5 Langkah Mudah Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR2019)

Bagaimana nak kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019? Ramai penerima BR1M masih keliru adakah mereka secara automatik layak menerima Bantuan Sara Hidup pada 28 Januari nanti?


Untuk makluman, pembayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 akan dilaksanakan pada 28 Januari 2019 mengikut pangkalan data lama.
Maksudnya untuk fasa pertama anda tidak perlu kemaskini permohonan.
Namun untuk fasa kedua dan seterusnya, pembayaran BSH akan disalurkan menggunakan kaedah baru yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 lepas.
Mengikut laporan media, pemberian Bantuan Sara Hidup Rakyat bakal diperketat supaya hanya yang betul-betul layak sahaja akan terima bantuan kerajaan ini.
Berikut maklumat yang kami terima dari portal rasmi bantuansarahidup.com
Berikut adalah kategori pemohon yang akan menerima BSH pada tarikh 28 Januari:
  • Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  • Warga emas sebatang kara
Untuk pemohon bujang, anda tidak akan menerima pembayaran BSH pada tarikh tersebut.
Untuk kepastian, anda boleh hubungi talian bebas tol BSH di talian 1-800-88-2747

KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2019

Berikut kami kongsikan cara kemaskini BSH sebelum ini.
Untuk BSH 2019, kami masih menunggu pengumuman rasmi dari Menteri Kewangan tentang tarikh kemaskini selanjutnya.
Bagi penerima yang belum tahu status rasmi permohonan BSH, anda boleh semak di portal rasmi bsh.hasil.gov.my
Hanya permohonan yang GAGAL layak membuat rayuan semula dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak LHDNM. Sama seperti BRIM, ada beberapa perkara yang perlu anda kemaskini, antaranya:
  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris
Segala maklumat ini hendaklah sahih dan terkini. Sekiranya didapati anda menipu, permohonan anda akan ditolak serta-merta!
Dan nama anda mungkin disenarai hitam daripada menerima Bantuan Sara Hidup.

CARA KEMASKINI BSHR 

Untuk kemaskini permohonan anda, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:
  1. Layari portal eBR1M
  2. Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
  3. Sila masukkan No. MyKad
  4. Klik Kemaskini Permohonan
  5. Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera
Pastikan anda menjawab soalan dengan betul.
Sekiranya salah tiga kali berturut-turut akaun anda akan disekat.
Jika ini berlaku, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan LHDN untuk aktifkan semula akaun.
Jangan lupa kemaskini maklumat bahagian B sekiranya terdapat penambahan ahli keluarga baru (anak, isteri, etc) mengikut tanggungan anda.
Dan kemaskini juga maklumat pendapat mengikut penyata gaji terkini anda.
Pastikan maklumat waris juga diisi dengan betul. Ini supaya tiada masalah ke depan terutama apabila hendak menuntut skim khairat kematian andai penerima BSH meninggal dunia.
Memandangkan permohonan baru belum dibuka, kami akan kemaskini artikel ini dari semasa ke semasa sebaik pengumuman dibuat oleh LHDNM.

Kredit : semakonline

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post