Sila ambil perhatian, kalau korang ada menyimpan wang-wang kertas Indonesia ni sila tukar sebelum 31 Disember nanti.
Jika kebetulan ada, sila tukarkan sebelum akhir tahun ini. Berikut adalah 4 mata wang yang dimaksudkan :
1. Rp 10,000 – Keluaran 1998
Wang denominasi Rp10,000 ini mempunyai gambar pahlawan asal Aceh iaitu Cut Nyak Dien. Di bahagian belakang pula gambar danau segara anak salah satu lokasi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Barat. Wang ini dikeluarkan pada 23 Januari 1998 dan ditandatangani oleh Gabenor BI pada waktu tersebut iaitu J. Soerdradjad Djiwandono.
2. Rp 20,000 – Keluaran 1998
Wang denominasi Rp 20,000 ini dikeluarkan pada 19 Februari 1998. Di bahagian hadapan, ada terdapat gambar pahlawan KI Hadjar dan dibelakang menunjukkan gambar di dalam kelas.
Duit kertas ini berwarna hijau.
3. Rp 50,000 – Keluaran 1999
Duit kertas ini berwarna hijau.
3. Rp 50,000 – Keluaran 1999
Wang Rp 50,000 ini bewarna kelabu kehijauan. Di bahagian depan ada terdapat gambar pahlawan tempatan iaitu Wage Rudolf Soepratman dan dibelakangnya terdapat bendera Indonesia.
4. Rp 100,000 – Keluaran 1999
Antara ke-empat-empat wang kertas yang ditarik balik ini, Rp100,000 adalah salah satunya yang diperbuat daripada plastik. Dikeluarkan pada 1 November 1999, ia ditandatangani oleh Gabenor dan Timbalan Bank Indonesia waktu itu iaitu Syahril Sabirin dan Iwan R. Prawranata.
Bahagian depan wang ini mempunyai gambar dua orang pejuang kemerdekaan iaitu Presiden Sukarno dan Mohammad Hatta manakala di bahagian belakang pula terdapat bangunan parlimen MPR dan DPR di Jakarta.
Kebiasaannya, apabila salah satu mata wang ditarik balik, ia hanya laku selama 10 tahun dan 31 Disember 2018, genaplah 10 tahun penarikan matawang-matawang tersebut.
Cuba tengok koleksi wang Rupiah yang korang ada, mana tahu terselit sekeping dua. Boleh disimpan buat kenang-kenangan.