sering dikecam kerana berpakaian seksi, matang sebelum usia dan sebagainya, dengan 789,000 pengikut di Instagram, LMK telah diangkat sebagai penghias wajah depan majalah EH bagi isu September. Dia juga turut menjadi penerima bagi Anugerah Instafamous Paling Cantik anjuran Hurr TV dan kami yakin tahun 2018 akan membuka lebih banyak peluang keemasan buat LMK.



6. Lelaki Anime

Jejaka berwajah kartun ini pernah dikecam oleh netizen gara-gara wajahnya saling tak tumpah seperti watak kartun Anime Jepun. Miyyo atau nama sebenarnya Amirul Rizwan, 21 dari dari Ketereh Kelantan ini dikecam kerana dikatakan berhabis sehingga RM200,000 untuk mendapatkan wajah bak figura Final Fantasy.

Namun seorang teman telah membongkar rahsia wajahnya apabila dia didakwa menyunting wajah menggunakan aplikasi Camera 360 dan Beauty Plus.


7. Evita Delmundo

Mungkin masih ada yang belum mengenali gadis yang berasal dari Sabah ini namun nama Evita Delmundo antara yang menyerlah tahun ini kerana viral dilahirkan bertahi lalat disekitar badannya. Evita, 20, pernah muncul di televisyen menerusi rancangan Motif Viral, Nona serta The Sherry Showuntuk berkongsi cerita ketabahannya menghadapi cemuhan orang dan bagaimana dia bangkit yakin bersama keunikannya.

Tambah istimewa, Evita kini dilabel sebagai instafamous dengan 87,000 pengikut di Instagram serta turut menyertai ujibakat bagi Miss Universe Malaysia.



8. Andi Bernadee/Upiak Isil (Tak Tuntuang)



Tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa, anda pasti tahu lagu Tak Tuntuang. Siapa sangka lagu yang 'saja suka-suka' diyanyikan oleh jejaka ini menjadi viral setelah mendapat 1 juta likes selepas 10 hari dimuat naik di laman Facebook. Andi Bernadee, 26 tahun dan berasal dari Sabah ini merupakan artis baharu di bawah naungan Warner Music Malaysia dan namanya kian meniti di bibir peminat apabila Tak Tuntuang versinya mendapat perhatian netizen.

Lagu Tak Tun Tuang adalah nyanyian asal Upiak Isil dari Padang, Indonesia. Bagi Upiak Isil, dia bersyukur apabila lagu Tak Tun Tuang berjaya mencuri perhatian ramai dan menjadi viral selepas tiga tahun dilancarkan.



9. Cikgu Azizan

Penutup tahun 2017 menyaksikan seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Rendah Taman Semarak menjadi sebutan rakyat Malaysia apabila dikatakan telah menangkap pelajarnya yang melakukan kesalahan displin di kawasan sekolah.

Cikgu Azizan, 44 tahun,didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada pukul 7 pagi, 6 April lalu. Namun Mahkamah telah melepaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan tersebut.



10. Cik B

Selain Datuk Seri Vida yang menarik perhatian ramai sepanjang tahun 2017 ini, anak beliau, Cik B turut menerima tempias populariti ibunya apabila mula viral tahun ini.

Bermula dengan penampilan Datuk Seri Vida sekeluarga dalam siri The House pada tahun 2016 sehinggalah kenyataan Cik B yang menyelar mana-mana lelaki yang mahu mendekati ibunya kerana wang, Cik B dilihat sentiasa havoc, ceria dan bersikap protective terhadap ibunya.


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post