15 Lokasi Berisiko Tinggi Kejadian Mati Lemas Di Sungai, Pantai, Lombong Dan Air Terjun Malaysia

Aktiviti riadah bermain air di sungai, pantai serta air terjun sememangnya menjadi suatu yang menyeronokkan dilakukan bersama keluarga apalagi sempena musim cuti sekolah yang mendatang. Lagi-lagi dengan keadaan cuaca panas yang sedang melanda negara kita ketika ini, memang seronok dapat mandi-manda di samping menghirup udara segar kan?


Ramai ibubapa bercadang membawa anak-anak dan keluarga keluar di taman rekreasi air. Namun, haruslah diingatkan dalam bersuka ria, haruslah sentiasa berhati-hati.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti 15 lokasi yang berisiko insiden mati lemas untuk dielakkan.

Memetik Bernama, tahun lalu menyaksikan sebanyak 182 insiden mati lemas di kawasan sungai atau tali air, 58 (pantai), 39 (lombong/tasik) dan 27 insiden di air terjun.


Menteri, Zuraida Kamaruddin memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah diarah mengawasi mengawasi kawasan berisiko tinggi bagi tujuan keselamatan di mana kes mati lemas kerap berlaku pada cuti persekolahan yang bermula hari ini dan esok.


Jadi, kepada anda yang merancang untuk membawa anak-anak ke pusat rekreasi melibatkan air, berhati-hatilah di kawasan-kawasan ini:

Kawasan Sungai
  • Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah (15 nyawa)
  • Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor (7)
  • Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan (6)
  • Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor (6)
  • Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (5)
Kawasan Pantai
  • Pantai Nipah, Bachok, Kelantan (14)
  • Muara Tok Bali, pasir Puteh, Kelantan (7)
  • Teluk Bahang, Pulau Pinang (7)
Kawasan Lombang/empangan
  • Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor (10)
  • Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (10)
  • Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor (5)
Kawasan Air terjun
  • Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12)
  • Sekayu, Terengganu (11)
  • Lata Berembun, Raub, Pahang (10)
  • Chamang, Bentong, Pahang (5)
Usah jadikan suka menjadi duka..anda mampu mengubahnya

Kredit : Bernama
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post