10 Kronologi Isu Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Itu Bulat Sfera

Semalam kecoh di media sosial apabila bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad apabila mencabar angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi itu bulat sfera. 

 

 Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah
Jika angkasawan negara itu berani berbuat demikian, dia akan berhenti untuk membuat kajian berhubung hal tersebut dan akan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bahawa bumi ini sebenarnya rata.

Tunjukkan di Mana Langit Dunia 

Suhaimi juga turut meminta netizen untuk menunjukkannya dimana langit dunia seperti yang disebutkan di dalam surah Al-Mulk.

Netizen Bagi Pandangan Tapi Kena Block

Dalam pada itu seorang netizen telah meninggalkan komen pada salah satu status Suhaimi meminta penjelasan berdasarkan carta penerbangan dunia. Individu itu mempersoal bagaimana penerbangan ke Tokyo, Jepun ke San Francisco, Amerika Syarikat perlu melalui laluan ditunjukkan dan tidak merentas benua Afrika dan Eropah.


Melabel Haters Sebagai Lembu Bertopengkan Manusia



Susulan itu, Dr Sheikh tampil memberi penjelasan mengenai bentuk sebenar bumi yang menjadi keraguan segelintir pihak yang mendakwa bumi itu berbentuk mendatar.

Menurutnya, sebagai angkasawan Islam kesembilan yang menerokai angkasa lepas, hatinya terdetik untuk menjawab mengenai persoalan tersebut dan menceritakan fakta sebenar.

Penjelasan Dr. Sheikh Muszaphar




Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas ...
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar ...
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari 
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam 
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika 
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri 
Degupan jantung berhenti seketika 
Meremang Bulu Roma 
Mata tidak terkebil 
Melihat Kebesaran Maha Pencipta 


Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas ...
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana 
MasyaAllah ...SubhanAllah ...
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator . 
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers 
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart 
Salam Jumaat Everyone ...
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn ...
Love As Always ...

PS - Just wanted to straighten the facts !


“Bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, berbentuk geosfera. Tidak seperti bola tetapi seakan-akan bentuk telur.

“Setiap manusia perlu ke angkasa lepas sekiranya mempunyai peluang. Pastinya kunjungan anda ke angkasa lepas akan mengubah perspektif anda tehadap kehidupan secara keseluruhannya. Anda pastinya akan percaya dengan ciptaan-Nya. Pengalaman tersebut sangatlah memukau dan menakjubkan.

“Sukar untuk mengubah persepsi mereka golongan ‘flat earth’. Tetapi apa yang saya kongsikan adalah pengalaman saya dan apa yang saya lihat. Dengan nama Allah semua ini datang dari hati saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Suhaimi Saad mendakwa angkasawan negara itu tidak menyahut cabarannya untuk bersumpah mengatakan bumi ini berbentuk sfera. Ujarnya lagi, Dr Sheikh hanya menyebut lafaz zikir apabila menegaskan bahawa bumi ini memang berbentuk sfera.

Tiada Sumpah, Cuma Respon

“Mungkin doktor tak berapa jelas apa yang ss maksudkan dengan sumpah. Walaupun sebenarnya saya dah tulis dengan jelas. Masya Allah..SubhanAllah dan In the name of Allah bukanlah lafaz sumpah itu zikir biasa.

“Takpalah. SS cuma cabar sahaja. SS tak paksa pun Dr sumpah. Mungkin Dr tak suka bersumpah. #husnuzon,” katanya.


Dalam pada itu, Suhaimi memberitahu dia tidak akan menghentikan kajiannya dan akan terus berpegang pada fahamannya itu. Ujarnya lagi, dia juga tidak dapat menyampaikan dakwah kepada golongan ‘Flat Earth’ yang mempercayai bumi ini sebenarnya rata.

Zikir itu lebih baik dari bersumpah. 

Dr Sheikh Muszaphar yg berkata pun menggunakan bahasa yg sangat baik mencerminkan keperibadian seseorang itu.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu hati akan tenang tenteram. (Ar-Rad: 28).

Allah menegaskan di dalam al-Quran agar kita menjadi orang yang sentiasa berzikir sambil berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat-Nya. Firman-Nya yang bermaksud: Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka. (Ali Imran: 191).

