10 Sebab Kita Kena Berhenti Lakukan Sesuatu Perkara Untuk Berjaya

Kalau sudah buat benda tu tapi tak menjadi, usah ulang dan ulang dengan harapan keputusan akan berubah.



BERHENTI UNTUK BERJAYA

1. Nak berjaya, kena buat. Buat, buat, buat.

2. Itu yang ditanam dalam fikiran kita sejak kecil.

3. Kita tidak dilatih bagaimana untuk “berhenti” jika nak berjaya.

4. Apa yang kita kena berhenti jika kita nak berjaya?

5. Pertama, berhenti tak percaya kepada kemampuan diri sendiri. Kita tak gagal kerana orang tak percaya kita. Kita akan gagal apabila kita sendiri tak percaya kepada diri kita.

6. Kedua, berhenti lari dari masalah dan cabaran. Memang mudah kata “esoklah saya buat.” Hakikatnya, esok tak pernah datang.



7. Ketiga, berhenti berfikir kita tidak ada pilihan. Usah anggap kita mangsa keadaan. Usah bataskan kemampuan kita menerokai pelbagai alternatif.

8. Keempat, berhenti buat benda yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza. Kalau kita baling bola hitam ke dinding, bola hitam jugalah yang akan melantun balik. Bola itu tak akan jadi putih. Ubah.

9. Kelima, berhenti mengharapkan semua benda jadi dengan sendiri. Kalau nak, berusaha dapatkan apa yang kita mahu.

10. Dan keenam, berhenti berikan jawapan “YA” kepada semua perkara. Apabila kita kata “YA,” kita menutup peluang untuk berkata “TIDAK.” Nak dapatkan apa yang kita nak, kita kena belajar untuk berkata “TIDAK.”


p/s : Bila semua org especially parents kita dah letakkn harapan tnggi utk sesuatu perkara. nk jwb tidak itu jd tak smpai hati utk tgk mereka bersedih.

Kredit : Norizan Sharif

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post