10 Youtuber Dengan Bayaran Paling Mahal Di Dunia Menurut Forbes

You Tube merupakan platform perkongsian video yang paling popular di dunia. Ia merupakan anak syarikat kepada Alphabet Inc yang juga syarikat induk kepada Google. Memandangkan anak muda sangat cenderung melihat you tube sebagai sebahagian masa mereka maka lahirlah Youtuber yang mampu mengubah corak pemikiran masyarakat melalui mesej yang mereka sampaikan.


Forbes baru ini mengeluarkan senarai 10 Youtuber popular dunia dengan penghasilan pendapatan tertinggi dari 1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018. Berikut 10 Youtuber terkaya dunia menurut versi Forbes. 

10. Logan Paul (USD14.5 juta)


Vlogger Logan Paul antara You Tuber popular dan memberi pendapatan tertinggi empat tahun lalu. Namun ratingnya mula jatuh apabila dia menyiarkan mayat mangsa bunuh diri di Hutan Aokigahara, Jepun, lokasi terkenal bunuh diri mengakibatkan You Tube mengeluarkannya dari program Google Preferred yang mempengaruhi pendapatan iklanya. Namun salurannya terus mengumpul pengikut dan mendapat pendapatan dari dagangan peribadi dan penampilan selebriti. Sekalipun terpalit kontroversi di Jepun, tapi dia berjaya meningkatkan pendapatannya sebanyak USD2 juta dalam setahun.

Ternyata, You Tuber Malaysia belum berjaya mencapai tahap sebagaimana You Tuber di luar negara kerana hanya Namawee mempunyai jumlah pengikut 1.1 juta sekaligus meletakkan dirinya sebagai You Tuber popular di Malaysia.

9. PewDiePie (USD 15.5 juta) 


 Sebelum ini Felix “PewDiePie” Kjellberg adalah Youtuber paling sukses di dunia. Namun skandalnya baru-baru ini yang menuduh pengikut video game sebagai rasisme dan anti- Semitisme telah membuatkan dirinya kehilangan tajaan pendapatan. Biarpun begitu, dia berjaya meningkatkan jumlah pendapatnnya kepada USD3.5 juta dollar. Masa yang sama PewDiePie masih memiliki pelanggan terbanyak dari setiap akaun tunggal di You Tube dengan lebih 92 juta langganan tetapi saluran You Tube yang memberi fokus kepada Bollywood T Series menjatuhkan pendapatnnya.
  
 
8. Jacksepticeye (USD16 juta) 


Streamer permainan video Irlandia, Sean “Jacksepticeye” McLouughlin adalah salah seorang You Tuber pertama yang menjadi sebahagian dari jaringan Revelmode yang ditaja oleh Disney dari PewDiePie sekaligus membuatkan dirinya mengumpul jumlah pengikut yang besar. Namun bila Disney membuang Revelmode, Mc Loughlin akhirnya beralih ke Disney XD, saluran tv yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan golongan remaja. Kerjayanya sebagai hos membawanya ke Eropah dan Amerika Utara sekaligus membuatkan meraih pendapatan USD16 juta.

7. VanoosGaming (USD17 juta) 


VanoosGaming adalah saluran yang ditubuhkan oleh gamer berasal dari Kanada iaitu Evan Fong. Dalam videonya, Evan jarang memunculkan diri namun editingnya yang sangat menarik, berbentuk komedi dan karya seni yang asli menjadikan salurannya dikenali ramai. Untuk menambah pendapatan, dia mereka pakaian dan muzik yang diberi nama Rynx.

6. Markiplier (USD17.5 juta) 


Mark Edward atau “Markkilpier” antara You Tuber popular lebih dari 5 tahun lalu. Dirinya sering berkolaborasi dengan You Tuber berpengaruh lain. Sebelum menjadi You Tuber, Markiplier belajar dalam bidang jurutera perubatan namun berlaku beberapa kejadian yang membuatnya berubah mengejar karier di You Tube. Pernah didiagnose ada ketumbuhan, putus dengan kekasihnya, diberhentikan kerja dan akhirnya dirinya memilih memulakan pendapatan melalui channel You Tube. Kini dia mempunyai 23 juta pengikut.
 
5. Jeffree Star (USD18 juta) 


Sebelum terkenal di You Tube, Jefree Star telah terkenal di saluran MySpace sebelum dia beralih ke You Tube sejak 2014.Banyak penghasilannya mengenai kecantikan, tutorial dan vlog peribadi. Dia mempunyai 13 juta pelanggan dengan penghasilan 300 video. 

 4. DanTDM (USD18.5 juta)


Streamer video game berasal dari Australia, Daniel “DanTDM” Middleton adalah Youtuber yang menerima bayaran tertinggi tahun lalu dengan jumlah USD16.5 juta. Pendapatannya meroket, begitu juga penghasilan pakaian peribadi keluarannya. Middleton terkenal selepas melakukan streaming di permainan Minecraft dan baru-baru ini dilantik dalam Ralph Breaks The Internet Disney sebagai e-Boy.
 
3. Dude Perfect (USD20 juta) 


Jika Youtuber lain memilih isu-isu semasa dan hiburan, Dude Perfect pula fokus pada dunia olahraga yang menampilkan aksi luar biasa. Saluran ini dilakukan lima orang iaitu kembar Cory dan Coby Cooton, Garrett Hilbert, Cody Jones dan Tyler Toney yang kesemuanya penuntut di Texas A&M University. Popularnya mereka sehingga pernah dijemput di Good Morning America dan beberapa acara ESPN. Seiring popularnya mereka, Dude Perfect juga telah menghasilkan video dengan sejumah atlet professional termasuk Odell Beckham Jr, Drew Brees, Chris Paul dan Dale Earnhardt Jr.
 
2. Jake Paul (USD21.5 juta)


Adik kepada Logan Paul ini semakin dikenali di dunia Youtuber. Paul kerap menghasilkan vlog harian dan video rapnya kepada lebih 18 juta pengikutnya setiap minggu. Seperti abangnya, Logan, Jake bermula dalam dunia sosial Vine (yang kini sudah tiada) dan berjaya mengumpul 5 juta pengikut dan 2 juta tontonan videonya dan sejak itu namanya terus popular. 

1. Ryan ToyReview (USD22 juta) 


Tak padan kecil tapi sudah ada pendapatan cukup tinggi. Ryan baru berusia 7 tahun namun sangat popular di seluruh dunia dengan review produk mainan. Bermula Mac 2015 di mana dirinya memberi ulasan, sehingga kini jumlah pengikutnya seramai 18 juta orang. Pendapatannya mencecah USD22 juta. Walau jumlah pengikutnya tidak sebegitu ramai namun pengaruhnya dalam industri permainan ternyata banyak membantu pendapatan keluarganya. Ryan ToyReview turut menjalin kerjsama eksklusif dengan Walmart bermula awal tahun ini. 

Kredit : Remaja
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post