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan bahawa para malaikat akan memayungi orang-orang yang mengingati Allah, melimpahkan mereka dengan rahmat serta beroleh rasa ketenangan. Sabda baginda yang bermaksud: Tidaklah berhimpun suatu kaum kerana mengingati Allah, melainkan mereka akan dinaungi oleh para malaikat, dilimpahkan dengan rahmat serta diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah menyebut mereka (meningkatkan darjat) di kalangan orang yang berada di sisi-Nya. (Riwayat Muslim).

Bentuk telur burung unta “Dahaahaa” menyerupai bentuk bulatan Bumi. Dengan demikian, Al-Quran menjelaskan dengan benar bentuk Bumi, meskipun anggapan yang berkembang pada saat itu Bumi berbentuk datar tapi Al-Quran tak pernah menyebutkan bahwa Bumi datar dan hanya menjelaskan apa yang mereka lihat pada saat itu, sebagai “hamparan“.

waal-ardha ba’da dzaalika dahaahaa

“Dan bumi sesudah itu dijadikan oleh-nya berbentuk bulat telur (berbentuk telur burung onta).” (QS.An–Naazi’aat [79]:30).

ada juga yang mengertikan:

“Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.” (QS.An–Naazi’aat [79]:30).

Kata Arab Dahaahaa artinya seperti bentuk telur burung unta. Kata arab dahaha oleh para penerjemah, ada yang diterjemahkan sebagai “menghamparkan”, walau kurang tepat tapi terjemahan ini juga betul.

Sufian Suhaimi Terkena Tempias


Sufian Suhaimi Berseloroh Balas 



Surat Terbuka Untuk Suhaimi Saad 
 

Tuan, ini perlunya berguru tuan. Pesan ayah kepada saya, seperti juga ilmu persilatan, Ilmu tidak pernah boleh ‘ditebuk tengah’ sekiranya tetap dilakukan maka buruklah padahnya. Al quran adalah tunjang kepada sains, kejadian alam dan manusia semua dijelaskan di dalam al quran, tetapi tuan, sains menjelaskan semua ini dengan lebih mudah agar dapat difahami manusia. Tetapi tuan menolak semua ini dan memilih untuk mentafsir sesuka hati tuan. Apakah ilmu yang tuan ada? Siapa guru tuan? Apa rujukan tambahan tuan? Apa sirah yang tuan sandarkan?

Seiring dengan ilmu, perlu juga beradap. Islam menganjurkan kita berbaik sangka dan membina ukhwah. Ukhwah apa yang tuan terapkan dengan mencabar dan mempersoalkan orang lain? Setelah Syeikh Muszafar menzahirkan kesyukuran dan kebesaran Ilahi yang dilihatnya sendiri tuan terus menerus menggasak dan masih mempersoalkan beliau. Terus menerus menjolok sarang tebuan. Apa yang cuba tuan buat? Adakah tuan mahu kami semua percaya yang bumi ini leper?

Tidak tuan, kami semua ke sekolah.

Tuan, seandainya dicelup jari kita ke dalam lautan, setitis cuma ilmu kita. Orang yang merasakan dia tahu semua perkara adalah orang yang paling merbahaya. Maka bergurulah, buka minda tuan dan jangan cuba menjadi pakar dalam sesuatu yang bukan bidang kita. Sesungguhnya, “ihdinassiratulmustaqim”.

Dengan rendah hati saya mohon tuan untuk mendapatkan nasihat kesihatan dari doktor pakar kerana sejujurnya saya khuatir tuan mempunyai masalah yang tuan sendiri tidak ketahui. Agama adalah tunjangnya, sains adalah cabangnya. Janganlah ditolak, kerana keduanya saling berkait. Sekiranya ilmu tidak penuh didada, janganlah lautan dalam ingin diduga.

Akhir kalam, saya doakan agar tuan diberikan ketenangan.. Semoga kita semua beroleh kebaikkan dan sentiasa dalam rahmat Allah swt. InsyaAllah.

Al Imran : 3:7

It is He who has sent down to you, [O Muhammad], the Book; in it are verses [that are] precise - they are the foundation of the Book - and others unspecific. As for those in whose hearts is deviation [from truth], they will follow that of it which is unspecific, seeking discord and seeking an interpretation [suitable to them]. And no one knows its [true] interpretation except Allah . But those firm in knowledge say, "We believe in it. All [of it] is from our Lord." And no one will be reminded except those of understanding.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post