Dunia digemparkan dengan kejadian serangan lelaki bersenjata ke atas Masjid Christchurch yang telah meragut 40 nyawa, dan telah menyebabkan 20 orang lagi cedera parah.
Jumaat: 15/3/2019
Jom kita selongkar kronologi kejadian
Jumaat: 15/3/2019
Tembakan Berlaku Selepas Azan Pertama Solat Jumaat
- Kejadian berlaku kira-kira 1.40 p.m iaitu ketika orang ramai mula memasuki Masjid Al Noor. lelaki bersenjata telah menyerang 2 buah masjid di Christchurch, meragut 40 nyawa dan menyebabkan 20 yang lain cedera parah.
- “Jika penembak itu memasuki masjid ketika jemaah sedang menunaikan solat, pasti lebih ramai yang akan terkorban kerana masjid itu boleh memuatkan lebih 500 orang pada sesuatu masa,” kata pelajar Malaysia di Christchuch, Abdul Azim Shafi Rushdi, 21.
- Polis segera mengarahkan perintah berkurung ke atas bandar Christchurch, sekolah dan bangunan kerajaan juga turut ditutup serta merta. Sejam selepas itu, polis New Zealand melaporkan bahawa 4 orang telah ditahan. 3 lelaki dan seorang perempuan.
- Sejam sebelum serangan tersebut berlaku, salah satu akaun sosial media yang dipercayai milik salah seorang penyerang itu telah memuat naik satu pautan yang mengandungi 87 halaman manifesto yang berisikan idea dan penjelasan tentang serangan yang disifatkan sebagai anti muslim dan anti imigran tersebut.
Sidang Media PM New Zealand, Jacinda Ardern
- Menurut Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, beberapa bom telah ditemui pada kereta penyerang itu. Bom itu walau bagaimanapun telah berjaya dimatikan oleh pasukan bersenjata New Zealand.
- Salah seorang penyerang itu telah menyiarkan rakaman serangan itu secara langsung melalui akaun sosial media miliknya. Rakaman tersebut walau bagaimanapun telah dipadam dan polis New Zealand meminta orang ramai supaya tidak menyebarkannya.
- Identiti penyerang terbabit tidak lagi dapat disahihkan. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Australia telah mengesahkan bahawa salah seorang penyerang bersenjata itu merupakan rakyat Australia. Sementara itu, saksi kejadian berkata bahawa salah seorang penyerang itu berkulit putih dan lengkap berpakaian seragam ala-ala military.
- Perdana Menteri New Zealand mengesahkan tahap keselamatan di Christchurch kini diletakkan di tahap tertinggi. PM Jacinda Ardern dalam satu sidang media turut menyifatkan insiden sebagai serangan pengganas.
- Perintah berkurung ke atas sekolah Christchurch telah digantung seketika untuk membolehkan kanak-kanak kembali ke pangkuan ibu bapa mereka.
- PM New Zealand Sahkan 40 Terkorban Dan 20 Cedera Termasuk 2 Rakyat Malaysia
Jangan sebar video insiden tembakan di Christchurch - SKMM
- Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video insiden tragedi solat Jumaat di dua masjid di Christchurch, New Zealand. Larangan penyebaran video itu adalah untuk mengelakkan suasana panik dan marah masyarakat, selain menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
- RAKYAT Malaysia, Rahimi Ahmad yang dikatakan hilang selepas terlibat dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat.Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali, Rahimi hanya mengalami kecederaan selepas berpura-pura mati ketika pengganas melepaskan tembakan di dalam ruang Masjid Al Noor.
- Penduduk setempat menunjukkan takziah dan perpaduan atas kejadian yang berlaku dengan meletakkan jambangan bunga beserta ucapan di jalanan.
Soladarity
- Bendera negara New Zealand diterbangkan di separuh tiang di bangunan Parlimen di Wellington pada 15 Mac, 2019, selepas kejadian tembakan di Christchurch.
Takziah buat mangsa
Kredit : Astro Awani / Harian Metro / CNN
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter