Senarai Finalis & Keputusan Pemenang Anugerah ERA Digital Muzik Awards 2018 (EDMA2018)

Kuasa di tangan anda dalam menentukan pemenang daripada 10 pencalonan bagi setiap kategori di mana anda hanya perlu mengundi di laman web rasmi ERA.je.


Proses pengundian bagi fasa pertama bermula pada 31 Disember lalu hingga 13 Januari ini bagi menentukan top 5 setiap kategori, manakala pengundian fasa kedua untuk pemilihan juara bagi setiap kategori pula bermula pada 14 Januari hingga 23 Januari.

Fasa Pertama undian EDMA 2018 telah dijalankan dari 31 Disember 2018 hingga 13 Januari 2019, menyaksikan lima calon terbaik disenarai pendek dan pemenangnya akan diumumkan pada malam anugerah EDMA 2018.



Berikut merupakan senarai Top 5 Calon ‘ERA Digital Muzik Awards 2018’ (EDMA 2018):




Senarai Top 5 EDMA 2018
(Nota: Hanya enam kategori dibuka untuk undian)

Lagu Paling Viral
  • Haqiem Rusli - Selamat Tinggal Sayang (Menang)
  • Datuk Seri Siti Nurhaliza - Anta Permana
  • Sufian Suhaimi - Dihatimu
  • Hael Husaini - Hajat
  • Faizal Tahir - Ragaman 


Penyanyi Kolaborasi Terbaik
  • Haqiem Rusli dan Aman RA - Jatuh Bangun (Menang)
  • Syamel dan Ernie Zakri - Aku Cinta
  • Tajul dan Wany Hasrita - Rindu Dalam Benci
  • Ryan Deedat dan Sandra - Salimah
  • Floor 88 dan Baby Shima - Roadblock Hatiku 


Muzik Video Paling Lit
  • Andi Bernadee - Satu Peluang
  • Zizan Razak - Kau Takkan Tahu (Menang)
  • Floor 88 - Roadblock Hatiku
  • Ismail Izzani - Bidadari
  • Sarah Suhairi - Nyawa Raga 


Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
  • Khai Bahar (Menang)
  • Kucaimars
  • As'ad Motawh
  • Hael Husaini
  • Sarah Suhairi 


Temubual Terbaik Carta ERA
  • Haqiem Rusli (Menang)
  • Wany Hasrita
  • Ara Johari
  • Sarah Suhairi
  • Sufian Suhaimi

Penyanyi Pilihan DEEJA
  • Ariff Bahran (Menang)
  • Ayda Jebat
  • Ismail Izzani
  • Faizal Tahir
  • Syamel 


Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40
(Kategori ini tidak dibuka untuk undian)

Aliff satar - Sesungguhnya Aku





Selain penyampaian anugerah, malam gilang gemilang itu bakal disulami persembahan daripada barisan artis terkemuka tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ben Laden, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Akim & Majistret, One Avenue, Alif Satar, Ara Johari dan Masha Mashita.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan malam secara langsung anugerah berprestij itu di laman Facebook ERAyang dibawakan oleh Deeja Cosmetic.

#EDMA2018#deejacosmetic

Tahniah Diucapkan kepada semua pemenang!

Kredit : Astro Awani / Era.je

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post