10 Situasi Sikap Minda Kelas Ketiga Yang Tidak Beradap Ini Memang Bikin Panass

Kalau di Malaysia kita berpegang pada prinsip rukun negara dan Rukun negara yang kelima ada menyebut tentang kesopanan dan kesusilaan. Memegang prinsip tersebut seharusnya masyarakat lebih memandang tinggi perkara-perkara disekeliling kita dan tidak mementingkan diri sendiri dalam setiap hal.

Jadi jom kita selongkar, situasi-situasi di mana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya yang memang boleh bikin panas

1. Letak Trolley Merata-Rata 
Tidak meletakkan semula pada tempatnya, Sehingga menyukarkan pengguna lain untuk parking


2. Adap Naik Escalator
Kalau hanya nak tunggu dan diam sementara escaltor bergerak seeloknya berdirilah di sebelah kiri. Ibarat konsep jalan di lebuh raya, kiri untuk perlahan kanan untuk laju 



3. Membuang Bukan Pada Tempatnya
Bila dah besar-besar tulis barang kitar semula tapi segala jenis sampah pun nak buang situ. Memang sampah buang pulak sampah merata-rata sama la jadinya smpah buang sampah.


4. Tidak Memberi Laluan Penumpang Keluar Terlebih Dahulu
Tidak beratur satu hal, tidak menunggu penumpang yang ingin keluar dulu jalan itu pula satu hal. 


5. Parking Bersepah
Salah parking silap padahnya kan.


6. Merokok Di Kawasan Larangan



7. Merosakkan Harta Benda Awam
Sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan berdisiplin, kita harus menyayangi harta benda awam seperti kita menyayangi harta benda kepunyaan kita sendiri.



8. Vandalism 
Orang dah sediakan kemudahan elok-elok tapi tak hargai. Bila takde nanti mulalah bebel sana bebel sini


9. Langgar Traffic Light
Pelintas yang menggunakan lintasan belang terpaksa mengambil risiko yang tinggi dengan pemandu ketika hendak melintas jalan. Berilah laluan kepada pejalan kaki, ubah sikap anda.

10. Tidak Susun Kasut
Boleh lihat situasi di Masjid sampaikan ada yang tolong susunkan kasut anda, barulah tersentak bila tengok kasut anda tiba-tiba tersusun rapi.


Sesungguhnya adap itu mencerminkan sesebuah institusi kemasyarakatan. Buruk tabiatnya buruk juga lah mentaliti yang diterima. Ambil konsep Jepun, negaranya diingat sebagai bertamadun kerana disiplin dan adap dari masyarakatnya, jadi jangan kerana adap kita hilang tanggapan baik dunia. 

Amacam...sentap tak tengok benda-benda ni di sekeliling kita..

Jika kita mahu lihat negara kita Malaysia mencapai tahap sebagai negara maju pada tahun 2020, kita sebagai rakyat mesti mengubah sikap dan pemikiran yang diselarikan dengan kesedaran kendiri agar mampu menghadapi sebarang perubahan serta mudah menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran semasa.

Renung-Renungkan.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post