10 Manusia Paling Kaya Di Dunia 2019 Menurut Forbes

Kaya sampai boleh beli apa sahaja di dalam dunia. Itulah gambaran kekayaan orang terkaya di dunia ini. 


Forbes telah mengeluarkan senarai orang paling kaya di dunia pada Mac 2019 berdasarkan kepada jumlah nilai bersih harga saham dan kadar pertukaran mata wang ketika penutupan pasaran pada 28 Februari 2019.

Jadi jom kita selongkar, Siapa manusia paling kaya di dunia dalam senarai majalah Forbes untuk tahun 2019?


10. David Koch (US$61.8 Billion)



Bersama-sama dengan saudaranya, Charles Koch membangunkan syarikat Koch Industries yang sudah tersebar jaringannya di seluruh dunia.

Perniagaannya menyasarkan pelbagai bidang seperti; minyak, mineral, pelaburan, pembuatan dan komoditi.

Forbes menganggarkan kekayaan bersih yang dimiliki David Koch adalah sebanyak US$61.8 bilion.

9. Charles Koch (US$61.8 Billion)



Orang terkaya di dunia ditangga ke sembilan diduduki oleh Charles Koch (saudara kandung David Koch), yang sama-sama memimpin Koch Industries.

Nilai kekayaannya ditaksir sebanyak US$61.8 bilion.

8. Larry Ellison (US$64.1 Billion)


Usahawan kelahiran Amerika Syarikat ini dikenali sebagai pengasas sekali gus pemilik Oracle Corporation, sebuah syarikat teknologi.

Menurut majalah Forbes, jumlah kekayaannya untuk tahun 2019 ditaksir sebanyak US$64.1 bilion.

7. Amancio Ortega (US$70.5 Billion)

Usahawan keturunan Sepanyol, Amancio Ortega, terlibat dalam bidang aksesori dan pakaian berjaya menjadikannya sebagai salah seorang individu terkaya di dunia.

Pemilik syarikat Zara ini ditaksir memiliki kekayaan sebanyak US$70.5 bilion.

6. Carlos Slim Helu (US$70.5 Billion)



Posisi ke enam sebagai orang terkaya di dunia diduduki oleh usahawan berasal dari Mexico, Carlos Slim Helu.

Beliau yang merupakan taikun bidang telekomunikasi melalui 2 syarikatnya yang terkenal (Telefonos de Mexico dan America Movil), berjaya menjadikannya sebagai salah seorang individu paling kaya di dunia.

Menurut majalah Forbes, jumlah kekayaan bersih Carlos pada tahun 2019, berjumlah US$70.5 bilion.

5. Mark Zuckerberg (US$74.6 Billion) 



Nilai kekayaan bersih Mark Zuckerberg bertambah sebanyak US$6.2 bilion selepas Facebook merekodkan keuntungan yang lebih besar berdasarkan analisis Wall Street.

Skandal pelanggaran privasi Facebook terbukti tidak mampu menjauhkan para pengiklan dari raksasa media sosial ini.

Nilai pendapatan Facebook dilaporkan mencapai US$16.91 bilion pada suku ke empat 2018, lebih tinggi dari ramalan penganalisis.

Menurut majalah Forbes, jumlah kekayaan Mark Zukerberg untuk tahun 2019 ditaksir sebanyak US$74.6 bilion.

4. Bernard Arnault (US$75.7 Billion)



Di tangga ke empar sebagai orang terkaya di dunia adalah Bernard Arnault, usahawan kelahiran Perancis.

Menurut majalah Forbes, CEO sekali gus pemegang saham majoriti syarikat fesyen Moet Hennessy ini ditaksir memiliki kekayaan bersih sebanyak US$75.7 bilion.

3. Warren Buffett (US$91.3 Billion)

Usahawan berasal dari Amerika Syarikat, Warren Buffet, terkenal dengan kepintarannya dalam menjalankan pelaburan menerusi syarikatnya, Berkshire Hathaway.

Menurut majalah Forbes, Warren memiliki jumlah kekayaan bersih sebanyak US$91.3 bilion.

2. Bill Gates (US$92.2 Billion)


Sekadar tempat kedua manusia paling kaya di dunia pada tahun 2019 disandang oleh Bill Gates, usahawan kelahiran Amerika Syarikat, pengasas sekali gus pemilik Microsoft, melalui syarikat teknologi yang terkenal dengan sistem operasi Windows.

Menurut majalah Forbes, untuk tahun 2019 ini, jumlah kekayaan bersih Bill Gates adalah US$92.2 bilion.

1. Jeff Bezos (US$130.5 Billion) 

Jeff Bezos, lelaki kelahiran Amerika Syarikat, dikenali sebagai pengasas dan pemilik laman web e-dagang terbesar saat ini, Amazon.com.

Berdasarkan data yang dikeluarkan majalah Forbes, kekayaan bersih Jeff Bezos pada tahun 2019 adalah sebanyak US$130.5 bilion.

Perkembangan trend berbelanja secara online yang semakin meningkat memberikan sumbangan terbesar terhadap peningkatan kekayaannya.

Via : Selongkar10

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post