6 Sebab Kenapa Wanita Nampak Tua Dari Usia Sebenar

Wajah kelihatan tua sebelum usia seperti kulit berkedut, berat badan naik, rambut gugur, wajah kerepot adalah bayangan menyeramkan bagi golongan wanita. Lambat atau cepat proses itu pasti berlaku cuma terdapat beberapa faktor kepada kecepatan proses itu daripada berlaku. 


Jom kita selongkar tabiat yang sering dilakukan wanita yang menyumbang kepada mereka kelihatan tua sebelum waktunya.

1. Kulit Kering
Ya, kulit kering , kusam akan menampakkan wanita lebih berusia dari umur sebenar. Korang kena tahu , penjagaan wajah dan badan harus ditukar bersesuaian mengikut perubahan kulit. Sebab? Kulit yang kering akan lebih cenderung untuk kulit jadi lebih kusam, jeragat dan juga berkedut.
2. Berat badan naik selepas berkahwin dan bersalin
Wanita akan berubah hormon selepas umur mencecah 26 tahun ke atas, Ya, wanita yang sudah berkahwin dan bersalin akan cenderung untuk menjadi lebih gemuk, Wanita akan cepat nampak tua sekiranya penjagaan badan tidak dijaga dengan betul. Ramai yang menggunakan alasan sudah berkahwin dan tiada masa untuk jaga badan. Alasan ini tidak boleh diguna pakai dan penjagaan diri harus sentiasa dititikberatkan.

3. Dah hilang rasa nak cantik gara-gara terasa diri sudah tua
Pemikiran seperti ini salah sama sekali , walaupun umur sudah masuk 30 an ke atas, wanita kena berterusan jaga penampilan diri, kena sentiasa mencantikkan diri . Jika tidak dan berpenampilan pun ala kadar, anda akan nampak lebih tua dari umur sebenar.

4. Mengabaikan kesihatan dalaman wanita

Jangan kedekut dan malas untuk mengamalkan apa-apa suplemen. Anda perlu tahu, penyakit yang datang menyerang tubuh badan seperti tombong, keputihan, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya akan memberi kesan yang jelas juga pada raut wajah. Ia akan membuatkan wajah anda nampak lebih tua.

5. Malas
Buang sifat malas. Jangan pernah rasa malas untuk kecantikkan diri. Jangan pernah rasa malas untuk tampil menawan dan cantik di hadapan orang ramai..

6. Terlalu Kerap Bersolek
Memakai alat solek terlalu kerap merupakan salah satu faktor pantas penuaan bagi kaum wanita. Tahukah anda setiap barangan solekan mempunyai tarikh tamat tempoh tertentu dan akan memberikan kesan buruk pada wajah sekiranya penggunaan melebihi had masa.


Youre beautiful on your own way. Cantik luaran aja kadang tak cukup kena mula dari dalam.


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post