4 Jenis Kopi Dari Buangan Binatang Yang Popular Di Seluruh Dunia - Penggemar Kopi Berani Cuba Tak?

Ramai yang memulakan rutin harian dengan secawan kopi ter, utama bagi peminat kopi. Kopi merupakan antara minuman di seluruh dia dengan persediaan yang berbeza antaraanya Cappuccino, Espresso, Macchiato dan banyak lagi.


Walaubagaimana pun, pernahkah anda mencuba pilihan kopi yang pelik dan aneh dari cernaan binatang dari pelbbagai negara di dunia ni? 

Jom kita selongkar...

1. Kopi Luwak, Indonesia
Disenaraikan dalam kopi termahal dan terpelik di dunia. Apa yang membuatkan kopi ini mahal adalah cara mengeluarkannya yang unik.

Kopi ini terhasil daripada najis yang dikeluarkan dari musang. Musang akan makan dan memilih kopi yang terbaik dan akhirnya mengeluarkan sisa biji bersama najisnya dan akhirnya diproses menjadi kopi luwak.

2. Kopi Jacu Bird, Brazil
Kali ini kopi nikmat berasal dari Brazil. Di negeri Samba ini, ada kopi yang dihasilkan dengan bantuan burung Jacu. Kenikmatan kopi ini membuat harganya cukup mahal yaitu sekitar USD 250/450gram.

Untuk mendapatkan kopi dari Brazilian Jacu ini, para petani memberikan kopi sebagai makanan burung Jacu yang akan dikeluarkan melalui kotorannya. Uniknya lagi, kopi yang dihasilkan tidak pernah memiliki rasa yang sama. Ada yang mengatakan rasa yang dihasilkan agak pedas dan manis. Namun, ada juga yang menjelaskan bahwa kopi ini memiliki rasa kuat yang kompleks.


3. Kopi Elephant Dung, Thailand
Sama seperti Kopi Kopi Luwak, tetapi dihasilkan pada skala yang lebih besar, kopi ini berasal dari kotoran gajah di Thailand. Kerana gajah adalah herbivora, pengeluar Black Ivory Coffee, berpendapat bahawa terdapat kurang keasidan dalam proses pencernaan, dan najis / kopi yang dihasilkan adalah rapi dan beraroma.



4. Coffee Monkey, Taiwan
Kopi kera ini pun berasal dari Taiwan. Kera jenis Formosan Macaques yang terdapat di negara tersebut. Kera tersebut sangat menyukai kopi tapi akan meludahkan bijinya. 

Hasil ludahan inilah yang diambil para petani untuk kemudian diproses. Menurut mereka yang telah mencubanya, hasil kunyahan dan ludah kera ini memberikan rasa vanilla dan wangi pada minuman kopi.

Ada berani tak? Meskipun nampak agak tak lalu tapi proses pembuatan kopi melalui haiwan sudah ada sistemnya, proses pencucian, pengeringan, penyeduhan, smua melalui kilang yang menjamin.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post