Setelah berhempas-pulas menyambung pelajaran sehingga ke peringkat universiti, pastinya hari konvokesyen paling ditunggu-tunggu oleh semua penuntut. Penat lelah seakan terbayar apabila berjaya menggenggam segulung ijazah.
Ibu bapa antara insan yang paling gembira melihat kejayaan yang diraih oleh si anak. Ada antaranya yang tidak dapat menahan perasaan, tanpa sedar mengalirkan air mata sewaktu melihat si anak berjalan ke pentas menerima skrol. Siapa yang tidak bangga anak yang diasuh dan dididik dari kecil kini berjaya menamatkan pengajian.

Namun, lain pula dengan seorang bapa kepada Rina Muharrami, mahasiswi dari Banda Acheh yang meninggal sebelum hari konvokesyennya. Bapa berkenaan mewakili puterinya itu untuk naik ke atas pentas bagi menerima skrol. Sebak, apabila beliau disambut dengan pelukan oleh penyampai skrol, tepukan dan linangan air mata oleh penonton.
Kisah haru seorang ayah yang menggantikan posisi putrinya dihari wisuda karena sang putri telah meninggal dunia beberapa minggu sebelum hari H pelaksanaan wisudanya. 😥#SungkemSamaIbu #ThePowerOfEmakEmak pic.twitter.com/Ie1ec6Cq7K— Yulizar (@yulizaradexo) 27 February 2019
Difahamkan, Rina merupakan mahasiswi dalam pengajian Pendidikan Kimia, di sebuah universiti di Banda Acheh. Dia merupakan anak sulung kepada Bukhari.
Rina sebelum ini pernah 3 kali menunda pengajiannya atas faktor kesihatan. Namun, dia tekad untuk menghabiskan pengajian pada 4 Februari lalu dengan menduduki ujian dan disahkan lulus.
Tetapi gadis cekal ini dijemput menghadap Ilahi sehari selepas itu, pada 5 Februari lalu kerana menderita penyakit usus tahap akhir yang kemudian merebak kepada saraf.
Video menyentuh hati bapa Rina menerima skrol bagi pihak anaknya itu menjadi viral di Twitter dan dikongsi oleh ribuan pengguna.
Sumber : acehtrend
Via : Selongkar10
Inalillah. Sedih dan sayu membaca artikel ini. Semoga Arwah ditempatkan di tempat-tempat orang yang beriman. Amin
ReplyDelete