Rentetan 10 Kronologi Trajedi Pencemaran Sisa Buangan Bahan Kimia Pasir Gudang

Berikut adalah kronologi kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menyebabkan sehingga kini 13 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Khamis lalu.


7 Mac, Khamis
(9.30 pagi) 
Pihak pengurusan dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih mengesan persekitaran udara di sekolah berbau bahan kimia dan telah memaklumkan perkara itu kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Gudang.




10 pagi 
Terdapat pelajar yang mengalami simptom pening kepala muntah dan mual. Lapan ambulan dikejarkan ke dua sekolah berkenaan untuk membantu 24 pelajar dan masing-masing seorang guru dan pekerja kantin yang pengsan. 


Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) dan Bomba mengesahkan kemungkinan berlaku kebocoran gas di kawasan sekolah kerana lokasi sekolah berhampiran kawasan industri dan arahan pengosongan premis dikeluarkan. Kedua-dua sekolah itu ditutup tiga hari sehingga Sabtu dan 35 orang dirawat di hospital, tiga daripadanya di Unit Rawatan Rapi. 


8 Mac, Jumaat
Jumlah mangsa yang dirawat 39 orang.

9 Mac, Sabtu
Jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan terus meningkat kepada 79 orang.

10 Mac, Ahad

Guru-guru SMK Pasir Putih dan SK Pasir Putih bergotong-royong melakukan kerja pembersihan sekolah susulan kejadian pencemaran udara dipercayai akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.


Jumlah mangsa meningkat kepada 82 orang.

11 Mac, Isnin
Tiga lelaki termasuk dua pemilik kilang ditahan kerana disyaki membuang sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim.


Gas Boleh Merosakkan Buah Pinggang


7 pagi
Sekolah dibuka dan proses pembelajaran berjalan dengan baik seperti biasa.


11.30 pagi 
Berlaku insiden gelombang kedua apabila kedua-dua pengurusan sekolah melaporkan kes murid pening kepala. Pihak sekolah mengarahkan sekolah dikosongkan kerana berlaku keadaan udara tidak sihat dan murid-murid dibenar pulang.



11.00 malam 
Seramai 29 orang dihantar ke Klinik Kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut manakala 77 lagi dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.


Berdasarkan nasihat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD), JPN Johor memutuskan kedua-dua sekolah berkenaan ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

Secara keseluruhan jumlah mangsa yang mendapat rawatan ialah 260 orang.

12 Mac, Selasa
Dua lagi sekolah iaitu SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri dalam daerah Pasir Gudang ditutup berikutan 50 pelajar SMK Tanjung Puteri dan lima murid SK Tanjung Puteri Resort mempunyai simptom akibat terhidu bahan kimia. 


Sebanyak 13 sekolah di sekitar Pasir Gudang diarah tutup sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan. 

Sekolah-sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih; SK Tanjung Puteri Resort; SMK Tanjung Puteri Resort; SK Pasir Putih; SK Kota Masai 2; SMK Kota Masai 2; SK Kota Masai 3; SMK Kota Masai; SK Kota Masai; SK Perigi Acheh; Sekolah Agama Kampung Pasir Putih; dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih. 


Sejumlah 306 orang telah dirawat hari Selasa,12 Mac. 

13 Mac, Rabu
Susulan kejadian makin parah itu, Menteri Pendidikan menerusi Facebooknya telah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan perkembangan kes berkenaan.

34 Sekolah dalam radius 3KM Diarah Tutup Serta Merta
Semalam saya telah turun ke Pasir Gudang dan meluangkan masa hampir separuh hari melawat mangsa di Hospital Sultan Ismail.

Saya juga ke Bilik Gerakan Bencana di Dewan Taman Pasir Putih. Di sana saya menyaksikan lebih 50 pelajar dihantar oleh ambulans tanpa henti dari sekolah berdekatan kerana sesak nafas dan mengalami simptom yang sama dengan mangsa sebelum ini.

Setelah melihat situasi yang semakin meruncing itu, saya telah mengarahkan semua sekolah dalam radius 3 kilometer ditutup serta-merta dan arahan ini melibatkan 11 sekolah secara keseluruhan.

Malangnya, hari ini saya dimaklumkan keadaan semakin kritikal. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini menimpa anak murid dan warga sekolah, saya telah mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini juga. Para guru juga tidak perlu bertugas kerana keadaan masih bahaya.

Saya ingin menegaskan, sejak dari awal kes ini berlaku pada 7 Mac lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama erat dengan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memastikan keselamatan murid, guru dan pekerja sekolah menjadi keutamaan.

Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
13 Mac 2019

Kerajaan negeri lulus peruntukan kecemasan RM6.4 juta untuk kerja-kerja pembersihan serta bantu mangsa dan keluarga yang terjejas

10.30 Malam
SEMUA 111 sekolah di seluruh Pasir Gudang ditutup berkuatkuasa serta-merta susulan pencemaran bahan kimia di daerah itu sejak 7 Mac lalu.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan medianya pada 10.30 malam tadi berkata, kesemua sekolah berkenaan ditutup bermula hari ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.


Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutus untuk menutup sesi persekolahan itu berdasarkan situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

14 Mac 2019, Khamis
Suspek Kes Pencemaran Bahan Kimia Di Johor Dituduh Di Mahkamah Esok


Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin dilaporkan berkata bahawa salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan berhubung pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang akan dituduh di mahkamah esok.

Setakat ini, Seramai 506 Dirawat, 166 Dimasukkan ke wad, 9 Dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Tiada Kematian


12.00 pm
Kerja-kerja pembersihan sedang rancak dijalankan. Insya Allah. Sama-sama usaha demi penduduk Pasir Gudang.




17 Mac 2019
Sepanjang 1.3KM berjaya dibersihkan, baki 200 meter akan diselesaikan selewatnya 1-2 hari lagi

143 orang masih menerima rawatan di hospital

108 mangsa yang mendapat rawatan telah dibenarkan pulang

36 Dirujuk ke hospital di luar daerah Johor Bahru manakala 29 kes dirujuk ke hospital luar negeri johor

7 Pesakit masih menerima rawatan di ICU & dilaporkan stabil





#PrayForPasirGudang

Kredit : Bernama / Kosmo / Astro Awani
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post