5 Fakta Menarik National Costume Perahu Bangau Miss Universe Malaysia 2018

Jika tahun lalu, kostum nasional nasi lemak Miss Universe Malaysia mencipta fenomena apabila tular di media sosial.

Tahun ini, kostum nasional untuk wakil Miss Universe Malaysia, Jane Teoh diperagakan kepada khalayak sebentar tadi.

Perahu Bangau dipilih untuk diangkat sebagai kostum nasional yang akan dipertandingkan di 67th Miss Universe bulan hadapan.

Kami kongsikan 5 fakta menarik tentang kostum nasional Perahu Bangau Miss Universe Malaysia 2018.



1. Siapa Yang Reka
Kostum itu direka oleh Pereka Fesyen Salleh Hamid.


2. Tempoh Masa Disiapkan


Kostum yang menyuntik warna emas, merah dan biru itu mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

3. Ciri-Ciri Kostum 



Motif burung bangau dipamerkan pada bahagian kiri bahu kostum terbabit manakala bahagian kanan merupakan kepala perahu.

Bangau dipercayai sebagai lambang semangat perahu untuk menjaga nelayan di laut.

4. Struktur Khas 


Rekaan korset menjadi struktur utama kostum itu. Ia diserikan dengan motif awan larat yang popular dalam seni bina Melayu.

5. Melengkapkan Penampilan 


Skirt berkilauan pula diinspirasikan daripada warna-warna indah air laut.

Pertandingan Miss Universe kali ke-67 akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 17 Disember 2018.

Kredit : Gempak

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post