Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-32 (2017) Ini Dia Senarai 30 Lagu Yang Berentap

Sebanyak 30 buah lagu terbaik dipilih ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) untuk merebut 12 tempat terakhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32).

Peringkat separuh akhir akan berlangsung selama tiga minggu iaitu ‪pada 29 Oktober‬, ‪5 November‬ dan ‪12 November‬ depan secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.



30 buah lagu yang layak adalah hasil undian peminar di carta MM32 dan juga secara ‘wild card’ menerusi Showcase MM32.

Showcase Muzik-Muzik diperkenalkan pada Mac sehingga September lalu dan ia memberi peluang kepada lima lagu untuk mara ke separuh akhir,” ujarnya.

Muzik-Muzik 32 dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad akan bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 10 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Pentas SFMM32 akan turut dimeriahkan dengan persembahan hebat oleh Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Ajak Shiro & Syuk (Hot FM), Hafiz Suip, Siti Sarah, Ezlynn, Bunkface, Tam Spider dan 6ixth Sense.

Peminat yang ingin hadir ke siaran langsung berkenaan juga boleh mendapatkan tiket di kaunter Polis Bantuan Sri Pentas ‪2, Plaza Alam Sentral Shah Alam‬ pada 25 Oktober, 1 dan ‪8 November‬ depan seawal 9 pagi.

Barisan pencalonan SFMM minggu pertama yang akan bertanding pada Ahad ini.

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Pertama)

1. Mata - Ayda Jebat
2. Amboi - Altimet
3. Akhirnya Cinta – Salma
4. Sejati - Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker)
5. Segalanya - Haqiem Rusli
6. Aku Yang Sebenarnya - Hazama dan Penglipurlara
7. Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Tajul dan Wany Hasrita
8. Aisyah - Projector Band
9. Bukan Propaganda – Syamsul Yusof dan Mawi
10. Bayang - Khai Bahar


Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua)

1. Rempuh - Tomok dan Black
2. Jangan Menangis - Aizat Amdan
3. Warkah Untuk Mu - Ara Johari
4. Zalikha - Floor 88
5. Jangan Pernah Berdusta - Drama Band dan Haiza
6. Aku Sanggup - Sufi Rashid
7. Terus Mencintai - Siti Nordiana
8. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah
9. Permata Cinta - Aiman Tino
10. Harus Aku - Sufian Suhaimi

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu ketiga)

1. Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri.
2. Menahan Rindu - Wany Hasrita.
3. Menanti Janji - Ronnie Hussin.
4. Lagu Untuk Laila – Akim & The Majistret.
5. Sedalam - Dalam Rindu – Tajul.
6. Sabar - Ismail Izzani.
7. Lebih Sempurna - Syamel.
8. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli.
9. Berakhirlah Sudah - Atmosfera.
10. Jampi - Hael Husaini


Sekian.
Kredit : Mstar

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post