16 Kronologi Perhimpunan Icerd 2018 Himpunan Ummah Dari Sogo ke Jalan Raja

Himpunan 812 yang disebut sebagai perhimpunan aman kesyukuran kerajaan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) berlangsung di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018.



Perhimpunan yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat Malaysia itu pada awalnya sebagai satu bentuk bantahan kepada kerajaan apabila isu ICERD mula dibangkitkan.

9.00 Pagi
Peserta mula berkumpul di hadapan pusat beli belah Sogo

9.30 Pagi
300 Pesilat Lengkap berbusana tradisional melayu berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan

10.00 Pagi
Peserta mula berkumpul di Jalan Lebuh Ampang, Pudu Raya, Pasar Seni dan Masjid India



11.00 Pagi
Lebih 3,000 Peserta berkumpul di Pusat Beli belah Sogo disusuli ucapan dari wakil pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

11.30 Pagi 


1,000 ahli gabungan 313 pertubuhan silat Malaysia menyerahkan memorandum kepada wakil Timbalan yang Dipertuan Agong di Istana Negara

11.55 Pagi
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat bersiap sedia di jalan parlimen

12.30 Tghari
10,000 peserta memenuhi kawasan sekitar madjid Jamek dan Jalan tun Perak

12.50 Tghari
Polis menganggarkan 5,000 peserta berkumpul di Masjid Negara


1.10 Ptg
Penganjur mengarahkan peserta berarak masuk ke Jalan Raja, Lokasi utama perhimpunan



1.45petang
Bekas Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak menunaikan solat zohor dan sunat hajat di Surau Ar Rahman di Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC) sebelum bergerak ke Masjid Jamek menaiki LRT



1.50 Ptg
Lebih 15,000 peserta yang berkumpul di hadapan Pusat Beli Belah Sogo bergerak ke jalan Raja yang turut disertai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abdul Nik Abdul Aziz dan Ketua Puteri Umno Datuk Zahida Zarik Khan

2.20Ptg
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa antara pemimpin kanan parti itu tiba di Jalan Raja

2.30 Ptg
Polis menganggarkan jumlah peserta mencecah 50,000 orang. Dua buah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelihatan berlegar di ruang udara melakukan pemantauan

Kehadiran pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerima tepukan dan sorakan gemuruh oleh peserta perhimpunan 'kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi ICERD di hadapan Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.

2.40ptg
Presiden PAS abdul Hadi Awang tiba di jalan Raja dengan membonceng sebuah motosikal, beliau disambut peserta dengan takbir


3.05ptg
Peserta masih berarak masuk ke Jalan Raja dan berlaku sedikit kekecohan kerana ada peserta yang dilihat sudah meninggalkan lokasi

Kemuncak perhimpunan menampilkan ucapan dari dua orang pemimpin Ahmad Zahid dan Abdul Hadi


Ahmad Zahid pada ucapannya mendakwa 500,000 orang melayu turun pada perhimpunan itu



4.00ptg
Cuaca Mendung



4.50Ptg
Sebahagian peserta mula bersurau kerana hujan renyai

4.55ptg
Polis menanggarkan jumlah keseluruhan peserta mencecah 55,000 orang

5.00ptg
Peserta mula bersurai secara aman


  
Pergerakan Pemuda Umno akan terus menghalang sebarang usaha bagi meratifikasi ICERD demi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.


Kredit : HarianMetro / Bernama / AstroAwani 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post