8 Kronologi Trajedi Arwah Abdul Bari Lemas Dalam Cubaan Menyelamatkan Mangsa Hilux Terjunam Ke Sungai

Bari Asyraf, 31, hilang dibawa arus setelah menyelamatkan 4 Orang yang lemas tenggelam bersama kenderaan. Melihat kejadian didepan mata Beliau terus terjun ke dalam air, mengutamakan nyawa org lain tanpa mengira keselamatan diri. Semoga selamat disana, Anak Muda berhati mulia.


Jom kita Selongkar...
3 minggu lepas, ibu mangsa komen di posting facebook mangsa. 
"Jangan terjun dohla, Mok sayang lagi ni"
Petanda atau kebetulan?


Kronologi kes Hilux Terjunam Ke Muara Sungai Terengganu
Detik cemas semasa kenderaan tersebut (4x4) reverse ke belakang terjunam ke dalam sungai. 



Detik cemas semasa kenderaan tersebut (4x4) reverse ke belakang terjunam ke dalam sungai.

Mangsa adalah org pertama drpd 4orang penyelamat yang terjun utk cuba menyelamatkan 5orang yang terperangkap dalam kenderaan itu.

Menerusi laporan Harian Metro, Jumaat lalu, mangsa bersama seorang rakan sedang memancing sebelum melihat sebuah Mitsubishi Triton yang diparking tiba-tiba terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.
Melihat kejadian tersebut mangsa (Abdul bari) dan beberapa orang lagi terjun untuk menyelamatkan lima penumpang yang berada di dalam kenderaan tersebut.

5 penumpang berjaya diselamatkan.
Si penyelamat masih belum ditemui


Nampak Abdul Bari tenggelam timbul – Saksi


Saksi dan juga penyelamat ketika kejadian, Omar Abdul Aziz Othman berkata;
Saya nampak mangsa (Abdul Bari Asyraf) dalam keadaan tenggelam timbul sambil memegang seorang kanak-kanak menyebabkan saya cuba menarik kanak-kanak terbabit daripada pegangannya.
Namun, saya gagal sebelum beralih menyelamatkan dua wanita lain lalu membawa mereka hingga ke tebing.
Selepas menyelamatkan dua wanita dan berenang ke tebing, saya dapati mangsa (Abdul Bari) yang juga penyelamat pertama dalam keadaan tenggelam timbul.
Namun, hanya tiga lelaki berjaya naik ke tebing manakala Abdul Bari dikhuatiri lemas. Manakala lima sekeluarga dilaporkan selamat.

Tidak sedar kenderaan di gear undur – Penguasa Bomba



Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Mazimi Mohamad berkata, sebelum kejadian isteri pemilik pikap dipercayai cuba mengalihkan kenderaan tanpa sedar gear berada di posisi mengundur.
Selain bomba, operasi SAR hari ini juga disertai pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membabitkan 64 pegawai dan anggota.
Tambahnya lagi, pihaknya menggunakan kaedah selaman oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang bagi mencari mangsa.

Solat Maghrib dan Hajat berjemaah di tapak kejadian, ratusan orang yang hadir. Ramai yg prihatin terhadap beliau, bukti Allah memuliakan orang yang baik-baik. Semoga kita semua pergi dalam keadaan baik, dijauhkan mati dalam keadaan yang maksiat.
Inilah Negeri Terengganu, disamping berusaha dengan pelbagai cara, mohon pertolongan dariNya tidak pernah dilupa.
‘Jika ditakdirkan mati, biarlah berkubur’


Bapa Allahyarham Abdul Bari yang dilihat tenang, memberitahu reda dengan kejadian yang menimpa namun jika ditakdirkan mati biarlah kematian anaknya itu berkubur.
Dalam keluarga saya, hanya ada dua anak lelaki, manakala enam lagi anak perempuan. Sudah tentu kehilangannya sangat dirasai, apatah lagi pemergiannya berlaku secara mengejut.
Namun saya berbangga kerana kejadian menimpanya berlaku kerana niat murninya mahu menyelamatkan nyawa orang lain dan saya tenang dengan apa yang berlaku.
Tak guna kita menangis meraung kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi.

Mayat Abdul Bari Ditemui Pagi Esoknya

Mayat mangsa ditemui di kawasan kuala sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.23 pagi ini, pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.


“Mayat diserahkan kepada polis jam 7.50 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.


Solat Jenazah dan Pengebumian arwah yang dihadiri Ratusan malah hampir ribuan manusia. Hebat pemergiannya, Ketika hidup, dirinya tidak dikenali, Apabila mati, serata alam mengaminkan doa buatnya. Semoga tenang di Alam sana Saudara.

Ini janji Allah


Meskipun sedih, ibu, Masitah Awang berbangga Abdul Bari pergi ketika menyelamatkan nyawa orang lain.
Ini janji Allah. Makcik reda dan bersyukur Allah mendengar doa kami supaya Abdul Bari ditemukan.
Alhamdulillah akhirnya Abdul Bari ditemui. Siang malam kami berdoa dan solat hajat tak putus-putus mendoakan dia. Walaupun dia kembali dalam keadaan tidak bernyawa, kami bersyukur dia ditemui.
Sebagai ibu tipulah kalau saya katakan tak sedih. Perasaan sedih ini susah hendak dibuang. 31 tahun hidup bersamanya, tentulah banyak kenangan bersama.
Tetapi makcik reda kerana ini janji Allah. Abdul Bari hanya pinjaman daripada Allah kepada kami. Makcik berdoa semoga Allah menempatkan Abdul Bari bersama para solihin dan golongan beriman.
Ya Allah, tak dapat makcik bayangkan perasaan sedih ini. Hanya Allah yang tahu.
Menyifatkan anaknya sebagai seorang yang lucu dan disenangi ramai, mereka sekeluarga semestinya akan merindui gelagatnya mengusik dan bergurau.

‘Saya terhutang budi dan nyawa dengan arwah’ Penumpang Triton

Menerusi Buletin TV3, salah seorang penumpang Triton menangis memberitahu sangat terhutang budi dan nyawa dengan arwah. Mereka yang dimasukkan ke wad selepas kejadian hanya mengetahui mengenai arwah selepas dimaklumkan jururawat di hospital.

 

Terengganu & seluruh Malaysia turut bersedih...

"LAHIRNYA dia ke dunia ini mungkin ramai tak kenal..tapi PEMERGIAN nya diiringi dengan doa dari JUTAAN manusia.." Allahuakbar


"Dengan IzinNYA termasuk dalam kategori syahid, Insya-Allah.Almarhum ialah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya terpuji.

Disebalik musibah ini Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak muda berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai tyang mencontohi almarhum." Kata mufti wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri di facebook hari ni.

Bertuah kamu... 😢 


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post