Keputusan Penuh Pemenang Dewi Remaja 2018/2019 Yang Jatuh Kepada..

Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 sudah sampai ke penghujungnya dan telah menobatkan Dewi yang baru. Setiap minggu 12 finalis telah diuji dengan palbagai cabaran dan menyingkirkan seorang dewi di akhir episod sehingga tinggal 5 finalis.


Di episod akhir ini, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.

Kesemua 12 Finalis Pencarian Dewi Remaja hadir di acara malam Grand Finale

Barisan 12 finalis dewi Remaja

Dato @hansisaac dan Datuk @aznilnawawihm yang tidak putus-putus memberikan sokongan sejak peringkat ujibakat lagi. dan Neelofa selaku juri jemputan malam Finale Dewi Remaja 2018/2019




Dan keputusannya telah memihak kepada..

 Anugerah Dewi Favourite Dewi Remaja 2018/2019
Arena Lieya

Dengan sokongan hebat daripada para supporters & followers, Arena meneruskan perjalanan dalam Dewi Remaja sebagai pengalaman baru yang belum pernah dicuba. Kami sure, supporters Arena nak lihat projek terbaru daripadanya lepas ni!

 Anugerah Dewi Inspirasi Dewi Remaja 2018/2019
Aween Ismail


It was a teary moment for Aween and for us! Walaupun terpaksa bergelut dengan masalah kesihatan semasa bertanding, Aween tetap memberikan sepenuh komitmen untuk kekal menyokong Dewi Remaja 18/19. Semoga dengan semangat tersebut, kami akan lihat Aween berjaya di luar sana kelak, insyaAllah. 

 Pemenang Kelima Dewi Remaja 2018/2019

Afie Rania

  Pemenang Keempat Dewi Remaja 2018/2019
Anna Jobling

  Pemenang Ketiga Dewi Remaja 2018/2019
Sherin

 Pemenang Kedua Dewi Remaja 2018/2019
Tia Sarah

 Juara Pencarian Dewi Remaja 2018/2019
Haneesya Hanee


Diacarakan oleh Scha Alyahya, pencarian Dewi Remaja 2018/2019 ditayangkan setiap Ahad, jam 10.30 malam bermula 25 November sehingga 13 Januari 2019. 
Tahniah kepada semua pemenang!  

UPDATED! 
Kemenangan Haneesya & Title 2 dewi remaja Ditarik
Majalah Remaja melalui satu sidang media sebentar tadi mengesahkan Gelaran Dewi Remaja 18/19 milik Haneesya Hanee, 18, telah ditarik balik.


Hanee yang sebelum ini dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut terpalit dengan kontroversi susulan penularan video aktivitinya bersama rakan-rakan di kelab malam baru-baru ini.

 Haneesya Menyerahkan kembali Crown, Trofi & Selempang kemenangan kepada editor Majalah Remaja Faizz Aiman

Wakil jurucakap penganjur dalam kenyataan tersebut memberitahu bahawa penarikkan kembali anugerah tersebut dibuat atas alasan Hanee telah melanggar beberapa syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur sebelum ini.

Penganjur juga membuat keputusan untuk tidak memilih mana-mana peserta untuk menyandang gelaran Dewi Remaja bagi musim ini bertujuan untuk menjaga kredibiliti pertandingan tersebut.

Melalui sidang media yang sama juga, penganjur menegaskan bahawa insiden berkenaan berlaku kira-kira sebulan sebelum Hanee ditabalkan sebagai Dewi Remaja, sekaligus menafikan dakwaan yang dibuat sebelum ini bahawa insiden berkenaan berlaku sebagai meraikan kemenangannya.

Haneesya bersama dua lagi finalis iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ dalam karier mereka di masa depan.


Manakala pemenang kedua, ketiga dan lain-lain masih kekal sama. Mereka akan mewakili Dewi Remaja untuk sebarang aktiviti.

Jangan Lupa Follow Selongkar10 
Facebook : Fb.com/Selongkar10 / Instagram : @Selongkar10 / Twitter : Twitter.com/Selongkar10
 

Kredit : Majalah Remaja

6 Comments

Apa Kata Anda?

  1. I tk blh terima hakikat lagi sherin adalah yang selayak layaknya menang. Idola dia yang sume orang paling tak sangka my whole family kecewa! Mcm tak adil je she is beauty with brain soft spoken and firm and confident i yakin dia akn jadi paling berjaya and she is my icon!

    ReplyDelete
  2. Dari peringkat awal lagi saya dah katakan mahkota dewi remaja milik hanee sebab dia nampak terserlah diabtara dewi2 lain😊

    ReplyDelete
  3. Ingatkan sherin akn mng sbb personaliti die n cara ckp sgt matang dan x menjatuhkan org lain. Nmpak lg humble.. Tahniah wlaupn no3

    ReplyDelete
  4. Masa Q&A haneesya lebih confident jawab soalan. Intonasi haneesya better than sherin. Sherin ada gagap time jawab and sherin tak jawab soalan paknil. Catwalk hanee lebih menyerlah.

    ReplyDelete
  5. maaf ye klu sy salah tp ikon untuk remaja haruslah beauty with brain bkn untuk masuk industry seni semata mata.dia sorg pelajar lg tu .im srry bg i tu sume dah membuktikan kebolehab dia lebih lg her task setia minggu. nama pun ikon kn? tp ap ap pun i tetap bangsa walaupun sherin x menang. Dia dpt highlight yg lebih dr semua audience seperti kita lihat dlm tv dan michael sendiri. Mcm yg kita tahu pilihan michael bkn calang calang.

    ReplyDelete
  6. Haneesya has break the "Whiteness" stereotype CONGRATS HANEE PROUD OF YOU MUCCH LOVE💕💖

    ReplyDelete
Previous Post Next Post