11 Langkah Mudah Daftar MyASNB Untuk Semak Baki & Penyata Secara Online

Anda Masih belum daftar portal MyASNB? Kalau anda salah seorang yang masih belum daftar portal ini, digalakkan untuk daftar secepat mungkin.

Portal MyASNB telah dilancarkan pada akhir bulan Jun 2017 lalu. Jika anda merupakan pelabur kepada salah satu dana amanah yang dikendalikan oleh ASNB, adalah digalakkan untuk mendaftar portal MyASNB.




Mulai 2018, penyata agihan pendapatan, laporan tahunan dan laporan interim bagi semua dana di bawah ASNB tidak lagi akan dihantar secara fizikal, tetapi akan dihantar secara elektronik menerusi emel atau portal MyASNB



Lagipun, segala urusan berkaitan dana amanah ASNB selepas ini tidak lagi akan menggunakan buku akaun pelaburan, sebaliknya akan menggunakan Kad Pengenalan MyKad sahaja. 

Maksudnya, jika anda ingin melakukan transaksi pembelian atau penjualan unit pelaburan anda, sama ada di kaunter ASNB atau ejen-ejennya, buku akaun pelaburan tidak lagi akan digunakan, hanya perlu bawa MyKad sahaja.

Malah, mulai 2018, penyata agihan pendapatan, laporan tahunan dan laporan interim bagi semua dana di bawah ASNB tidak lagi akan dihantar secara fizikal, tetapi akan dihantar secara elektronik menerusi emel atau portal MyASNB.

Atas sebab itulah, amat penting untuk daftar portal MyASNB supaya dapat melihat penyata akaun pelaburan anda seperti baki, transaksi jual beli, agihan pendapatan, bonus dan maklumat peribadi.

Sebelum daftar portal MyASNB

Sebelum daftar dalam portal ini, perlu lakukan satu perkara penting terlebih dahulu iaitu mengemaskini maklumat peribadi seperti nama, alamat, emel dan yang paling penting, nombor telefon.


Kemaskini maklumat peribadi ini boleh dilakukan di mana-mana 30 Cawangan ASNB di seluruh negara atau lebih 2,100 Ejen ASNB iaitu Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AmBank dan AmBank Islamic.

Nombor telefon adalah yang paling penting perlu dikemaskini kerana akan digunakan untuk mendapatkan nombor Transaction Authorisation Code, TAC (Kod Pengesahan Transaksi) semasa daftar portal MyASNB nanti.

Apa yang perlu dilakukan, hanya kunjungi mana-mana cawangan atau ejen ASNB, dan beritahu petugas di situ yang anda datang untuk kemaskini maklumat peribadi.

Anda hanya perlu bawa MyKad sahaja; buku akaun pelaburan jika tidak dibawa pun tidak mengapa. Petugas akan membantu anda untuk mengemaskini maklumat peribadi anda. 

Selepas siap mengemaskini maklumat peribadi, maka bolehlah mula daftar portal MyASNB.

Kemaskini: Bagi yang sukar atau mempunyai masalah untuk berkunjung ke cawangan atau ejen ASNB untuk mengemaskini maklumat peribadi dan nombor telefon, boleh lakukan perkara ini secara online menerusi emel. 

Apa yang perlu dilakukan adalah emel sahaja maklumat peribadi dan nombor telefon anda berserta salinan MyKad yang disahkan ke emel MyASNB Portal Contact Centre dimyasnb@pnb.com.my atau ASNB Care di asnbcare@pnb.com.my
 Penting, pastikan anda hantar emel berserta salinan MyKad yang disahkan, sama ada oleh pegawai ASNB, pegawai dari ejen ASNB, ketua kampung, majikan dari bahagian sumber manusia atau pegawai kerajaan kumpulan pengurusan & professional dengan menurunkan cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan.
Maksudnya, anda perlu dapatkan tandatangan salah seorang daripada mereka terlebih dahulu di atas salinan MyKad anda, kemudian scan atau ambil gambar salinan MyKad tersebut untuk diemelkan ke ASNB Care.
Cara Mudah Mendaftar MyASNB

Langkah #1 – Pergi ke laman portal MyASNB di https://www.myasnb.com.my/, klik pada “Daftar di sini”




Langkah #2 – Sila baca nota yang diberikan, klik “TERUSKAN”



Langkah #3 – Klik pada kotak yang disediakan, klik “SETUJU”



Langkah #4 – Klik maklumat asas yang diperlukan seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani (walaupun langgan banyak produk ASNB, hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini). Klik “SETERUSNYA”


Langkah #5 – Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC. Klik pada “PERMINTAAN TAC”. Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Isi nombor TAC yang diberi. Klik “SETERUSNYA”




Langkah #6 – Sekarang, masukkan maklumat pendaftaran. Isikan ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat emel dan frasa rahsia. Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan. Klik “TAMAT”



Langkah #7 – Sekarang anda dah berjaya daftar portal MyASNB. Password sementara akan diberikan. Sila salin (copy) terlebih dahulu password sementara yang diberikan. Klik “LOG MASUK”



Langkah #8 – Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik “TERUSKAN”  



Langkah #9 – Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan. Pastikan sama. Masukkan password sementara yang diberikan. Klik “TERUSKAN”



Langkah #10 – Anda dikehendaki menukar password sementara yang diberi kepada password pilihan anda sendiri. Pastikan password tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan.


Selepas kemaskini password, anda dah siap daftar portal MyASNB.
Untuk mula guna portal MyASNB, bolehlah LOG MASUK menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.

Anda boleh cari cawangan ASNB di sini: Cawangan & Ejen ASNB

Untuk senarai semua dana amanah yang diuruskan oleh ASNB, boleh rujuk di sini: Dana Amanah ASNB

Kredit : JomUrusDuit

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post