12 Pesanan Akak HR Sewaktu Menghadiri Temuduga Kerja - First Impression Always Count

Menghadiri temuduga kerja adalah proses yang perlu dilalui oleh kebanyakan orang dalam hidup. Walaupun kelayakan akademik dan pengalaman kerja adalah ‘benda berharga’ yang dibawa ke dalam bilik temuduga, perlu diingat bahawa first impression always counts!


Oleh itu kita haruslah tahu perkara-perkara yang boleh menyebabkan kegagalan dalam temuduga. Ayuh baca pengalaman yang dikongsi oleh panel temuduga sendiri dalam menilai calon-calon interview yang dikendalikannya.
1. Tidak memberi salam. 
Saya bg kredit tambahan kpd calon saya yg ke 5 krn org pertama yg memberi salam...ke 5 tauu?..fuhh

2. Penampilan Natural
Muka yg polos. Tiada lipstick, bedak... Bibir yg pucat..Tak bermaya... Percayalah selepas 5 calon, kami penemuduga memerlukan sesuatu yg energetik...bukan muka toya tak bermaya...tlg bantu kami utk bantu anda.

3. Rambut Kena Rapi
Rambut yg serabai satu hal...ada tu mcm nk masuk pertandingan fesyen plak..adoi...masuk2 je bau minyak rambut semerbak..berceracak la..xyah over2 mcm peragawan la..

4. Tali leher yg longgar 
Saya abaikan undang-undang warna kemeja vs tali leher.. jk xlagi haru biru la korang



5. Dokumen didalam sampul surat 
Tolonglah membuat pelaburan membeli folder...

6. Hanya membawa diri dan transkrip ijazah...
Nak nangis dpt calon begini.Takpelah dik,sila belajar membawa dokumen pencapaian diri anda semasa universiti / kolej/ sekolah. Penemuduga faham, baru habis study kan..

7. Cari Tahu Info Tempat Kerja
Gen Y sila google pasal syarikat sebelum ditemuduga... Their achievement, their business, nama chairman dan ceo, dan lain-lain.


8. Lontaran Suara Jelas
Suara macam sdg bercinta dgn penemuduga.. Tolong bg tone dan lontaran suara yg jelas... Jenuh penemuduga nk pasang telinga
tau.

9. Susun Sijil Elok-Elok
Susunan sijil dalam folder...caca marba..jenuh nak cari sijil ijazah, diploma, spm


10. Pencapaian Lain
Buat yg masih belajar...selain fokus study, sila juga aktif dalam sukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain...Not to be bias, tapi akak suka transkrip kokurikulum UNITEN..Nampak dgn jelas semua aktiviti outdoor, indoor yg disertai.penanda aras anda adalah calon yg all rounder.

11. Jangan memilih tempat kerja / placement.. 
Kita tidak tahu tpt yg dipilih utk ada apa hikmahnya...Boleh bernegosiasi jika ada urusan yg lebih utama..Tapi meletak jawatan / resign kerana tiada tempat tinggal menunjukkan anda calon yg tidak matang / berdikari...Jalan terus..Jalan utk menjadi dewasa..Biarlah menangis berhari-hari tapi semangat Hang Tuah / serikandi Tun Fatimah biar membara.



12. Pengalaman Kerja
Selepas belajar...jgn sesekali berhenti mencari pekerjaan walaupun sekadar part time. Kerana ada kemahiran yg diperolehi walaupun menjadi pembantu butik / pak guard/ dll sementara menunggu rezeki lain...Ingat rezeki tak pernah salah alamat...

P/s: keje pertama admin dulu jual berger..mmg ia pgalaman ptama yg mberi kesan walau xglamour..memupuk semangat bisnes dgn bijak dan menangani hati pembeli..

Skrg admin keje kat carwash je..jd tukang basuh kete ni mmg org pandang hina..sbb selalu dihina terutama yg baru beli kete mewah hasil dr MLM..hahaha..pakai kete mewah..cas rm10 1 kete basuh pun kata mahal..mitak kurang..puiii..ni bkn nk bantu anak bangsa..tp menjatuhkan bangsa sendiri..sambil campak rm10 kat admin..sambil bkata2 "sy basuh kedai awk ni sbb nk banti anak bangsa sendiri..mitak kurang pun xleh..sy xdtg lg kedai awk ni..baik g kedai bangla"....fikirkanlah ye..

Panjang lak cerita..oklah..admin ada kete nk kena basuh seat ni..rm80 je..sape nk..pm admin..hahaha..

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post