10 Fakta Pencarian Menantu Jutawan Durian Tawar RM1.2 Juta Jadi Suami Kepada Anaknya

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak kesayangan mereka bahagia, berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa dari Thailand, Anont Rotthong, untuk mencari pasangan hidup untuk anaknya.
  

Begitulah yang dilakukan seorang bapa, apabila telah memuat naik status mencari calon menantu buat anaknya


Kecewa Anaknya Belum Kahwin-Kahwin
Arnon Rodthong, 58, kecewa kerana anaknya, Karnsita, 26, masih belum berkahwin. Buat masa ini, gadis itu membantu mengusahakan perniagaan keluarga di wilayah Chumphon, selatan Thailand.

Pengantin Lelaki Tak Perlu Bayar Hantaran
Beliau juga berkata, calon tersebut tidak perlu membayar apa-apa pun dalam mas kahwin malah dia sendiri yang akan menguruskan segalanya termasuk kenderaan, satu rumah, dua pasar durian dan dijodohkan lagi dengan anak perempuannya yang sudah memiliki kelulusan dengan kepujian dari Assumption University dan ijazah sarjana dari Universiti Sun Yat-Sen di China.

Anont yang memiliki dua ladang durian di Chumphone, termasuk ladang Uay Chai di Tambon Wang Takor dari daerah Lang Suan ini juga berkata bakal menantunya hanya perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dan tidak perlu berasal dari keluarga kaya atau berpendidikan tinggi.


Hadiah 10 Juta Bath Kepada Bakal Menantu
Lelaki itu juga menyatakan kesanggupan memberi wang 10 juta baht (RM1.74 juta) kepada bakal menantu dan mereka juga akan menerima pegangan dalam bisnes ladang durian yang dianggarkan bernilai beberapa juta dolar Amerika Syarikat.


3 Syarat Utama Jadi Calon Menantu
Rodthong menyatakan dia tidak mempunyai apa-apa sekatan terhadap jenis kerakyatan calon menantu itu. Bagaimanapun, tiga syarat yang dikenakan oleh jutawan itu adalah: 

Tidak Perlu Kelulusan Tinggi
Saya mahu seseorang yang boleh menjaga perniagaan dan mengekalkannya. Saya tidak mahu seseorang dengan ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah. Saya mahu lelaki tekun. Saya cuma mahukan seseorang dengan sikap kuat bekerja. Itu sahaja.“Dia tidak perlu jadi orang pandai, cuma perlu tahu membaca dan menulis. Tolong jangan bawa ijazah kamu ke rumah,  

Perlulah Rajin dan Kuat Bekerja
“Dia juga perlu jadi seorang yang kuat bekerja dan bukannya malas. 

Selain itu, calon juga perlu bersikap kedekut berhubung soal duit dan gemarkan durian.” 
Rodthong memiliki ladang durian besar yang berupaya mendatangkan hasil kira-kira 50 tan sehari. Ladang itu adalah paling besar di wilayah Thailand. 



Tawaran Aset Harta Menanti Calon Yang Terpilih
“Sebaik sahaja ada anak menantu, saya akan serahkan semua aset saya kepadanya,” katanya yang beragama Buddha serta memiliki beberapa hartanah di wilayah sama.

Lantaran itu, status jutawan itu, viral di media sosial sampai ke negara jiran


Pemuda ini Tular Apabila Berminat Menjadi Calon Menantu, Namun Direject
Seorang pengguna Premyosapon Khongsai 28 tahun telah memuatnaik status di facebook berminat untuk menjadi
menantu kepada Anont.

"keluarga saya juga menanam durian di wilayah trat. Kami ada lebih 300 pokok. Saya boleh tahan cuaca panas dan hujan. Saya

juga boleh memandu trak beroda 10, serta traktor, katanya 

Perkongsian Khongsai mendapat lebih 14,000 like namun dia bukan calon yang digemari Anont,



"Dia terlalu kacak, Balas Anont

Lebih 10,000 Tawar Diri Jadi Calon


Seramai 10,000 lelaki akan bersaing untuk menjadi menantu seorang jutawan durian di Thailand, Anon Rodthong, selepas beliau mengumumkan pencarian suami untuk anaknya yang berusia 26 tahun, Sabtu lalu.

“Berhenti hubungi saya, saya tidak ada masa berehat,” kata penjual durian berusia 58 tahun ini dalam muat naik terbaharunya di Facebook, semalam.

“Lebih 10,000 lelaki memohon untuk menjadi menentu saya,” kata penjual yang gemar menayangkan kekayaan itu, beliau sering memaparkan wang tunai dan barangan kemas dalam gambar.



Kansita (Anak Perempuan) berkata, dia agak terkejut melihat muat naik Facebook bapanya tular sambil merasakan ia sesuatu yang melucukan, namun tidak banyak memikirkannya kerana mengetahui bapanya mempunyai niat yang baik.


“Saya tiada kriteria lelaki pilihan. Saya hanya mahu lelaki yang baik,” katanya dalam temu bual.

Bagaimanapun,

Karnsita memberi bayangan bahawa bakal kekasihnya itu mungkin berdepan kesukaran mengaut wang daripada bapanya kerana dia mahu ‘menggunakan duit itu untuk diri sendiri bagi menjalani pembedahan plastik di Korea’.

Kredit : BeritaHarian / Kosmo / Astro Awani

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post