17 Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Dari Tahun 1957 - Sekarang


Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia. Peranan YDPA adalah berdasarkan konsep raja berpelembagaan. Perkara 181 (1) di dalam Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa kedaulatan dan kuasa raja-raja akan terus berkekalan.



Perlembagaan ini memberi definisi tentang peruntukkan bidang kuasa YDPA. Antaranya termasuklah memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak serta menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain.



Selain itu, baginda juga memainkan peranan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, serta beberapa negeri lain yang tidak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah persekutuan. Selain itu, YDPA juga berperanan sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda juga mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.


1. YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA 




Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960 


2. YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA 


Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960


3. YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA 



Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965 


4. YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT 


Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 

5. YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA


Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975


6. YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM


Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 29 Mac 1979


7. YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH


Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984


8. YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN


Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 - 25 April 1989


9. YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN


Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994


10. YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH


Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999

11. YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS

 

Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor 
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001


12. YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS 


Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis  
Tempoh: 13 Disember 2001 - 12 Disember 2006


13. YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS 


Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu
Tempoh: 13 Disember 2006 - 12 Disember 2011


14. YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS 


Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah 
Tempoh: 13 Disember 2011 - 12 Disember 2016


15. YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA BELAS 



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V
Negeri: Kelantan 
Tempoh: 13 Disember 2016 - 6 Januari 2019

16. YANG DI-PERTUAN AGONG Ke-16


Majlis raja-raja berkenan melantik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16
Negeri : Pahang
1 Feb 2019 - 2024



16. YANG DI-PERTUAN AGONG Ke-17


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Negeri : Johor
1 Feb 2024 - Sekarang


Kredit : Parlimen

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post